Tuesday, January 24, 2012

"Aku Ada...Kau Hade?"

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Pagi, di dapur, membantu ibunda menyiapkan sarapan pagi, yang lain masih lena diulit mimpi.Biasalah adik-adik cuti semester.Takpe, lepas ni kita tukar syif kat dapur yek,Untung ada adik perempuan ramai-ramai ni, boleh bertukar syif.:-)

Kalau dah berdua di dapur dengan emak, mestilah ada sahaja yang menjadi bahan bualan kami.Mula-mula saya menyentuh tentang attitude orang sekarang.Ramai yang terlalu mengejar kemewahan, trend majlis yang besar-besar dan mahukan kelainan.Sudah hilang sederhana dan zuhud dalam diri.Sukar untuk saya jumpa majlis yang sangat sederhana.

Ada juga situasi, di mana ibu ayah terlalu berbangga dengan anak yang baru membeli kereta baru, berbangga dengan profesion anak masing-masing, malah dicanang-canang satu kampung.Bukan kah di sutu ada sifat ujub.Wallahuallam.

Alhamdulilah, saya tidak punya jiran yang suka bersaing kebendaan, malah apabila salah seorang dari kami yang mendapat kejayaan, masing-masing melafaz rasa syukut, kesyukuran yang dikongsi bersama.Alhamdulilah!Kami rasa bersyukur sangat-sangat berada di dalam kawasan kejiranan yang begitu.

Kata emak saya, "Sekarang ni trend "aku ada..kau hade?"..Hehe tergelak saya dengar terma sebegitu.Memang tepat apa yang dikatakannya.Contoh yang terdekat, mengejar gadget telefon terkini.Huhu..

Kata emak saya lagi, dia takut untuk berbangga dengan setiap kejayaan anak-anaknya, kerana ia bersifat sementara, tapi hanya rasa syukur dalam hati dengan apa yang dikurniakanNya..Rupanya banyak perkara yang saya boleh belajar dari pagi pagi begitu..:-)


1 comment:

cun09 said...

salam dik...

bila baca n3 niii, byk yg tersirat n dilalui oleh org2 yg begitu suka menunjuk2 tentang kehidupan mereka...tentang anak2 yg belajar tinggi, kerja bergaji besar...kalu boleh nk dibgtau satu kg. itulah kehidupan kita laaaaniiii bangga dgn kejayaan dunia, cuba tanya diri kita berapa org anak kita, bila kita mati nanti yg akan mandikan kita? yg akan imamkan kita masa solat jenazah? yg akan mengaji utk kita? yg akan doakan utk kita? ...moge kita cepat sedar...dunia hanya sementara...

**peringatan utk akak juge**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...