Tuesday, October 20, 2015

Susun Atur: Barang Daiso

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Sejak Kuantan dah ada Daiso,Asyik cuci mata je di sana,Sebab kat sana ada banyak yang sangat sesuai untuk memudahkan segala urusan di rumah and praktikal.Tapi nak beli barang kat Daiso, kena fikir fikir juga sama ada berbaloi atau dengan RM5.30 (termasuk GST).Kadang-kadang ada di kedai RM2 pun lebih murah ataupun Mr DIY lagi murah. 

Jom tengok apa yang saya grab di Daiso, sampai sekarang berbaloi guna,Sangat suka aksesori warna putih kan,Nampak gaya IKEA plak hehe.

Tempat sisa makanan di sinki.
Saya beli yang ini bagi menjimatkan ruang di sinki.Bila nak guna, baru letak plastik. Bila tak guna kita simpan di tepi..Jadi nampak bersih sikit kawasan sinki ni.Minat juga nak letak "dustbin" comel-comel tu.Tapi mengambil ruang.Jadi tak sesuai untuk keadaan sinki rumah kami.


Yang ini pula penyidai kain,Saya sidai kain buruk. Bila bersih, kita ketepikan semua hook tu ke dinding.Jadi nampak kemas lagi.Lokasi, bilik utiliti tempat mendobi baju,



Ada satu lagi, beli tisu roll, letak tisu lekap di dinding dan tarik.Boleh juga letak di peti.Tapi jarak yang tidak sesuai untuk digunakan.Saya selalu guna tisu tu kalau nak tapis makanan yang bergoreng supaya kurang minyak..Maka di dinding sebelah tempat memasak yang paling sesuai 

Ok itu sahaja perkongsian hari ini.

Semoga bermanfaat.

3 comments:

suri said...

salam sahabat apa khbar

wah sama saya suka borang tapi sekaang di kurnagkan sebab ada benda penting harus korbankan dahulu..

ieza ashaari said...

Za pn ada brg dr daiso. Tp sjk dh gst blm pernah pergi. Hihi.

NabilaHasyim said...

ramai ye orang guna penapis sinki tu...
saya tak pernah beli lagi...
sejak ada mrDIY, beli kat situ je la..Daiso jauh.
kedai RM2 la paling setia dok masuk, pengguna bajet je, hihu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...