Tuesday, March 26, 2013

Penyakit Malas :-P

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sepanjang minggu lepas, sangat-sangat sibuk di pejabat. Tak pernah dalam rekod tak menyentuh kes individu.Semuanya kes syarikat dan korporat. Sudahnya Jumaat, ambil MC sakit kepala..hehe..AGM Persatuan Peguam Syarie Pahang pun tak dapat nak hadirkan diri.Kepenatan!

Terasa nak buat perniagaan sendiri, macam online, hanya duduk rumah dan bebas beraktiviti dengan keluarga.Tetapi, baru-baru ini terdengar satu berita seorang isteri yang asyik berniaga, tidak menumpukan perhatian kepada keluarga diceraikan, pada saya seorang senior dalam rumahtangga. Nauzubillahiminzalik...


Sekarang pula, saya selalu lupa caj MP3 untuk memperdengarkan bacaan Al Quran buat Aina.Kadang-kadang skipped, adalah 3-4 kali seminggu sahaja dan alhamdulilah teringat kata-kata motivasi dari emel Puan Lina Karim di dalam jihad pendidikan anak-anak, dan video dari Didikan Al Quran membuat saya rasa ada sedikit motivasi untuk teruskan misi saya.

"Dan percayalah mengajar mereka mengenal 26 huruf hijaiyah lebih susah dari mengajar mereka 26 huruf ABC kerana usaha keras syaitan yang akan sentiasa berada ditengah-tengah kita ketika kita mengajar anak kita. 

Mereka takut akan potensi anak tersebut yang akan menguasai Al-quran bila ia dewasa nanti"

"Maka jika ada hari kita berasa tidak bersemangat untuk mengajar anak kita, ingatlah akan itu sebenarnya dari syaitan."



Misi yang seterusnya, sama-sama kita hindari penyakit malas ini dengan memperbanyakkan bacaan doa di atas.Semoga ianya membantu kita.

Nota Naluri:
Al Fatihah buat ketiga-ketiga permata-permata agama.Sayu rasanya hati bila mereka pergi meninggalkan kita di dunia fana ini dengan segala ilmu-ilmu mereka.

1) Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar.
2) Tuan Guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah.
3) Dr Uthman El Muhammady : Fellow Amat Utama Akademik ISTAC IIUM

Monday, March 18, 2013

Misi Al Fatihah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Kem Ibadah.Modul Tasmik Bacaan Solat.Peserta-dalam lingkungan 18 tahun, lepasan SPM.Tasmik Bacaan Al Fatihah oleh para fasilitator.

Terdapat seorang pelajar, tasmiknya oleh seorang ustaz.Permintaan untuk membaca surah Al Fatihah.

Peserta :  Saya tak pandai baca Al Fatihah , ustaz..
Ustaz   :   Berapa lama dah kamu tak solat?
Peserta :  Hampir dua tahun ustaz.

Ustaz ini mengusap-usap belakang badan peserta tadi.
Ustaz  : Kalau mak ayah meninggal nanti nak bagi apa?
Peserta :......
Ustaz   : Nak bagi duit, mak ayah tak dapat nak bawa dah ke "sana"...
Peserta : Bagi Al Fatihah, ustaz..
Ustaz   : Bagi Al fatihah.Macam mana nak bagi Al Fatihah, kalau kamu tak pandai baca Al Fatihah? Belajar ye..

Kisah dari zauji yang mengendalikan kem ibadah baru baru ini.Syahdu saya mendengarnya.kata zauji, batch ini memang berbeza, ramai yang terlepas pandang.Bahkan ada antara mereka yang mengaku tidak kenal alif ba ta.

Saya juga pernah mengendalikan kem ibadah.Tetapi peringkat sekolah rendah dan menengah. Cuma segelintir sahaja yang tidak pandai solat.Kami pula hanya memperbetulkan sahaja bacaan dan solat mereka.

Tetapi kali ini berbeza, yang ini adalah pelajar kolej.Baru bergraduasi daripada SPM, yang keputusannya biasa-biasa sahaja.Tidak secemerlang straight "A". Tetapi saya tetap kagum dengan mereka kerana masih punya keinginan untuk melanjutkan pelajaran.

Di kala kita sibuk untuk memperbaiki diri, mencari ilmu sebagai bekalan rupanya masih ada yang tertinggal.

In-shaa Allah misi akan tetap diteruskan.Semoga perjuangan zauji dan rakan-rakan seangkatannya diteruskan.

Thursday, March 14, 2013

Mestilah Dokumen Penting

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Semalam, zauji mengemas dan menyusun atur bilik.Saya tidak berkesempatan untuk menolongnya sebab kena jaga Aina yang makin laju ke depan, itu pun dah mula mahu merangkak mengangkat keseluruhan badannya.Tapi rancak untuk merangkak masih belum lagi. Baru nak "warming up". :-)

Ok.Berbalik kepada topik, ada satu almari di sudut bilik itu. Saya penuhkannya dengan sebahagian koleksi buku saya, dokumen-dokumen, ada juga bahagian cadar dan tuala.

[kredit] idea mini library yang menenangkan...

Zauj   : Ish kenapa berat sangat almari ni?
Zaujah : Mmm. kan ada buku-buku, sijil-sijil dan dokumen penting, mestilah berat..
Zauj    : Keluarkan dulu buku-buku tu.Dokumen apa lah yang agaknya disimpan
Zaujah : Mestilah dokumen penting. Dah habis tapis dah tu..huhu (terus mengalihkan semua fail-fail dan dokumen-dokumen yang berkaitan )
Zaujah  : Adeh, beratlah pulak fail-fail ni..Issy..
Zauj     : eh berat ke?Eh takdelah , kan "ringan" semuanya.haha...Tulah, semua dokumen nak simpan.Lain kali buatlah sistem pelupusan, tak payahlah nak sayang-sayang kertas-kertas tu..
Zaujah : Nasiblah abang, dapat isteri kerja "lawyer". Semua dokumen dianggap penting.Bukti katanya..haha..
" - ^____^ -"

Hmm..Ya, semua kertas itu penting bagi saya, sebab dalam mana-mana transaksi sekalipun, itulah satu-satunya bukti yang saya ada.Dalam pembuktian disebut  "documentary evidence". Kalau nak saman pun, mesti ada hitam putih perjanjian, hitam putih pengiraan.Terbawa-bawa pula sifat perundangan itu dirumah tanpa sedar.

Tetapi disebabkan sistem pelupusan yang zauji buat, terpaksalah saya sisihkan dokumen-dokumen yang tidak diperlukan lagi. "Closed File!".

 "Allah swt adalah kekuatan . Untuk Mencari Kekuatan carilah Allah swt..."

Nota Naluri:
Berangan mini library yang tenang la pulak...


 

Tuesday, March 12, 2013

Bahagian 2: Didikan itu masih belum sempurna

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Saya ada cita-cita untuk mengenalkan huruf hijaiyah dan 30 surah lazim buat permata hati kami, Aina Syafiyah berbanding ABC dan subjek moden pendidikan awal kanak -kanak.

Tetapi ibunda tercinta berpesan,  " ha, kalau nak buat, buat betul-betul, mak pun nak tengok juga, tapi kena ingat...ada juga budak empat tahun hafaz surah yasin lagi-lancar..bila dah besar, biasa-biasa aje budaknya ..maksudnya nak didik anak kena berterusan.."

(^_______^)
Teringat pula pada entri ini, "Didikan itu masih belum sempurna.." .Tentang tugas ibubapa yang harus berterusan dan istiqamah.Bukan setakat garisan penamat, bukan sekadar habis silibus.Kerana dari amalan soleh mereka daripada didikan itulah yang membawa kita ke syurga.

Hatta sehingga sekarang pun, walaupun sudah ada seorang anak, ibunda tercinta, masih lagi mengingatkan saya tentang pelbagai perkara tentang fitrah kehidupan.Tentang pengurusan keluarga.Kata-katanya amat bermakna buat saya. Jatuh terus ke hati.Begitu juga mertua saya.Makin bertambah perkongsian pengalaman hidup.
Tengahari tadi, bersama rakan-rakan sepejabat berbincang tentang perihal keibuan.

" ...Allah itu Maha Adil, kalau kita alahan teruk, dipermudahkan waktu bersalin,begitu juga sebaliknya..."
 -Setiap yang berlaku ada hikmah yang tersirat, tidak kira susah ataupun senang.Yang penting sentiasa mengingatiNYA..

" ....kalau nak anak, perlu persediaan mental dan fizikal..terutama alahan yang teruk..."
 -bukan sahaja persediaan mental sewaktu mengandung tetapi persediaan mental untuk seluruh kehidupan sedari anak itu kecil sehingga dewasa.Berdoalah selalu semoga segala urusan dipermudahkan.

" Ada budak kecik senang je jaga waktu kecil, tidur malam tak berjaga...tapi bukan itu yang kita kira, yang penting membesarkan anak ketika besar nanti bagi membezakan baik dan buruknya...yang itu paling sukar..."
 
Kata-kata yang ini juga menusuk kalbu, saya ada terbaca dari status facebook seorang sahabat.Menarik untuk dikongsi bersama,

" ....Ibu bapa sentiasa doakan anak perempuan kita diringankan jodoh dan jangan jadikan hantaran perkahwinan kriteria kemuliaan anak kita.tentukan anak gadis kita menutup aurat,menjaga solat dan pergaulan baru bernilai anak gadis kita.

Betapa ramai lelaki tertipu dengan rupa bakal isteri yang cantik tetapi tidak berakhlak Islam menyesal kemudian hari kerana masalah anak-anak yang dibesarkan dengan cara tidak mengikut Islam dan redha Allah tidak menjadi tujuan hidup...."

Allahuakbar.

Misi seorang ibu bukan sekadar penyusuan susu ibu selama dua tahun, bukan sekadar dari pakaiannya, bukan sekadar dari homemade solid food, bahkan perlu lebih dari itu. Sahsiah dan akhlak.

Setiap detik bersama-sama anak-anak kecil, perlu ada sahsiah yang perlu dipupuk supaya ia sentiasa subur dan menjadi teguh bila mereka dewasa kelak.

Menjadi seorang ibu dan bapa membuatkan kita perlu menambahkan standard ISO ntuk memainkan peranan yang penting disamping memperbaiki segala amalan kita.

Sebab itu anak adalah satu anugerah dalam kita memuhasabah diri sebagai seorang muslim yang beriman.Insha Allah.

Wallahualam.

Monday, March 11, 2013

Orang Baik, Ujian Hebat!

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Menonton sinetron Rindu Bertamu di Abu Dhabi.Yang kelakarnya saya baru tahu Abu Dhabi itu adalah sebuah negara, ingatkan wilayah kecil sesebuah negeri. Sekali pandang, melihat watak-watak bertudung, memang menarik perhatian saya.Tetapi waktunya tidak kena, Maghrib Jadi tengok celap celup sahaja.Jika berkesempatan dan selesai tugas awal, bolehlah menonton.

Persoalan yang muncul di benak hati saya, watak Fahrin (Firdaus) dan watak Tasha Shilla (Ain) adalah di kalangan orang yang baik-baik, tetapi kenapa jodoh mereka bukan dengan cara yang baik, bahkan diperangkap oleh mereka yang berhasad dengki.

[kredit]

Jawapannya, orang baik ujiannya hebat!Tanda Allah swt sayang pada hambaNYA.Dan supaya kita akan sentiasa mengingatiNya, Insha Allah

Ingat kisah Nabi Ayub yang ditimpa pelbagai penyakit yang dahsyat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan dari menjadi seorang yang kaya raya , dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.

Bagaimana pula kisah Nabi Yusof?Seorang yang dikurniakan rupa yang kacak , dan menerima ujian Hasad dengki antara adik beradiknya, difitnah Siti Zulaika. dipenjara pula.

Sirah Rasullullah s.a.w begitu juga, mempunyai sifat terpuji, tetapi ujiannya dari segi menyampaikan dakwah.Sayunya hati jika mendengar kisah Rasulllullah s.wt menyebut "Ummati..Ummati..Ummati....".

[kredit]
Kesimpulannya, apa saja ujian atau dugaan terhadap kita, jangan melatah terlalu cepat dan menyalahkan sesiapa ataupun takdir, tetapi ingatlah ujian itu tanda ingatan Allah s.w.t kepada kita, tanda sayangNya kepada hamba.

Tarik nafas sepanjang yang boleh, lalu beristighfarlah, supaya diampunkan segala dosa-dosa kita.Ingatlah dengan berzikir, supaya hati kita akan menjadi tenang untuk mengharungi gerak langkah selepas itu.Insha Allah.

Wallahualam.


Thursday, March 7, 2013

Cita-Cita Budak Darjah 4: Surirumah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Kerja rumah Bahasa Melayu (Penulisan) , "Cita-Cita Saya" diberi kepada anak-anak murid Empat Ehsan pada tahun 1990-an. Maka berfikirlah seorang anak murid ini tentang cita-citanya, tentang kerjaya ibunya.Terlalu dikagumi.Tanpa ragu-ragu, laju dia menulis cita-citanya, harapan mahu jadi seperti ibunya.

Pensil itu laju mengarang, " Cita-cita saya adalah seorang surirumah". Dia puas melihat hasil karangannya dan pasti mendapat "A" gemuk dalam Bahasa Melayu, seperti karangan-karangannya sebelum ini.

Dengan penuh semangat  menghantar hasil karangan tersebut kepada gurunya, sambil melihat hasil karangan-karangan kawan  yang lain. NJ bercita-cita menjadi guru seperti ayahnya, HD bercita-cita menjadi pegawai diplomatik, ikut jejak ayahnya. BT mahu menjadi seorang doktor, HS mahu jadi bomba.

Keesokannya. terdengar jeritan guru itu memanggilnya, " Nor...! buat karangan ini semula, ada ke cita-cita kamu mahu jadi surirumah, mana ada dapat gaji besar pun..."

Satu kelas tertumpu kepada Nor,. Ada yang tersengih, ada yang ketawa melihat karangan "surirumah" tersebut.Cita-cita jalanan kata mereka.

"Tapi, cikgu, emak saya ada gaji, tiap bulan bagi belanja pada saya, macam-macam kerja dia buat.."

" Isy mana ada, surirumah mana ada gaji, kamu buat cita cita saya menjadi guru..macam cikgu ni.."

Dalam keadaan keterpaksaan, karangan itu diubah , cita-cita saya adalah guru.Karangan itu ditulis tanpa perasaan.Hatinya memberontak mahu mengatakan surirumah itu adalah cita-cita surirumah itu yang terbaik.

Segala persoalan bermain di mindanya, cita-cita ni maksudnya kena ada gaji besar ke? Surirumah itu bukan satu cita-cita ke?Bukankah itu satu kerja yang mulia, mendidik dan mentarbiyah anak-anak.

Antara baitnya, "Menjadi surirumah, saya boleh mendidik anak saya membaca, menulis karangan dengan baik, mengaji, membuat bekalan kepada anak-anak saya kelak. Dan saya akan mencurahkan segala kasih sayang kepada mereka "

Walaupun gaji surirumah tadi, adalah elaun bulanan dari ayah kepada ibunya.Tetapi si kecil tadi amat mengagumi tugas ibunya, melayan setiap karenahnya membuat kerja sekolah, sama-sama belajar huruf jawi sehingga boleh membaca dengan lancar sekali ,membuat latihan karangan secara latih tubi di kerusi kawasan dapur, sentiasa membuat bekalan untuknya ke sekolah supaya tidak perlu berebut dan beratur panjang di kantin,Takut kotor pakaian dan tudung katanya.

Surirumah yang saya kagumi, ibunda tercinta..

Dan abad ini, ianya terbukti, ramai wanita yang bergelar surirumah berjaya mendidik anak-anak mereka.Tokoh-tokoh ibu mithali bermula dari didikan awal dari air tangan ibu itu sendiri.


Jadi siapa kata surirumah itu bukan cita-cita yang relevan?Saya sangat mengagumi semangat surirumah itu daripada ibunda tercinta.Dan buat wanita yang bergelar surirumah , saya respek anda, dan gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya untuk mendidik anak menjadi insan yang berguna.

Tetapi buat wanita yang berkerjaya, kita perlu belajar menjadi superwoman, penuh semangat juang dalam mencurahkan bakti kepada masyarakat dan anak kita.

Wallahualam..

Nota Naluri:
Sayang mak, terlalu teliti dan cermat dalam menjaga kami.:-)

Tuesday, March 5, 2013

Musytari Di Bawah Bulan?

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

gambar yang namapak dari mata kasar.tidak di zoom..
Pernah tengok Musytari di bawah bulan?Tengok gambar di atas ada dua cahaya.Cahaya yang besar itu bulan.Yang ada titik kecil sedikit itu lah Musytari.Gambar ini diambil tanpa zoom.Kiranya kalau mendongak ke langit macam inlah rupanya.Pandangan mata kasar.

Jom tengok yang di zoom sikit.Ok jelas sikit kan?

zoom sikit guna nikon...




Yang Kuning itu Bulan, Yang merah itu Musytari.Seronok kami tengok beramai-ramai di bawah langit.Aina pun kami heret sekali tengok.Bila dia tengok kami mendongak, dia pun mendongak jugak.

Ada lagi gambar cantik dari Falak Online.Boleh "Like" kalau nak tengok update tentang  apa-apa sahaja tentang ilmu falak.Tak rugi pun, malah bertambah pengetahuan tentang alam semesta sambil mengagumi tentang ciptaaNya.

kredit: FBfalakonline-gambaran bulan yang lebih jelas.

kredit: FBfalakonline-bulan berselindung di balik awan
Alkisah, bagaimana kami dapat tahu tenteng kisah musytari ini, adalah sumber dari falakonline, like page, nantikan updatenya.:-) dan kejadian di atas adalah pada malam 19hb Februari 2013.

Nota:
Kesokannya, hari siang, bawa Aina jalan-jalan keluar, dia tetap mendongak ke langit, agaknya mencari Musytari di bawah bulan lagi.Tetapi yang muncul matahari petang hehe.Sekali sekala belajar ilmu falak ye Aina..:-P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...