Wednesday, November 28, 2012

Productive Muslim: Habits 1 Minute

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


klik imej untuk lebih besar..

Semoga ianya menjadi habit kita sebagai produktif muslim.
^_____^


Tuesday, November 27, 2012

Menongkah Langit Biru

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.

[ kredit]
Seronoknya berada di atas awan.Saya dan Aina puas hati melihat pemandangan luar kiri dan kanan kami.Apatah lagi bila kapal terbang peribadi itu mendendangkan lagu yang selari dengan kelajuan kapal terbang yang dinaiki.Kadang-kadang terbang rendah atas bumbung rumah tapi masih paras selamat.Ramai pula kenalan kami yang melambai-lambai.Tetapi akhirnya destinasi kami tamat.Saya memeluk erat Aina di pangkuan saya.Terjaga dari tidur..nampak Aina lena diulit tidur.Hehe Mimpi rupanya.Agak-agaknya, Aina mimpi sama macam uminya kah..?;-P

Sudah lama tidak bermimpi indah sebegitu.Menyelusur ke awan biru.Amat mendamaikan jiwa...

Hidup ini juga mimpi.bila terjaga dari mimpi ini, segala amalan kita diambilkira.

Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.Apatah lagi, saya dan suami akan tinggal sebumbung nanti setelah 1 tahun 5 bulan PJJ.Penuh debaran dengan fasa hidup yang baru.Mampukah saya jadi superwoman?Sehingga hari ini pun saya masih terkejar -kejar dan tak mampu melakukan semua perkara..:-(

Saya tak boleh patah semangat.Saya mahu menongkah ke langit biru.Mahu jadi yang terbaik.Untuk itu saya harus buat senarai semak diri dan pembahagian masa.Tugasan diri untuk Allah untuk Maha Penyayang,suami, anak, ibunda dan adik beradik.

Aina si kecik ni dah makin banyak akal...;-)
Semoga usaha saya itu akan sentiasa diberkatiNya.YA Allah bantulah hambaMu ini ,Ada banyak amanat yang perlu dilaksanakan.Sangat rindukan tugasan lama...:-)


Thursday, November 22, 2012

Kisah 100 Hari

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.

November, ada banyak cerita.Mahu cerita yang mana satu dulu yer.

Alhamdulilah, zauji sudah dapat bertukar tempat kerja di satu daerah di sini.Berkuatkuasa Disember ini.Jadi Aina dapat membesar dengan abi.Dan Abi tidak lagi mengumpul rindu buat Aina saban hari. Terlalu cepat keputusannya dan kami tidak jangka secepat ini.Alhamdulilah.

Selepas ini ada rancangan baru yang perlu dirombak, diperbaharui.
Satu kesyukuran buat kami sekeluarga.Satu keindahan yang tidak terucap.

Alhamdulilah!
Awal Muharam, majlis perkahwinan adik lelaki saya dan pilihan hatinya, Nurul Hasanah.Ahlan Wasahlan.Semoga bahagia dunia akhirat. Kami dah ada pembantu baru di dapur, seronoknya masak ramai-ramai kan.

Aina 100 hari pada majlis sambut menantu Pak Ngahnya.Terkejut dengan majlis agaknya sehingga demam-demam si kecil ini.Pertama kali demam.Ketika menyusu di pangkuan saya, terasa kepanasannya seperti baju yang baru diseterika.

bersama Chik Ma..demam tu..

Petang, seusai majlis, terus ke klinik Al Farabi.Aina asyik menangis sahaja sepanjang di klinik.Pendek kata satu klinik boleh dengar tangisannya itu.Sedih umi tau.Akhirnya doktor pun bagi peluang untuk kami berdua dalam satu bilik doktor yang kosong , untuk menyusu dan menenangkan dia.Sambil menyusu pun Aina merengek.Sedih tau.Doktor kata kalau panas berpanjangan, hantar ke klinik, ditahan wad.

Malam hingga ke subuh, abi sungguh-sungguh berjaga untuk Aina, basahkan badan Aina dengan kain basah sementara umi susukan Aina.Lama betul tak berjaga macam ni.Macam dalam pantang pula rasanya. Memori pantang pun menggamit kembali, dengan jaundis dan bertukar giliran dengan suami.Penat tapi bila dikenang, ianya menjadi satu kenangan yang manis.

Alhamdulilah, sudah dua hari saya melihat melihat senyuman pagi Aina.Syukur dan senang hati.Balik dari kerja semalam pun sungguh-sungguh peluk cium si kecik tu, rindu sangat-sangat senyumannya.Aina pula membalas senyuman saya sungguh-sungguh juga, bagai mengerti rindu yang ada.

Sayang Aina!


Tuesday, November 20, 2012

Alfatihah Untuk Abah

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Dalam kesibukan dunia, hari ini sudah lapan tahun pemergianmu mengikut kalendar masihi.Alfatihah untuk abah bukan sekadar untuk hari ini, tetapi untuk setiap hari.Setiap hari, masih mengingati memori bersamanya.

Abah, tahu tak, sekarang ni abah dah ada seorang cucu, Aina Syafiyah.
Abah, tahu tak, abah baru aje dapat menantu perempuan, Nurul Hasanah.
Abah, tahu tak, kami enam beradik semuanya berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading sementelah pemergianmu.Jitunya semangat kami untuk terus belajar walaupun abah tidak dapat menjadi saksi konvo kami.

Semalam, akak dan abang long (zauji) menatap gambar abah, pakai baju kemas sambil mendukung akak ketika kecil bertabirkan langsir, ada juga yang duduk.Abang Long mahu ambil gambar yang sama macam abah juga , tapi dengan Aina.

Walaupun menantu-menantu, cucu tak sempat melihat abah, cukuplah mereka mendengar celoteh akak tentang abah.

Al fatihah.....


Friday, November 9, 2012

Ke Pasar Kurma

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Ketika itu lebih kurang dua minggu lagi walimatul urus adik lelaki saya.Souvenier tak settle lagi.Biasanya mana-mana majlis kahwin , mereka akan bagi bauhulu, kerepek, cupcake, ataupun muffin.Dek kerana kesempitan masa dan niat kami sempena awal Muharam nanti.Maka idea ini tercetus.Souvenier kurma, kacang dan kismis.Berasaskan makan sunnah.Kami mahu terapkan pemakanan sunnah dalam doorgift nanti.Semoga niat kami sekeluarga tercapai.

Ketika di walimah saya saya terapkan elemen beramal,dakwah dan ukhuwah iaitu menjamu anak-anak yatim, dan hanya lagu-lagu nasyid sahaja yang kedengaran. Konsep tenang.Lagu selawat Burdah menjadi tema kami.Tapi kali ini saya mahu terapkan konsep pemakanan sunnah.

Souvenier makanan sunnah dari pelajar perubatan UIAM, Kuantan.
Semuanya tercetus, ketika saya hadir ke klinik ibu mengandung sebelum ini, sekumpulan pelajar UIA menemuduga saya.Di akhir soal jawab antara kami, mereka bekalkan makanan sunnah dalam bekas mini dan diselitkan laminate doa amalan untuk ibu mengandung sebagai cenderahati.Alhamdulilah, ada lagi generasi muda yang sebegini.Sejuk hati rasanya.

Persoalannya di mana mahu mencari pembekal kurma di saat genting begini?

Pasar Kurma ada kat Kuantan ke?

Alhamdulilah, saya sudah tahu kedudukan kedai ini. tidak jauh dari rumah saya. hanya bersebelahan Tunas Manja Beserah.Al Aqsa Pasar Kurma.

Pasar Kurma Al Aqsa.
Kami diberi peluang untuk merasa kesemua jenis kurma yang ada.kurma Nabi RM120 sekilo. Kurma Cina RM12.00 sekilo.Kurma Safawi RM30.00 sekilo.Itu sahaja yang saya ingat.Kurma basah pun ada.Tapi saya dan adik lebih untuk memilih Kurma Safawi.Supaya tahan lama.Tak basah dan tak kering.Sesuai untuk semua tetamu.Generasi muda ataupun tua.Samada yang kencing manis atau yang ada darah tinggi.Pakcik kedai pun kata begitu.

Bila ditanya, "Banyak lagi tak Kurma Pakcik?"
Pakcik "Sekarang ni tak banyak sangat, lepas musim haji nanti ada banyak lagi.."
Hmm..Ada musimnya juga yerk..

Selepas tawar menawar, kami membeli 5kg kurma dengan harga borong RM28.00 sekilo.Kismis kami pun beli dengan harga borong RM28.00 sekilo. Harga asal RM30.00 sekilo.Kismis yang kami beli bukannya jenis kismis kecil-kecil.Tapi jenis yang besar-besar.Puas hati dapat makan kismis besar macam tu.

Tapi di kedai ini bukan sahaja kurma dan kismis, tapi semua makanan dari tanah Arab.Jus Delima, Habbatus Sauda.Semuanya dijual dengan harga borong.Saya juga mengamalkan Jus Delima, Madu sehingga sekarang.Biasanya harga runcit dalam RM22.00 tapi disitu boleh dapat harga dengan hanya RM15.00 sahaja.Murah kan.Lepas ni memang jadi pelanggan tetap dah kat sini.

Yeay dapat jus delima free..;-)

Selesai memborong kurma dan kismis, pakcik kedai bagi kami percuma dua paket jus delima untuk diminum.Tersengih panjanglah kami dua beradik.

Seminggu sebelum majlis nanti misi membungkus kurma pulak..

Semoga segalanya dipermudahkan Allah swt.

Nota Naluri: 
Tinggal beberapa hari lagi adik lelaki saya akan bergelar suami orang.:-)

Monday, November 5, 2012

Perjuangan Ini Bukannya Mudah

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Jumaat, ketika usia Aina dua bulan dua minggu, sudah dapat meniarap untuk pertama kali.Tapi tiada gambar yang diambil sebab tak sempat capai kamera.Aina dah mula iringkan badan ketika dalam pantang lagi. Cepat betul perkembangannya."Slow Down Aina..Umi dan abi yang rasa bimbang bila perkembangan Aina terlalu cepat..Tapi sebenarnya dalam hati, kami yang gembira..:-)

Masa Aina iringkan badannya, saya tak kisah lagi, sebab dah biasa tengok.Tapi bila part dia nak jatuhkan badan dia untuk meniarap, saya pula yang cuak dan menjerit.."Mak!Mak..apa yang Aina  buat ni..?" Haha..Bila dia dah habis meniarap, tersengih puas pulak si kecik ni.

bergegar-gegar gambar, janji itu bukti hehe..
Ada juga masa Aina tengah teruja agaknya untuk belajar meniarap, sebaik sahaja lepas susukan dia dalam 3.00 pagi, boleh pulak Aina guling dan meniarap dalam 2 kali.Adeh..buat lawak tengah malam pula yek..Ada la dua malam dia buat macam tu. Lagi-lagi kalau dah ditanggalkan baju untuk dimandikan,ha..masa itulah dia meniarap dengan tidak berbaju.Adoila..

Kalau boleh saya mahu Aina begitu,Jangan membesar terlalu cepat, sebab bila Aina membesar dengan cepat, kami akan melalui proses penuaan dengan cepat...Nanti abi kena pakai tongkat, umi pula bongkok tiga..haha..

Membesarnya Aina menandakan, usia kami juga bertambah.Perlu banyak usaha lagi untuk memperbaiki diri.Masa pun berlalu begitu pantas.Banyak misi kami yang perlu dilakukan.Kalau diikutkan semuanya tidak terkejar dek tangan.Tapi terpulang kepada kita bagaimana menguruskannya.Tika ini, bukan lagi masa untuk mengatur masa secara efektif, tetapi harus mencuri masa.(Fuh!berpeluh mencuri masa ni.Contoh sambil buat kerja, update blog...:-))

Aina yang tersengih gembira..:-)

Bagaimana Aina bersungguh untuk belajar meniarap, begitu juga kami, harus bersungguh untuk membesarkannya melalui cara yang terbaik mengikut fitrah alam.Dan saya belajar satu perkara daripada peristiwa ini, untuk belajar sesuatu yang baru, perlu ada usaha dan jangan putus asa walaupun kita perlu mencuri masa di tengah malam.(Pernah saya jahit tudung dalam pukul 4.30 pagi, akibat mengejar masa hehe) .

Contohnya, jika mahukan syurga, usaha lebih dengan nikmat malam satu pertiga walau berzikir sekalipun.Semoga Allah akan menghisab setiap usaha kita, Insha Allah.

Andai perjuangan ini mudah,pasti ramai menyertainya
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu
Turun naiknya, sakit pedihnya 
umpama kemanisan yang tidak terhingga
Andai rebah, bangkitlah semula
Andai terluka, ingati janjiNya...

Nota Naluri:
Sekarang Aina dah pandai berbual.Bising aje mulutnya, sampai sanggup tahan mengantuk tak nak tidur.


Thursday, November 1, 2012

Lone Ranger with Him...

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Makan secara berjemaah, dapat pahala kan?Rasa bahagia menikmati rezeki yang ada.Yang sedikit pun rasa cukup kenyang bila berukhuwah begitu.Tapi ada masanya kita terpaksa makan seorang diri.Sedih pun ada kan? Teringat kawan baik saya, dek kerana kesibukannya, dia selalu makan seorang diri.Mula-mula memang rasa asing dan sedih, tapi lama-lama dah terbiasa.

Saya juga biasa makan beramai-ramai, tapi adakalanya saya juga terpaksa akur makan seorang diri di mana-mana kedai makan.Perasaan?memang sedih...tapi lapar punya pasal..makan cepat-cepat, terus sambung buat kerja.:-)

Tak dapat membayangkan, dalam hidup ini, kita ada ramai kawan.Sama ada suka dan duka.Tetapi andaikata kita meninggalkan dunia ini, lalu dibacakan tahlil ke atas kubur, dan mendengar jejak kaki keluarga, suami, isteri, kawan-kawan, anak meninggalkan kita di kawasan perkuburan yang sunyi.Kita pula terikat kemas denagn kain putih setelah disemadikan.Adakah kita akan kuat pada waktu itu?

Amalan kebaikan sahaja yang membuatkan kita jadi kuat, rasa gembira untuk bertemu dengan Pencipta kita.Tapi adakah kita ada perasaan itu?Perasaan pemburu cinta Ilahi...

Mungkin ada sedikit, mungkin banyak..mungkin ada yang tidak tahu sebanyak mana perasaan itu ada dalam jiwa masing-masing.


Kadang-kadang kita perlu bersendiri.
Kenapa? Hidup kita bukannya bergantung kepada manusia, tetapi bergantung kepadaNYA.
Susah macam mana sekalipun, DIA sahaja yang ada di hati kita kan?
Mendengar segala luahan hati yang terbeban..
Ketenangan itu akan hadir..Insha Allah...

Nota Naluri:
Oh ya!teringat ada satu kes syariah, tentang hak penjagaan anak, antara ayah dan nenek.Ibu telah meninggal dunia akibat pendarahan selepas melahirkan.Rasa sayu bila mengenangkan si kecil itu tiada ibu. Saya pula yang rasa sunyi bila menatap gambar si kecil itu.Tapi si kecil itu perlu gagah, dan hanya Allah sebaik-baik pelindung.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...