Friday, February 27, 2015

Pagi Pertama

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Pagi pertama.
Alhamdulillah, hijrah kami bermula pada Jumaat , 1 Jamadilawal 1436H. Inilah kediaman rasmi pertama kami tiga beranak.Sebelum ini hanya duduk di rumah ibunda tercinta di samping menjadi peneman aka "bodyguard".:-P

Rumah Ibunda tercinta
Tetapi, tempat yang jatuh lagi dikenang kan? Mana boleh kita lupakan betul tak?

Semoga segala urusan dipermudahkan.Jadi, kami akan berulang alik tiga buah rumah setiap minggu, rumah sendiri, rumah emak dan keluarga mertua.

Pena Hayati:
Bahagia bukan terletak pada besarnya rumah...;-)

Tuesday, February 17, 2015

DIY : Bekas Pensil Dari Zip

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Rentetan entri ini, berhasil juga bekas pensil dari zip pertama saya, untuk letak bedak kompek, lip balm, minyak wangi .Nanti nak buat satu lagi untuk letak first Aid Aina..

Alhamdulilah puas hati.Cuma kena perbaiki kemasan "finishing" kiri kanan je.Bawa ke pejabat hari ini, ada yang nak tempah, nanti kita cari zip pilihan kakak-kakak semua yek.

Belek gambar zip & roll, rupanya dia pakai "single zipper" yang panjang.Tak tau nak cari zip tu kat mana.Yang saya ada zip 8 inci , 12 helai...Buat je la mana yang ada.

Ok itu sahaja.

Semoga bermanfaat..

Friday, February 13, 2015

IDEA : Bekas Pensil Zip


Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Semalam tengok Fb: Geng Minat Menjahit..ternampak pula akak tu  ni upload pencil box zip. Comel pulak tu.Rasa nak buat sebab mudah kan.Jadi nak menentukan warna zip.Jom survey.kemudian baru start projek bekas pensil zip..Akak tu kata guna zip 8 inci dan 12 zip.

Link

Linkhttp://zipnroll.blogspot.com


Link: http://pelanginazura.blogspot.com

Link: http://merentasiman.blogspot.com

Paling berkenan , design dan macam ni dari Zip N Roll.Semuanya cantik-cantik kan.Match dengan kelabu



Ok.Jika diizinkan dan ada masa, saya nak buat bekas pensil zip ni.




Al Fatihah: Tuan Guru Nik Aziz

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.







Perginya satu kehilangan buat agama.
Semoga segala contoh dan teladan yang diberikan akan diikuti
 dan menjadi panduan buat kita yang masih ada nafas di bumi Allah.

Moga kita bertemu di jannah..

Al-Fatihah.


Monday, February 9, 2015

Idea :Living Room

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Ini adalah warna pilihan saya untuk ruang tamu setakat ini.Sejuk je rasa bila tengok warna ni kan?Takdelah nanti saya stick dengan satu warna sahaja, sebab saya ni jenis cepat bosan hehe.Bahagian langsir ruang tamu baru aje siap, jahit sendiri je .Alhamdulilah, setelah berhempas pulas hampir setiap malam selepas balik kerja di petang hari.

Langsir "in progress".Sekarang dah siap,:-) 
Bila tengok langsir yang dibuat sendiri tu tergantung dengan sempurna, rasa macam mimpi pula, dan tertanya diri balik, ye ke kita yang buat semua ni "sendiri"?Tenaga itu Semua Allah Yang Punya.;-)

Jadi kita google lagi idea yang menarik.Memang takkan jadi 100% macam yang diimpikan, Dapat sipi sipi pun jadilah, sekadar inspirasi dan idea sahaja.Yang lain kita "modified".


Simple, menarik dan sangat praktikal untuk keadaan sekarang.



Wah . Yang ini nampak unsur elegan, mewah dan menonjol.


Eh terpandang juga team biru ni. Ok jugak ni.Duduk bersila baik untuk kesihatan juga kot .


Berkenan dengan padanan warna dan kombinasi warna dinding dan langsir. Sejuk je mata memandang


Kombnasi warna ni pun menarik.Simple.

Ok.Stop .Cuci mata setakat ini sahaja..Sambung drafting agreement balik.hehe.

Lain kali update lagi.:-)

Thursday, February 5, 2015

Kisah Aina, Abi dan Bulan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Pernah tengok iklan seorang anak tanya ayah tentang;
"Ayah , itu apa?"
"Burung murai.."

Ha, pernah kan..macam-macam versi kan.Ada versi sabar itu separuh dari iman.Ada juga versi kurang sabar kan?

Catatan ini khas untuk Aina dan Abi sebagai kenangan.

Sudah menjadi kebiasaan jika di petang hujung minggu, Abi akan bawa Aina bersiar--siar naik motor, dan biasanya saya tak ikut, sebab saya tak ada koleksi seluar panjang.Asyik berkain je kan.Hehe.  Bila dah ada koleksi seluar panjang untuk aktiviti luar.Makanya, hujung minggu lepas, saya pun ikut mereka untuk bersiar siar dengan motor.

Sumber: Link

Arah hadapan motor, kelihatan bulan siang, Apa lagi , Aina pun dah familiar dengan bulan sejak saya kisahkan di entri ini .

Maka, Aina pun kata " Abiiiiiii.....................",
Abi : Ya..
Aina : Bulan ...(sambil tunjuk dengan tangan ke arah bulan)
Abi : Iya..Bulan

Dan dialog ini berulang berulang hinggalah bulan tu hilang dari pandangan Aina.Bayangkan sepanjang "tour" petang dengan motor, itu aja dialog yang kedengaran.Abi Aina pun melayan dengan sangat sabar.Saya pula tak berhenti senyum dan gelak kecil bila teringat saat itu.Memang comel drama anak dan ayah di petang hari.


Sampai sekarang Aina memang teruja tengok bulan dan gambar bulan di mana-di mana dia nampak.Nanti umi kompilasikan gambar bulan yang cantik-cantik,Kita belajar tentang Ilmu Falak yek...

Nota Naluri:
Ilmu itu ada setiap saat dalam kehidupan kita. Subhanallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...