Monday, March 18, 2013

Misi Al Fatihah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Kem Ibadah.Modul Tasmik Bacaan Solat.Peserta-dalam lingkungan 18 tahun, lepasan SPM.Tasmik Bacaan Al Fatihah oleh para fasilitator.

Terdapat seorang pelajar, tasmiknya oleh seorang ustaz.Permintaan untuk membaca surah Al Fatihah.

Peserta :  Saya tak pandai baca Al Fatihah , ustaz..
Ustaz   :   Berapa lama dah kamu tak solat?
Peserta :  Hampir dua tahun ustaz.

Ustaz ini mengusap-usap belakang badan peserta tadi.
Ustaz  : Kalau mak ayah meninggal nanti nak bagi apa?
Peserta :......
Ustaz   : Nak bagi duit, mak ayah tak dapat nak bawa dah ke "sana"...
Peserta : Bagi Al Fatihah, ustaz..
Ustaz   : Bagi Al fatihah.Macam mana nak bagi Al Fatihah, kalau kamu tak pandai baca Al Fatihah? Belajar ye..

Kisah dari zauji yang mengendalikan kem ibadah baru baru ini.Syahdu saya mendengarnya.kata zauji, batch ini memang berbeza, ramai yang terlepas pandang.Bahkan ada antara mereka yang mengaku tidak kenal alif ba ta.

Saya juga pernah mengendalikan kem ibadah.Tetapi peringkat sekolah rendah dan menengah. Cuma segelintir sahaja yang tidak pandai solat.Kami pula hanya memperbetulkan sahaja bacaan dan solat mereka.

Tetapi kali ini berbeza, yang ini adalah pelajar kolej.Baru bergraduasi daripada SPM, yang keputusannya biasa-biasa sahaja.Tidak secemerlang straight "A". Tetapi saya tetap kagum dengan mereka kerana masih punya keinginan untuk melanjutkan pelajaran.

Di kala kita sibuk untuk memperbaiki diri, mencari ilmu sebagai bekalan rupanya masih ada yang tertinggal.

In-shaa Allah misi akan tetap diteruskan.Semoga perjuangan zauji dan rakan-rakan seangkatannya diteruskan.

1 comment:

Hisyam Muhibah said...

sekali berdakwah, selamanya berdakwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...