Friday, January 25, 2013

Selawat Ke Atas Baginda s.a.w...

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Berselawatlah  ke atas Nabi Muhammad s.a.w  setiap hari.
Semoga kita sama-sama mendapat syafaat baginda s.a.w.
Lakukan perkara-perkara sunnah, semoga kita beroleh pahala untuk bekal kita di sana kelak.

Semalam, tengok rancangan "Syab Khawatir" kat TV Al hijrah sebelum Zuhur sambil tidurkan Aina.Tentang amalan pemakanan.Mesej yang penting, makanlah apa yang sekadarnya, habiskan makakan kerana kita tidak tahu di mana keberkatan rezeki pada hari itu, mungkin pada suapan yang terakhirnya.

Maknanya, kalaulah tiba-tiba kita ada rasa tamak pada makanan, letak nasi membukit-bukit, kalau boleh hilangkan habit itu, letak dulu separuh nasi di dalam pinggan, kemudian habiskan yang itu dahulu, barulah tiada pembaziran.Insha Allah..Semoga yang sedikit itu ada keberkatannya.

Ada juga mesej nasihat untuk anak-anak kecil untuk diajar supaya tidak membazir, iaitu, apabila ibubapa melihat makanan si anak tadi tidak dapat dihabiskan, lontarkan soalan ini "Siapakah yang mahu bertanggungjawab atas lebihan makanan ini diakhirat kelak?" ataupun, "Habiskan, jangan sesekali tinggalkan makanan itu pada syaitan walau sedikit pun."

Tapi, saya rasa soalan itu boleh diaplikasikan kepada kita sebagai muhasabah.Maklumlah, di Malaysia kaya dengan makanan, banyak restoran. Ada juga makanan yang tidak dihabiskan. Saranan di dalam rancangan tersebut, bungkuskan sebahagian makanan yang tidak dihabiskan elok-elok, dan bahagikan kepada mereka yang memerlukan.Contoh yang saya lihat di televisyen semalam, seorang pemuda membungkuskan makanan dan memberikannya kepada seorang lelaki yang kerjanya menyapu sampah di sebuah pusat membeli belah.

Alhamdulilah, semoga kita semua dapatkan amalkan sunnah Rasullullah s.a.w supaya tidak membazir apa jua rezeki yang Allah kurniakan.Ameen!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...