1/10/13

Cerita Tentang Bekal

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

credit

Tengah cari idea untuk bawa bekal ke pejabat.Hoho.Jimat-jimat.Tapi kena pandai atur masa untuk memasak pula.Yang itu paling mencabar.

Teringat pula kenangan membawa bekal masa tadika, sekolah rendah hingga sekolah menengah.Memang jimat duit, jimat masa.Jimat duit, boleh masuk tabung.Jimat masa, sebab tak payah susah payah beratur kat kantin.

Antara bekal yang saya bawa masa tadika, milo panas, cekodok, lempeng , nasi goreng, mee goreng.Masa itu zaman nuget, hotdog belum disensasikan lagi .Tapi yang paling nostalgia, bawa bekal nasi impit sambal kelapa manis.

Bila dah masuk sekolah menengah, dah canggih sikit, bukan air milo lagi, tapi air oren/ribena yang telah dibekukan (jadi macam aiskrim tapi dalam tupperware) Saya balut sejuk-sejuk dengan tuala kecil, kononnya nak mengekalkan suhu sejuk itu sampai ke waktu rehat. Bila waktu rehat sampai, air pun dingin lagi.Sejuk aje diminum.Sempat lagi bawa kerepek-kerepek untuk dikirim pada seorang kawan untuk dijual di asrama.Laku tau!

Zaman bekerja, zaman suram bawa bekal!Ada duit beli kat kedai aje.Kadang-kadang bosan juga.Tambah pening kepala bila ada MSG.Adeh!Kalau ada pot luck, baru beria-ia nak masak macam singgang ayam, telur goreng bersantan, triffle, macaroni bakar, puding roti, kerabu mangga.Yang lain dah kering idea!

Seronoknya bawa bekal bento!
Sekarang saya mahu kembalikan zaman kegemilangan berbekal itu, untuk saya dan zauji.Harap-harap janganlah mode berangan lagi dan ianya terlaksana.Cuma saya perlu senaraikan menu mingguan, supaya ianya berjalan lancar dengan bahan sedia ada.Takdelah nak terkulat-kulat lagi kan?


"Ya Allah, cukupkan aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) daripada yang haram."

1 inspirasi naluri :-):

Unknown said...

tingat jugak kalau ade yg crite bab bekal ni.suke kongsi2 jugak,tp bile dh besar biaselah jd mcm malu2 plak...kontrol macho konon...ehehe :)