Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Cuba Teka..Saya dapat mesej dari zauji, (kami masih lagi PJJ) , dia bagi klip video Prof Dr Muhaya, "Sejernih Sinar Matamu". Ada banyak kata-kata motivasi di sini untuk menjadi yang lebih baik.
Masya Allah, hebatnya wanita seperti itu.Saya mungkin tak sempurna..tapi kita harus saling mengingati untuk menjadi yang baik. Bahagian yang paling susah untuk memulakan sesuatu dan terus istiqamah.Satu bentuk mujahadah.Mujahadah itu pahit tapi syurga itu manis.
Jika Prof Dr Muhaya berjuang dalam bidang perubatan dan dikaitkan dengan kehebatan Allah s.w.t seacra terus, melihat keadaan pesakit, Tapi bagaimana saya mahu berjuang dalam perundangan hartanah (major bidang saya ketika ini...) ?
Ok.Dulu ketika saya ditemuduga sebagai Peguam Syarie Pahang, saya hanya "expect" soalan yang berkaitan prosedur, tentang undang-undang keluarga, tentang murtad dan hudud. Terutama kes Kartika yang tengah panas ketika itu ( Masa itu saya juga berpeluang bertemu rakan temuduga yang membantu bosnya yang mengendalikan kes Kartika..Satu pengalaman baru lagi)
Rupanya, soalan dari empat orang panel itu membuat saya dari terduduk hampir tersungkur.Susah!
Antara isunya hartanah dan syariah, dan apa sinonimnya, soalan yang tidak saya jangka sama sekali, kerana sebelum itu rakan saya hanya dapat soalan isu murtad dan undang-undang keluarga.
Tetapi alhamdulilah, salah seorang panel berminat untuk mengupas isu tersebut bersama saya, katanya, ramai orang memandang remeh tentang isu hartanah dan syariah, sedangkan ia saling berkait dan penting, dan kurang peguam yang pakar pasal hartanah dalam bidang syariah, dan dia berharap saya menjadi perintis walaupun tugas itu sangat-sangat tersirat.
Katanya, kerana tanah sekangkang kera, mereka sanggup berparang di pejabat tanah, dan di sini peranan kami bermula dalam menyelasaikan masalah tersebut supaya "parang" itu dapat diturunkan melalui jalan yang terbaik.Kadang-kadang anak-anak tidak kenal bapa ketika merebut harta pesaka walaupun sudah ada faraidh.
Bicara Olok-Olok Pertama |
Oh teringat saya pada diari biru , saat saya dilahirkan di dunia ini, arwah abah mendoakan saya supaya dapat berbakti kepada masyarakat. Dan inilah tugas saya sekarang..Alhamdulilah...Semuanya ditakdirkan Allah..
Dan diari biru itu terus mencatit-catit harapan kami sekeluarga sehingga saat ini...
Antara "quotes" yang saya suka dalam klip video ini ;
" Inilah catatan rasa
apa yang terpendam di hatiku
bidang kedoktoran yang aku ceburi
bukan lagi hanya sumber rezeki untukku semata-mata
aku mula mengerti
terdapat amanah yang berat di sebaliknya
tanggungjawab yang cukup hebat untuk dipikul
pengorbanan yang menuntut jihad
agar setiap amalan dan kata-kataku memberi ibadah
yang memberi cahaya terang dunia dan akhirat"
Wallahualam.
9 inspirasi naluri :-):
Terbaiiikk...:-)
Sis, next entry citer la pengalaman PJJ ngn hasben.Hehehe... (bolh I blajar dari U)
subhanallah..
tiba-tiba terfikir. macam mana nak menempuh alam pekerjaan nanti..
salam adik akak...
akak ada p dengaq motivasi prof dr. muhaya...alhamdulillah byk ilmu yg dikongsi...terus-terang cakap, akak menangis masa peluk beliau...ada rasa sesuatu...sorry terrremosi...
**http://cun09.blogspot.com/2011/11/santai.html**
**moge sihat**
silent reader:
syukran...;-)
yg baik itu dtg dri Allah jua..:-)
xiet enigma:
wah, teriam kasih dtg kat rumah sy ni...
citer pasal PJJ ek.
akan dipertimbangkan untuk dikongsi Insha Allah..:-)
izfanora:
huhu..zaman kerja memang mencabar,
tapi just enjoy zaman student dulu
and prepare mentally tau..;-)
cun09:
wslm akak;-) :-)
wah bestnya akak..
ramai yang admire dia kan?
dah baca entri akak...
apa yg akak share ngan dr muhaya tu hehe..tersirat maknanya...:-)
banyak kenangan di moot court walaupun saya bukan aikolian. ibadah camp, mock trial natrah, talk dengan suhakam, talk dengan razak baginda, talk dengan kadir jasin, agm src.. banyak lah.. miss iiu so much :-(
Post a Comment