Thursday, November 22, 2012

Kisah 100 Hari

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.

November, ada banyak cerita.Mahu cerita yang mana satu dulu yer.

Alhamdulilah, zauji sudah dapat bertukar tempat kerja di satu daerah di sini.Berkuatkuasa Disember ini.Jadi Aina dapat membesar dengan abi.Dan Abi tidak lagi mengumpul rindu buat Aina saban hari. Terlalu cepat keputusannya dan kami tidak jangka secepat ini.Alhamdulilah.

Selepas ini ada rancangan baru yang perlu dirombak, diperbaharui.
Satu kesyukuran buat kami sekeluarga.Satu keindahan yang tidak terucap.

Alhamdulilah!
Awal Muharam, majlis perkahwinan adik lelaki saya dan pilihan hatinya, Nurul Hasanah.Ahlan Wasahlan.Semoga bahagia dunia akhirat. Kami dah ada pembantu baru di dapur, seronoknya masak ramai-ramai kan.

Aina 100 hari pada majlis sambut menantu Pak Ngahnya.Terkejut dengan majlis agaknya sehingga demam-demam si kecil ini.Pertama kali demam.Ketika menyusu di pangkuan saya, terasa kepanasannya seperti baju yang baru diseterika.

bersama Chik Ma..demam tu..

Petang, seusai majlis, terus ke klinik Al Farabi.Aina asyik menangis sahaja sepanjang di klinik.Pendek kata satu klinik boleh dengar tangisannya itu.Sedih umi tau.Akhirnya doktor pun bagi peluang untuk kami berdua dalam satu bilik doktor yang kosong , untuk menyusu dan menenangkan dia.Sambil menyusu pun Aina merengek.Sedih tau.Doktor kata kalau panas berpanjangan, hantar ke klinik, ditahan wad.

Malam hingga ke subuh, abi sungguh-sungguh berjaga untuk Aina, basahkan badan Aina dengan kain basah sementara umi susukan Aina.Lama betul tak berjaga macam ni.Macam dalam pantang pula rasanya. Memori pantang pun menggamit kembali, dengan jaundis dan bertukar giliran dengan suami.Penat tapi bila dikenang, ianya menjadi satu kenangan yang manis.

Alhamdulilah, sudah dua hari saya melihat melihat senyuman pagi Aina.Syukur dan senang hati.Balik dari kerja semalam pun sungguh-sungguh peluk cium si kecik tu, rindu sangat-sangat senyumannya.Aina pula membalas senyuman saya sungguh-sungguh juga, bagai mengerti rindu yang ada.

Sayang Aina!


2 comments:

izfanora said...

Allahu akbar.. bahagianya kalian.. doakan kami yer..

tahniah juga buat adik yati..

*yati, ieza ada add fb yati.

Shakina Farhan said...

semoga aina cepat2 sembuh..kejap je 100 hari kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...