Thursday, December 31, 2015

Journey of 2015

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Ending of 2015- Dalam bonet kereta saya ada kucing! Mendebarkan betul bila nak drive tapi ada bunyi kucing mengiau.Tapi tak tahu kucing tu kat mana.haha.Agaknya dia tumpang tidur sebab malam tadi hujan.Janji dia selamat.Alhamdulilah.

Alhamdulilah, banyak azam yang terlaksana.Antaranya, melakukan penjimatan kos dan janaan kewangan, menunaikan umrah bersama family. Itulah impian paling besar kami pernah laksanakan.

Kerja? Kita tak boleh memuaskan hati semua orang.Janji buat kerja kita baik baik dan Allah tahu sebagai kemampuan kita. Yang paling sedih, kawan sepejabat saya mengakhirkan perkhidmatannya pada tahun ini, buka firma guaman sendiri.Tahniah Irfan.Dah berjaya mencari "Magic" ye.

Alhamdulilah, adik saya Basirah telah selamat bertunang pada bulan Ogos, dengan Jihan dari Pontian, Johor.Tak sangka betul dia nak kahwin dah. Sampai tak sempat nak coretkan kat blog.

Perkahwinan anak sepupu, Mardhiah dan suaminya juga  telah selesai pada Oktober.

Adik ipar saya juga dah selamat bersalin anak kedua , Uwais Abdul Azim pada 3/7/2015. Tak dapat nak potong dah queue dah.insya Allah,segala rezeki semuanya datang dari Allah.

Renovation rumah mak
Guna duit bonus hari raya, upgrade car porch rumah mak.Tiada lagi taman mini dia sebab dia pun tak larat nak menebas rumput.Dan kami pun takde masa nak menebas rumput huhu.

Loteng Rumah
Target loteng rumah pun dah tercapai.Alhamdulilah!


Cerita Duka 2015

Tetapi dalam suka ada juga dukanya.Ayah mertua diserang strok pada 1 Muharam.Alhamdulialh setakat ini perkembangan makin baik.Sudah mula jalan bertongkat.


20.11.2015- operation slip disc

Suami saya kena operation for slip disc pada 20.11.2015. Katanya, dia dah tak dapat lagi jadi "Superman" saya sebab tak boleh buat aktiviti yang berat-berat.Huhu.Kebetulan pada tarikh tu merupakan tarikh kami kehilangan arwah abah kami.

Kemudian kami dikejutkan dengan berita jiran saya, Pak cik Suhaimi meninggal .Saya terima berita di pejabat.Masuk bilik air, menangis habis-habis.Sebab sebaik sahaja arwah abah meninggal, dia pesan pada saya "Kakak kena belajar sampai habis dulu, jangan fikir pasal kahwin lagi yek".Maknanya pelajaran kami begitu penting pada matanya.Dia juga banyak menolong kami selepas pemergian arwah abah.

Bulan puasa hari tu, saya menerima berita tentang pemergian sahabat baik saya, Mieza yang meninggalkan seorang anak 4 tahun.Sakit dalam perut yang tidak dapat dikesan.Memang satu tamparan buat saya, memikirkan dia sudah selamt bertemu Allah. giliran kita pula bagaimana?

Al fatihah  untuk mereka yang telah pergi.Semoga mereka digolongkan di dalam golongan yang beriman.

Insya Allah tahun hadapan.Semoga semuanya bermula dengan baik.Be nice to me 2016!


Eh Zauj ada bagi diari eksekutif 2016 kat saya semalam.wah terima kasih, Terharu tau! sebab buka buka je diari tu ada "love" .:-) Itupun sebab Aina yang perasan.


Tuesday, December 29, 2015

Review : Telekung Habeb

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Akhirnya, Pencarian telekung yang sesuai dengan jiwa saya berakhir selepas memiliki dua telekung SK..

Koleksi pertama saya dari Telekung Habeb adalah TH 3.0- Kelabu

Telekung Habeb 3.0 , typo 1.0 tu yek

Ciri-ciri istimewa TELEKUNG HABEB :

1) Sangat selesa dipakai. 
2) Tidak jarang. 
3) kekemasan dan keselesaan dalam pemilihan telekung anda. 
4) Sangat kemas di bahagian kepala telekung. Terus melekap di muka. 
5) Harga yang sangat murah. Memang sangat murah dan sangat berbaloi. 
6) Tidak dijual di mana-mana kedai. 
7) Material - Jersey. Tidak melekap dekat badan. 
8) Tidak panas. 
9) Tali ikat belakang. 
10) Telekung dan kain satu set. 

Yang penting jahitan sangat kemas dan homemade, bukan jahitan kilang tau, Kalau ada stock memang kena pm laju sebab selalu SOLD OUT. Maknanya memang best la kan..Saya pun dah tak pandang lain dah, sebab telekung ni memang sangat selesa.Murah pula tu.

Antara koleksi Telekung Habeb, meh cuci mata dulu.

Telekung TH 1.0 - Lekap Renda Organza Lace RM90.00 (tidak termasuk kos pengeposan)







Telekung TH 2.0 - Getah Renda RM80.00 (tidak termasuk kos pengeposan)

TH2.0 Light Purple

TH2.0 Pink

TH2.0-  White (No Awning)

TH 2.0 Turqoise

TH2.0 - Grey

TH2.0-  Rainbow (No Awning)

TH2.0- Green

TH2.0- Gold

TH2.0 Maroon

Telekung TH 3.0 - Lekap Renda RM80.00 (tidak termasuk kos pengeposan)






9 SEBAB ANDA PERLU MEMILIKI TELEKUNG HABEB?

Material : Jersey tebal .

✔ Renda organza & cotton .

✔ Size bukaan muka adalah standard. 

Sesuai untuk semua bentuk muka besar atau kecil.
✔ Tidak jarang dan tidak panas
✔ Kain getah
✔ Tali ikat belakang
✔ Jahitan kemas, homemade
✔ Tidak perlu pakai anak tudung
✔ Ira corak dan warna renda telekung mungkin sedikit 
berbeza dengan gambar .


Berminat untuk beli, whatsapp/telegram 0123096875.

Memang berbaloi-baloi tunggu tau.Tapi siapa cepat dia dapat dulu.Sebab memang cepat habis.masa tu tak boleh nak tolong sebab kena tunggu ready stock yang lain plak.No Pre order yek. :-)


Emak saya pakai TH1.0- grey  Adik saya pakai TH3.0 brown.Kemas kan?
Update : 29/12/2015 semua SOLD OUT.Sekarang tengah restocking TH2.0..:-) Harap bersabar yek

Monday, December 28, 2015

Tayar Bengkak

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Pagi.

Dari rumah saya terus menuju bagi perjumpaan dengan klien. Dia adalah antara orang yang penting.Rasa nervous juga dalam hati.Sebab saya perlu berjumpa dengan dia sebelum perjumpaan ahli lembaga pengarah dimulakan.

Susah juga nak cari parking sebab ada event besar juga.berebut parking.akhirnya saya dapat satu parking.betul betul tinggal untuk kereta saya.

Dengan segera saya uruskan urusan dan amanah yang diberikan. Balik ke parking. Dan terlihat tayar kereta.

Ya Allah.tayar bengkak!semalam tak de apa apa lagi.

Tayar Bengkak!

Terus saya telefon suami dan whatapps pic tayar.Masa ni teknologi memang sangat membantu. 

Katanya,mungkin saya terlanggar sesuatu dan ia menjadi bengkak dengan cepat. Saya perasan juga waktu drive, ada bunyi berdesing pada tayar.Ingatkan faktor jalan raya. Rupanya bukan.

Terus ke kedai tayar, minta nasihat macam mana.walaupun hanya satu tayar hadapan yang bengkak, 
Kedua kedua tayar belah hadapan mestilah mengunakan tayar yang sama.Maknanya saya kena tukar kedua-dua tayar depan, walaupun tayar depan tu baru sahaja ditukar pada awal tahun. Masa tu tu "Dunlop" je yang ada dalam stok. Sebelum ni saya guna "Bridgestone" dalam RM230.00 untuk satu tayar.Tapi "Dunlop" dapat RM 170.00 satu tayar,Ok lah tu, kira dalam bajet.

Tayar pula semakin bengkak.Cuaca pula panas, memang kira bahaya ala kalau teruskan drive, kira tayar tu boleh "meletup" sikit la.Nak tak nak memang kena tukar.

Kebetulan memang saya berniat untuk tayar belakang sahaja sebenarnya pada hari Sabtu, tapi bila dah jadi macam ni , kenalah tukar empat tayar sekaligus.Takpelah demi keselamatan.

Terfikir juga apakah hikmahnya jadi macam ni.Apa agaknya yang akan berlaku pada hari Sabtu nanti.Mungkin ada yang perlukan pertolongan saya. Takpelah, kita lalui sahaja dengan penuh hikmah kan.

Saya sampai dalam pukul 945 pagi. Kira kira hampir pukul 11 pagi, siaplah semuanya.Kira saya pun dalam langkah  kanan, sebab bila saya sampai kedai tayar tu takde orang pun lagi.lepas tu baru berduyun duyun kereta yang datang untuk service.Alhamdulilah.

Dan Hari Sabtu pun tiba, pada hari yang sepatutnya saya ke kedai tayar. Pagi pagi, kereta adik saya tak dapat dihidupkan.Bateri habis,Terus offer adik, pakai kereta saya untuk dia ke pejabatnya.Dan kami settlekan bateri keretanya pula.

Kan itu hikmahnya? Cantikkan Allah takdirkan untuk kita? 

Eh ada lagi, kes yang kami tender dah dapat. Boss call saya khabarkan berita gembira tu.Ye lah dah macam macam halangan kami dapat sebelum tu.Penuh debaran je rasanya.

Syukur Alhamdulilah...

Monday, December 21, 2015

Please Don't Confuse

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


 

Zaman teknologi dan maklumat di hujung jari sememangnya amat mencabar Apatah lagi untuk bidang profesional seperti perubatan, undang-undang dan seumpamanya.Well, saya rasa ia memang sangat memberi kesan besar kepada kerja saya.


Sebab kadang-kadang yang datang bawa perjanjian sendiri katanya, digoogle tanpa meminta pandangan mereka yang berpengetahuan, dan ianya tidak memberi perlindungan yang menyeluruh dan tidak bleh dijadikan bahan pembuktian yang kukuh, Kemudian, pihak kami tak dapat nak diselesaikan.kemudian kata, perundangan tidak adil.

Ada juga yang membandingkan  kes diri sendiri dengan kes kawan-kawan lain,  Tak semuanya fakta serupa.Tak semua penyelesaian serupa.Mungkin serupa tapi tak sama,Sebab kita kena cungkil satu persatu. 

Melatah dan membuat tindakan sendiri. Tindakan di luar emosi kemudian tidak mahu mendengar penerangan pihak yang berpengalaman dan berpengetahuan. Akhirnya merugikan diri sendiri.

Perlu ingat kita manusia, bukannya sempurna.Begitu juga dengan sistem, tak semuanya sempurna,Adakalanya offline juga.

Bayangkan hampir setiap hari menerima keadaan yang begitu.

Saya tengah draf perjanjian kes A, Kemudian klien B datang menceritakan situasinya, perlu fokus untuk membezakan fakta dan emosi. tengah berbincang ada panggilan handset dari C dan orang  D interkom! Wassap dan SMS dari E & F. Emel dari G serentak!kerja 7 in 1! 

Mana tak penat dan stress.Apa yang saya harapkan semua boleh bersabar dan memberikan respon sewajarnya.Tak usah nak compare begitu dan begini,

Apa yang kita boleh buat banyakkan tolak ansur, hormat orang tak kira tua dan muda.Sebarkan kasih sayang. Please..Jngan ikut emosi yang melulu dan suka menuduh..

Mood: Nak hilangkan stress


Thursday, December 3, 2015

My Handphone Revolution

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt..

Hari ni nak imbas kenangan telefon bimbit yang saya pernah pakai.Dan saya bukannya kaki gajet, asal boleh call,sms sudah cukup memadai. Camera is a seperate item dan memang selalu ada dalam beg.

Setiap handset ni ada kenangan sendiri, saya hanya akan tukar, bila handphone tu jammed dan ianya tidak boleh dipakai langsung untuk membuat panggilan.Sebab jika ada urusan kecemasan kan susah?



Trium ini adalah handset pertama saya ,Pemberian dari arwah abah.Dia kata beli RM35.00 je, secondhand sebab senang nak call saya masa belajar di pusat matrikulasi.Kalau tak, tunggu abah call handphone kawan, kemudian saya jawab.Haa bayangkan macam mana tu.Kalau tak tunggu saya cukup duit syiling, baru call abah dan emak. Tapi handset ni yang berjasa waktu saya belajar tau, berguna untuk segala program yang saya join. Arial tu siap  boleh tarik panjang-panjang kalau line tak clear.Masa ni ramai kawan pakai handset Siemen, Sagem. Nokia 3310 yang paling canggih pada masa tu.



Handset ni abah belanja waktu saya dah belajar di Gombak. Masa tu harga RM200++. sebab kami bukannya orang senang. Dah mahal sangat bagi saya huhu. Terima kasih abah sebab belanja handset ni.Wah macam best je walaupun 3315. Janji boleh call dan sms.Lama juga saya pakai sampai saya final year. Sebab tak boleh pakai, bateri asyik kong walaupun dah bertukar banyak kali.Ye la bateri ganti tak sama dengan original kan?Dan ini adalah kenangan terakhir saya dengan abah, tak sempat zaman selfie, dan zaman kamera digital.huhu 

Samsung- Masa ni zaman flip-phone yang Motorola tu. Handphone berkamera pertama saya.Tak mampu beli Motorola, beli yang ini je, Comel je bila pakai. Kualiti gambar paling besar pun 640 x 480 px je. Bolehlah untuk kenangan zaman universiti. Bateri memang tahan lama.Kali terakhir guna sebab keypad tak function dan tercabut dan tak boleh angkat call.Sampai zaman chambering dan start kerja juga la saya pakai.




Sony Ericson- Handset zaman kerja sampai kahwin.Masih flip phone sebab saya senang nak selit kat tudung, konon konon hands free. Sama dengan warna kereta, warna favourite saya.Sound yang kuat. Kalau tengok cerita Korea, diaorang asyik guna flip phone, saya pun terpengaruh juga.memang terbaik. Gambar pun sangat ok. 


Samsung Corby II- Handset selepas kahwin.pertama kali beli handset dengan zauj.biasa dengan abah dan emak je. Handsey pertma touch screen,Memang kekok kali pertama, asyik cari keypad je.Kalau pakai keypad sambil pejam mata pun boleh taip.tapi bila touch screen, level pejam mata sambil pun tak lepas lagi haha.Berjasa untuk buat collection gambar.tapi masa ni bukan zaman whatsapp lagi. 




Samsung Galaxy Ace 3- Dapat free gift dari Maxis dgn upgrade plan  selepas handset lama tak boleh angkat call. Skrin gelap bila ada orang call and saya tak boleh buat apa-apa langsung.Bukan  sekali dua, tapi banyak kali,huhu Ye lah dah nak hampir tiga tahun saya pakai. Mana mana smartphone biasanya jangka hayat dia dalam dua tahun juga kan? Dengan hanset ni baru dapat kenal "whatsapp", telegram, instagram, dan yang paling penting untuk saya emel dan dropbox supaya senang nak transfer file ofis  atau pic ke dropbox/clud system.tak perlu hard disk dah:-)





Yang terkini, harap bertahan lama. Semoga mudah berurusan dan menguruskan segala hal kerja dan peribadi.Aamin.Be nice to me k , Oppo R7. :-)


Pena Hayati:
Saya bukan kaki gajet.
Asal boleh call sudah boleh memadai.;-)
Semoga menjadi asbab untuk memudahkan segala urusan saya. aamiin..

Tuesday, December 1, 2015

Magic & Masa Depan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Google pic
Cerita tentang kerja dan masa depan.

Sekarang ni kan dah ramai buat business sendiri, dah ada brand sendiri.Dan macam macam kejayaan yang saya lihat.Serius,saya juga tumpang gembira bila melihat lahirnya usahawan muslim yang berjaya memonopoli pasaran.Tentang WAHM (Work at House Mom), melihat perkembangan mereka , sayalah yang tumpang gembira.Tetapi kenapa saya tak join bisnes?Aha,Soalan cepumas tu.

Nak-nak soalan soalan dari sahabat saya yang dah ramai menukar bidang mereka dari apa yang dipelajari di universiti dan mereka yang berjaya up brand sendiri.Business kan masyuk,  Rezeki 9/10. Boleh jadi jutawan hendaknya.Insya Allah.

Hmm..Lets me answer the question..
  • Saya memang enjoy dengan kerja sekarang walaupun ada stressnya (Mohon dijauhi dari penyakit darah tinggi dsb, Aamin!).
  • Saya rasa bersyukur sangat melihat anakguam gembira apabila saya memberi perkhidmatan saya sebaiknya dan kes diselesaikan.
  • Mahu menjaga kualiti masa dengan keluarga dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
  • Sebagai tuntutan fardhu kifayah di kawasan tempat yang tinggal.
  • Sebagai social service  dan sumbangan kepada sesiapa yang menerlukan sekiranya saya berkemampuan untuk menyelesaikannya, Insya Allah.

Well, bak kata officemate saya, kadang-kadang kita jangan selesa berada di comfort zone, perlu mencari magik!Maknanya keluar dari zon selesa. Sebab kita tak tahu potensi dalam diri kita. 

Adakah saya berasa selesa dengan suasana kerja saya? Bagi saya, ilmu perundangan memang tak pernah habis, sebab kita perlu sentiasa "update". Setiap fakta kes adalah berbeza, maka cara penyelesaian juga berbeza.Apa yang ada, hanyalah asas yang perlu dipelbagaikan.

Makanya, saya mahu mencari  magik dalm syariah, spesifik faraid, hibah dan hartanah. Insya Allah, mana tahu suatu hari nanti saya akan jadi konsultan tentang perkara ini . (yeay, tak perlu praktis dah macam sekarang dah hehe.) cakap je macam Prof. Muhaya (she is too perfect for me)  Nak belajar semua bidang memang tak terkejar dah.Jadi perlu fokus sahaja dan jadi specialist.

Yang penting muamalat memang sangat perlu dijaga. Kadang kadang orang ingat saya tak kahwin lagi.Oops..memang kena letak pic kahwin kat bilik ni.hehe

Insya Allah, saya perlu fokus mencari "magic" saya.Buat homework dan teruskan perjuangan, 

Doakan kejayaan saya yek.


Wednesday, October 28, 2015

Kisah Lama PJJ, Jangan Mengalah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Petikan dari blog saifulislam.com , Hasrizal Abdul Jamil 

Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!

PJJ menjadi sebab yang signifikan untuk sesetengah pasangan susah mendapat anak sebab hubungan kelamin dibuat pada waktu bertemu yang isteri masa tu tak subur. Itu satu bab. Dah ada anak, anak perlukan dua figure untuk mendidiknya ialah ibu dan bapa. Apabila bapa tak dapat berperanan dengan baik, akan ada cacatnya pada proses tumbesaran itu, hingga ke tahap, anak lelaki yang kurang spend masa dengan figure bapa boleh mengalami kesongsangan jantina (gay). Dan sudah tentu bila isteri atau suami spend waktu lunch dan dinner dengan kawan-kawan setiap hari, ada kesan jangka pendek dan panjang yang tidak baik…. 
Kekangan kerja memang susah. 
Yang penting jangan mengalah!



PJJ itu kisah awal perkahwinan kami..Hampir dua tahun kami PJJ. Alhamdulilah sekarang bukan PJJ.Tetapi ujian kami sekarang, suami bekerja luar daerah, sanggup berulang alik selama satu jam perjalanan ke tempat kerja dan satu jam lagi untuk balik rumah berjumpa permata hati kami, Aina .Terima kasih atas segala pengorbanan yang diberikan.Hanya Allah yang mampu membalasnya.Ikut hati nak juga ikut kerja di daerah sana, tetapi tiada rezeki.maka bertahanlah saya di daerah ini.

Kadang-kadang rasa tak sanggup juga tengok zauj berulang alik sebegitu.Yalah, hati mana tak risau, bila suami pergi sebelum matahari keluar, sampai rumah pada waktu maghrib hampir setiap hari.Kos perjalanan memang bertambah, maintainance dan servis kereta apatah lagi.Mungkin ada lagi pengorbanan zauj yang saya tidak tahu.Allahu..

Sekarang, ayah mertua disahkan strok sejak awal Muharam, maka zauj perlu berulang alik ke sana untuk menguruskan segala keperluan ayah mertua.Insya Allah, semoga Allah permudahkan urusan zauj dan keluarganya.Aamiin Aamin Ya Rabb Alamiin..


Semoga Allah memberikan segala kekuatan untuk kita sekeluarga.

Yang penting, jangan mengalah!

Sabar : Itulah Yang Terbaik

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Sabar itu separuh dari iman...

Sabar & Redha Kunci Ketenangan....

Sabar Itu Indah...

Sesungguhnya, Allah swt bersama-sama orang yang sabar....


dr.cintacopyright


Wednesday, October 21, 2015

Doakan: Ayah Mertua Diuji Kesihatan

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Berita kurang baik, Awal Muharam hari tu, ayah mertua jatuh motor ketika hendak pergi Solat Subuh di surau. Pada mulanya dia berasa kakinya lemah sahaja, dan perlu dipapah bila nak ke tempat yang laim.But Unfortunately, nampak sebahagian badan tak dapat bergerak dan diangkat.Kami cek ke hospital, pengesahan ayah mertua diserang strok.Allahuakbar.

Ayah mertua pada tahun lepas.
Sekarang bergerak menggunakan bantuan wheelchair sahaja.



Saya mohon doa kawan kawan sekalian supaya ayah mertua cepat pulih dari strok ini, Insya Allah dengan bantuan fisioterapi dan sebagainya.

Nota Naluri:
Sayu sebab, kalau arwah abah masih ada, usianya lebih kurang ayah mertua. Dan dia telah banyak membantu saya.

Tuesday, October 20, 2015

Susun Atur: Barang Daiso

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sejak Kuantan dah ada Daiso,Asyik cuci mata je di sana,Sebab kat sana ada banyak yang sangat sesuai untuk memudahkan segala urusan di rumah and praktikal.Tapi nak beli barang kat Daiso, kena fikir fikir juga sama ada berbaloi atau dengan RM5.30 (termasuk GST).Kadang-kadang ada di kedai RM2 pun lebih murah ataupun Mr DIY lagi murah. 

Jom tengok apa yang saya grab di Daiso, sampai sekarang berbaloi guna,Sangat suka aksesori warna putih kan,Nampak gaya IKEA plak hehe.

Tempat sisa makanan di sinki.
Saya beli yang ini bagi menjimatkan ruang di sinki.Bila nak guna, baru letak plastik. Bila tak guna kita simpan di tepi..Jadi nampak bersih sikit kawasan sinki ni.Minat juga nak letak "dustbin" comel-comel tu.Tapi mengambil ruang.Jadi tak sesuai untuk keadaan sinki rumah kami.


Yang ini pula penyidai kain,Saya sidai kain buruk. Bila bersih, kita ketepikan semua hook tu ke dinding.Jadi nampak kemas lagi.Lokasi, bilik utiliti tempat mendobi baju,



Ada satu lagi, beli tisu roll, letak tisu lekap di dinding dan tarik.Boleh juga letak di peti.Tapi jarak yang tidak sesuai untuk digunakan.Saya selalu guna tisu tu kalau nak tapis makanan yang bergoreng supaya kurang minyak..Maka di dinding sebelah tempat memasak yang paling sesuai 

Ok itu sahaja perkongsian hari ini.

Semoga bermanfaat.

Tuesday, October 13, 2015

Nafas Baru Awal Muharam

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Dah nak sampai awal Muharam dah kan..Maka, kita perlu refresh segala niat baik kita.Bukannya senang nak istiqamah, keran istiqamah itu perlukan mujahadah.Allahu Akbar!

Semalam, adalah hari paling letih, penat bagi saya.Semoga dengan kedatangan awal Muharam ni menjentik minda, hati, jiwa untuk terus melangkah ke depan dalam mencari ketenangan dan kebahagiaan dunia akhirat walaupun bermacam dugaan dan cabaran yang datang. Insya Allah.



Teringat perjalanan Rasullullah dari Mekah ke Madinah,dari kota yang sangat sibuk dengan amalan jahiliyah ke kota yang tenang, merentasi padang pasir tanpa jemu dan lelah, demi membawa dakwah Islam. Apakah perjuangan kita setaraf dengan Rasullullah s,a.w?

Mungkin kita tidak kuat dan tabah seperti baginda, tetapi mari kita cuba sebaik mungkin dalam mempertahankan Islam, bermula dari diri kita, kemudian, keluarga kita, kemudian tempat kerja kita.Insya Allah, semoga Allah memberi kekuatan daie kecil seperti kita.

Bagaimana? Bermulalah dari akhlak kita.Jangan takut untuk berubah.

Selamat menyambut Maal Hijrah!Semoga tahun hijrah kali ini membawa lebih sejuta makna buat kita dari segala aspek.Insya Allah.

Semoga hijrah kita membawa keberkatan, dan berpanjangan


Monday, October 12, 2015

It's Monday!

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

It's Monday!



Bosannya tengok kerja bertimbun atas meja.Nak muntah pun ada.Selera pun hilang. Sebab sindrom Monday blues ni. Pagi pagi dah ada meeting di ofis.Bos cerita tentang ujian dan kafarah.Katanya, kita selalu menganggap setiap musibah itu ujian, Tetapi jarang terfikir apa salah kita, mungkin kafarah untuk kita.Jadi perbaiki diri.

Kemudian tentang barakah.Bagus juga.sebab banyak tazkirah pagi-pagi ni.Tapi bak kata Ustaz Heryanto dalam Daie semalam, dalam kita berdakwah, tak semua hati boleh terima dakwah kita, itu hakikat.Wallahualam

Rasanya sebab takde mood, sebab hati teringin nak sambung projek jahit langsir pintu bilik .;-) asyik teringat cubaan menggantung semalam.Cuti awal muharam ni, bolehlah gantung semua.Kemudian sambung next project. langsir table top, dapur. Wah. tak sabarnya.

Sebahagian projek langsir table top..
Guna double tape/velcron tape yang zap zap tu..tapi tak berapa kuat...Masih sedang diselesaikan.Cepatlah 5.30 petang. 

Hmm..minggu lepas accident dengan kereta, kereta kemek kat depan, Akibat lenguh kaki, maka terlajak tekan enjin ke depan. Sedihnya.Mungkin hari ni perasaan bercampur baur kot. 

Itulah kisah dunia.Nak buat macam mana kan. 

Sama ada yang datang tu sebagai ujian atau kafarah,,:-(


Thursday, October 1, 2015

Resipi :Bubur Labu Sihat

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Yang ni adik saya yang ajarkan, katanya, bubur labu sesuai untuk penyakit kanser dan mereka yang mahu menjaga pemakanan .Juga cara masakan bubur labu Chinese Style katanya. Mudah je resipi nya.Main campak campak sahaja.

Bubur Labu

1/2 biji labu dipotong dadu 
Segenggam barli
Segenggam sagu (tak kisah warna apa- saya guna warna merah)
Air secukupnya 
Gula yang seadanya (jangan manis sangat ye)

Cara-caranya
1.Sagu direndam sekejap.
2. Rebus Labu, barli dan sagu di dalam air.
3. Rebus sehingga masak
4. Masukkan gula secukup rasa

Sedia untuk dihidang. :-)

Sagu memang akan kembang, dan kuah bubur labu akan nampak lebih likat.
 Kalau takde barli , guna labu dan sagu pun ok juga.
Cuma bila ada barli, cukuplah nutrisi yang diperlukan kita.

Semoga bermanfaat.Insya Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...