Wednesday, January 30, 2013

Wanita, Lembutmu Itu Bererti....

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

[credit]

Di keheningan petang, ketika kerja yang panas-panas yang semakin ketara surutnya.
Mendengar bait-bait lagu" Puteriku Sayang" dari Hijjaz,

" Lembutmu tak bererti
kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi 
lelaki dalam berbakti..."

Ianya lagu lama tapi membuatkan saya teringat tentang peranan wanita, untuk berbakti kepada ummah, membesarkan anak-anak kecil menjadi khalifah di muka bumi ini.

Apatah lagi saya ada terbaca dari seorang blogger lelaki (tak ingatlah pula..) yang menyeru/memangggil muslimah muslimah di luar sana untuk berdakwah, sama-sama menyaingi lelaki.Untuk lebih mudah mendekati kehidupan seorang wanita.Untuk lebih memahami masalah hati wanita.Kerana mereka kurang dapat menyelami secara details tentang kehidupan seorang muslimah itu sendiri.

Tindakan, kita sebagai muslimah perlu mendalami ilmu fiqh wanita.Sebarkan apa yang kita tahu.Berkongsi perkara-perkara kita boleh kongsi.Sabda nabi s.a.w juga  ada mengatakan, " Sampaikanlah walau satu ayat..."

Kisah dakwah terakhir dari almarhumah Siti Hajar juga menyentuh hati saya, di saat terakhirnya, mampu berfikir untuk dakwah.Allahu akbar!Apatah lagi kita yang masih hidup ini kan?

Walau apa pun cerita kita di blog, di laman sosial, cuba kaitkan dengan dakwah, walaupun kita tak sesempurna ilmu si ustazah.Tapi kita mampu lakukannya, iaitu belajar dan berkongsi.Ilmu itu sangat luas skopnya.Terlalu luas sehingga kita tak mampu untuk mengaut kesemuanya.

Buat sahabat-sahabat muslimah, kita cuba sahut cabaran ini.Berkongsi apa yang baik.

Cuba untuk menjadi wanita yang mampu menjaga diri, nama walau kita sudah tiada didunia ini lagi.

Berserah hanya padaNYA, Allah Yang Maha Agung.

Insha Allah.

"Tinggal satu cinta dalam hati"


Bersama Adik Beradik

BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.

solat jemaah la tu..:-P
Aktiviti bersama adik beradik pun boleh jadi produktif. Mengaji, solat, berusrah "tak rasmi", berkongsi ilmu. Aktiviti ta'lim selepas isyak atau selepas maghrib pun pernah dibuat.Tapi dek kekangan aktiviti lain dan komitmen lain, sesi tersebut jarang diadakan.Paling mudah pun, kami buka siaran yang ada tazkirah di televisyen.Tssk...

Ataupun berkongsi pendapat dari apa-apa jua perbincangan kami pada hari itu sebagai "lesson of the day".

pose sakan sama-sama
Kalau dengan adik beradik perempuan, aktiviti memasak pun boleh jadi riuh sekali.Jangan jadi masakan pelik-pelik sudah la yek.Ada juga adik saya suka buat masakan pelik-pelik.Kadang usik juga, "Jangan letak halba dah la.." Kadang-kadang ingat dah letak garam, datang adik yang lain, tambah garam lagi, sudahnya makanan sudah jadi macam cerita P.Ramlee.Masin!hehe

Tapi bahagian yang paling seronok sekali bila ramai adik beradik perempuan, boleh kongsi baju, kasut, sweater, tudung, jubah sebab saiz kami lebih kurang.

Satu lagi, pembahagian kerja rumah juga dibahagikan mengikut kepakaran dan kecekapan masing-masing.Untung mak, ada ramai anak perempuan kan?Walaupun kadangkala kami berempat ada juga kemalasannya.(oops!)

Angah cuba bakat jadi ayah-tahniah daddy to be!
Adik beradik lelaki pun tetap seronok, dengan merekalah kami belajar melasak.Belajar kenal teknologi terkini, belajar kenal gajet terkini, belajar adjust sana adjust sini.Bukan jadi tikus membaiki labu tau.

Adakalanya main kejar-kejar berkaki ayam keliling rumah, menyorok dalam reban ayam sambil tahan nafas sebab takut dimarahi arwah abah.Haha..Dan atas dasar kreativiti kami, pondok dari pelepah kelapa tua bertiangkan pokok ubi kayu kami dirikan, siap buat kerja sekolah, makan-makan dan tidur.Tapi kena pasang ubat nyamuk.Kalau hujan turun , boleh lagi duduk dalam pondok tu.Tunggul kayu yang hampir reput kami buat port main jual-jual.Kenangan terindah betul.

Ish Kalau nak cerita zaman adik beradik, memang takkan pernah habis.Kalau kami teringat memori itu, masing tersengih-tersengih macam kerang busuk.Haha..

Walau apa pun terjadi, walau ada perbezaan pendapat antara kami, kami umpama air dicincang yang tidak akan putus.Tetap sokong menyokong di akhir kata.

Subhanallah, terima kasih Allah atas kurniaan ini.Semoga ukhuwah kami berpanjangan tanpa sengketa, bahkan penuhi ia dengan mahabbahMu.Amen!


Friday, January 25, 2013

Selawat Ke Atas Baginda s.a.w...

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Berselawatlah  ke atas Nabi Muhammad s.a.w  setiap hari.
Semoga kita sama-sama mendapat syafaat baginda s.a.w.
Lakukan perkara-perkara sunnah, semoga kita beroleh pahala untuk bekal kita di sana kelak.

Semalam, tengok rancangan "Syab Khawatir" kat TV Al hijrah sebelum Zuhur sambil tidurkan Aina.Tentang amalan pemakanan.Mesej yang penting, makanlah apa yang sekadarnya, habiskan makakan kerana kita tidak tahu di mana keberkatan rezeki pada hari itu, mungkin pada suapan yang terakhirnya.

Maknanya, kalaulah tiba-tiba kita ada rasa tamak pada makanan, letak nasi membukit-bukit, kalau boleh hilangkan habit itu, letak dulu separuh nasi di dalam pinggan, kemudian habiskan yang itu dahulu, barulah tiada pembaziran.Insha Allah..Semoga yang sedikit itu ada keberkatannya.

Ada juga mesej nasihat untuk anak-anak kecil untuk diajar supaya tidak membazir, iaitu, apabila ibubapa melihat makanan si anak tadi tidak dapat dihabiskan, lontarkan soalan ini "Siapakah yang mahu bertanggungjawab atas lebihan makanan ini diakhirat kelak?" ataupun, "Habiskan, jangan sesekali tinggalkan makanan itu pada syaitan walau sedikit pun."

Tapi, saya rasa soalan itu boleh diaplikasikan kepada kita sebagai muhasabah.Maklumlah, di Malaysia kaya dengan makanan, banyak restoran. Ada juga makanan yang tidak dihabiskan. Saranan di dalam rancangan tersebut, bungkuskan sebahagian makanan yang tidak dihabiskan elok-elok, dan bahagikan kepada mereka yang memerlukan.Contoh yang saya lihat di televisyen semalam, seorang pemuda membungkuskan makanan dan memberikannya kepada seorang lelaki yang kerjanya menyapu sampah di sebuah pusat membeli belah.

Alhamdulilah, semoga kita semua dapatkan amalkan sunnah Rasullullah s.a.w supaya tidak membazir apa jua rezeki yang Allah kurniakan.Ameen!

Tuesday, January 22, 2013

Bless Of HIM!

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Minggu ini, azam dan doa baru.
Semoga semuanya berjalan lancar dengan segala rahmat dan kasih sayangNYA.

POSITIF +POSITIF+POSITIF= CEKAL


Tiada cinta yang lebih agung selain cintakanNYA.


Tuesday, January 15, 2013

Mencari Identiti Ibu Sultan Muhammad Al Fateh

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Dalam diam saya mengagumi kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh, bagaimana ayahnya mendidik Alfateh ini menjadi pemimpin sejak dari kecil lagi sehingga dapat menawan Kota Constatiple.

Dalam diam juga saya mencari identiti wanita di sebalik Sultan Muhammad Al Fateh.Yang memberikan kekuatan untuknya menjadi pemimpin. Tetapi apa yang saya dapati, kebanyakan tentang cerita latar belakang ayah Sultan Muhammad Al Fateh sahaja. Tiada langsung cerita tentang ibunya Huma Hatun.

Jika sembang kopi dengan seorang sahabat, topik ini kadangkala menjadi isu saya ketika zaman bujang lagi.Ketika zauji masih dalam status tunangan saya, dia pernah menjadi mangsa saya untuk mencari cerita ibu Al Fateh.Didikan anak kan bermula dari ibu?

Sedangkan Ibu Imam Shafie juga mempunyai gaya tersendiri dalam membesarkan anaknya, yang mana sejak Imam Shafie dalam kandungannya lagi, dibacakan ayat suci al-Quran terutamanya surah al-Fatihah dan surah Yasin. Sewaktu membaca, ibunya menyeru anaknya supaya memahami apa yang di bacanya. Tidak hairanlah, Imam Syafie boleh menghafal al-quran 30 juzu’ sejak umurnya 7 tahun, kerana sejak dalam kandungan lagi ia telah belajar al-Quran.(Alhamdulilah, tanpa sedar, saya memahami tafsir AlQuran, banyakkan surah Yaasin telah saya terapkan sejak Aina di dalam perut lagi secara berperingkat, biar lambat asal misi tercapai :-) ) .

Sehingga saya terjumpa satu poster ini digantung di tepi jalan ketika saya, zauji dan Aina berhenti di lampu isyarat....

Pendidikan gaya Al Fateh!


Ianya Menjawab semua persoalan saya untuk mencari identiti ibu Sultan Muhammad Al Fateh...Tapi kat Shah Alam...Agak sukar pula saya untuk ke sana..Kalau ada di Kuantan kan best!

Antara kata-kata semangat yang saya dapat dari ibu Darwisy & Darwisya mengenai gaya didikan Al Fateh ..

 
"Ikutilah jejak langkah Ibu Sultan Muhammad Al Fateh.. 
mulakan didikan anak dengan al Quran "

ITULAH RAHSIA ANAKNYA MENJADI PENAKLUK DUNIA!


Nota Naluri:
Kalau nak diluahkan perasaan kekaguman terhadap tokoh di atas ni, memang panjang la entrinya.Sempga sahabat yag bergelar ibu di luar sana juga dapat mengambil insipirasi gaya didikan Al Fateh ye..:-) Sama-sama kita usahakan..Insha Allah.


Thursday, January 10, 2013

Cerita Tentang Bekal

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

credit

Tengah cari idea untuk bawa bekal ke pejabat.Hoho.Jimat-jimat.Tapi kena pandai atur masa untuk memasak pula.Yang itu paling mencabar.

Teringat pula kenangan membawa bekal masa tadika, sekolah rendah hingga sekolah menengah.Memang jimat duit, jimat masa.Jimat duit, boleh masuk tabung.Jimat masa, sebab tak payah susah payah beratur kat kantin.

Antara bekal yang saya bawa masa tadika, milo panas, cekodok, lempeng , nasi goreng, mee goreng.Masa itu zaman nuget, hotdog belum disensasikan lagi .Tapi yang paling nostalgia, bawa bekal nasi impit sambal kelapa manis.

Bila dah masuk sekolah menengah, dah canggih sikit, bukan air milo lagi, tapi air oren/ribena yang telah dibekukan (jadi macam aiskrim tapi dalam tupperware) Saya balut sejuk-sejuk dengan tuala kecil, kononnya nak mengekalkan suhu sejuk itu sampai ke waktu rehat. Bila waktu rehat sampai, air pun dingin lagi.Sejuk aje diminum.Sempat lagi bawa kerepek-kerepek untuk dikirim pada seorang kawan untuk dijual di asrama.Laku tau!

Zaman bekerja, zaman suram bawa bekal!Ada duit beli kat kedai aje.Kadang-kadang bosan juga.Tambah pening kepala bila ada MSG.Adeh!Kalau ada pot luck, baru beria-ia nak masak macam singgang ayam, telur goreng bersantan, triffle, macaroni bakar, puding roti, kerabu mangga.Yang lain dah kering idea!

Seronoknya bawa bekal bento!
Sekarang saya mahu kembalikan zaman kegemilangan berbekal itu, untuk saya dan zauji.Harap-harap janganlah mode berangan lagi dan ianya terlaksana.Cuma saya perlu senaraikan menu mingguan, supaya ianya berjalan lancar dengan bahan sedia ada.Takdelah nak terkulat-kulat lagi kan?


"Ya Allah, cukupkan aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) daripada yang haram."

Tuesday, January 8, 2013

Sebuah Kereta

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Biasanya bila saya nampak kereta yang kemik, cepat-cepat saya sebut "Nauzubillahiminzalik..".Biasanya bila saya masuk simpang yang tiada lampu isyarat, banyak kali lafaz "basmallah" tanpa henti  sehingga saya selamat masuk ke lorong yang betul.Biasanya bila saya acukan kunci kereta untuk hidupkan enjin, doa naik kenderaan dan tawakal akan bermula.Tapi sejauh mana tawakal kita untuk menerima segala qada dan qadar?

Apalah yang ada pada harta dunia.Memang kereta kemek itu harta pertama yang saya ada setelah bekerja, dari gaji pertama saya, dari susah payah berbisnes untuk kumpul deposit sendiri.Tapi itu cuma harta dunia untuk memudahkan segala urusan sahaja. Tidak lebih dari itu.

Kereta yang kemek, masuk ke bengkel kemudian berwajah baru semula.
Ibarat kita, hati yang ada secalit hitam, kemek dan bila ditimpa musibah, bermulalah keinsafan di hati kita untuk menjadi HAMBA.

Itu cuma harta dunia, kecacatan dunia yang boleh diperbaiki dengan nilai.Tapi hati kita, harta selamanya dunia akhirat, perlu sentiasa dibaiki tanpa nilaian.Ianya percuma!

Astagfirullahalazim..
Aku hanyalah seorang HAMBA..
 


Friday, January 4, 2013

Semangat Hijaiyah Untuk Aina Syafiyah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Aina sudah mahu menginjak 5 bulan, perlu fikirkan kaedah pendidikan awal untuknya.Belajar ABC?Day care pasti ada method yang canggih-canggih.123?Selalu ajar Aina kira nombor dekat Kalendar.Sampai Aina dah tahu, bila ajak ke kalendar dia bising-bising tunjuk nombor-nombor pada Kalendar.Alhamdulilah, harap harap ikut abi, pandai matematik ye Aina.Uminya kurang sikit matematik hehe..tapi banyak bercakap hoho.

Jadi, saya menyelongkar kaedah flash card, yang sesuai untuk bayi.Rupanya itulah pendidikan awal yang terbaik untuknya selain mengenal warna warni sekeliling bagi merangsang kekreatifan anak-anak. Terjumpa blog Darwish & Darwisya dan Islamic Parenting Network mendidik anaknya sebagi huffaz dari kecil.Jadi saya mahu cuba kaedah ini dengan alat bantuan mengajar di bawah ini. Mudah-mudahan berjaya.
Flash Card Hijaiyah untuk kenal huruf al quran

Speaker Pillow untuk memperdengarkan bacaan Al Quran






Cik Purple Saya-MP3 yang didownload 30surah untuk dipasang pada speaker pillow

Islamic Soft Book untuk Aina kenal huruf hijaiyah.

Tak sabar tunggu Speaker Pillow & Islamic Soft Book dari My Little Aishah Shop.Lepas ni nak survey flash card huruf Hijaiyah baris atas, bawah dan hadapan pula.Semoga Aina dapat menghafaz surah seawal 3 tahun dan uminya mengasah bakat menjadi guru taska kembali:-P Aamen!

Thursday, January 3, 2013

Productive Muslim:Productive Patient

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Productive Muslim

Kalau kita sakit, boleh juga jadi muslim produktif, bukan hanya melepet sahaja atas katil tau.Maknanya, menjadi muslim/ah, dari segi semua sudut, Allah swt tetap memandang kita,mengira setiap kelakuan kita untuk dihisab. Tak kisah sihat atau sakit, muda atau tua.Hmm..ingat tu..:-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...