Monday, October 12, 2015

It's Monday!

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

It's Monday!



Bosannya tengok kerja bertimbun atas meja.Nak muntah pun ada.Selera pun hilang. Sebab sindrom Monday blues ni. Pagi pagi dah ada meeting di ofis.Bos cerita tentang ujian dan kafarah.Katanya, kita selalu menganggap setiap musibah itu ujian, Tetapi jarang terfikir apa salah kita, mungkin kafarah untuk kita.Jadi perbaiki diri.

Kemudian tentang barakah.Bagus juga.sebab banyak tazkirah pagi-pagi ni.Tapi bak kata Ustaz Heryanto dalam Daie semalam, dalam kita berdakwah, tak semua hati boleh terima dakwah kita, itu hakikat.Wallahualam

Rasanya sebab takde mood, sebab hati teringin nak sambung projek jahit langsir pintu bilik .;-) asyik teringat cubaan menggantung semalam.Cuti awal muharam ni, bolehlah gantung semua.Kemudian sambung next project. langsir table top, dapur. Wah. tak sabarnya.

Sebahagian projek langsir table top..
Guna double tape/velcron tape yang zap zap tu..tapi tak berapa kuat...Masih sedang diselesaikan.Cepatlah 5.30 petang. 

Hmm..minggu lepas accident dengan kereta, kereta kemek kat depan, Akibat lenguh kaki, maka terlajak tekan enjin ke depan. Sedihnya.Mungkin hari ni perasaan bercampur baur kot. 

Itulah kisah dunia.Nak buat macam mana kan. 

Sama ada yang datang tu sebagai ujian atau kafarah,,:-(


3 comments:

suri said...

nak buat juga heeee rumah lum ada kabinet huaaaaa.. sadis sadis

NabilaHasyim said...

cantiknya kain chevron tu..
beli kat mana ek? susah la nak jumpa kt sini...

humble.yat said...

suri:

hehe buatlah suri rumah takde kabinet, langsir table top la jwpnnya hehe

nabila:

tulah..kain ni beli di lasufi cotton...tapi tulah puas juga menunggu edisi chevron ni hehe..sis boleh tgok kat fb dia..ada byk pilihan kain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...