Showing posts with label DRAMA. Show all posts
Showing posts with label DRAMA. Show all posts

4/24/13

Man Jadda Wajada

BY humble.yat IN , No comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Di Suatu Pagi Isnin.Selepas subuh. Rutin mingguan dari rumah mertua ke rumah keluarga saya sebelum memulakan kerja. Aina di ribaan masih tidur selepas menyusu.Mood "monday blues" tenggelam timbul .Zauji fokus memandu.

"Macam mana nak hilangkan "monday blues" ni? "
"Entahlah. biasanya buat macam ni je, tak sabar nak tunggu hari Jumaat.Jadi nak jumpa Hari Jumaat kena buat kerja cepat-cepat, sibukkan diri, target kosongkan meja.Tau-tau dah Hari Jumaat dah boleh relax!"
"Ok. Man Jadda Wajada!"
"MAN JADDA WAJADA!!" penuh semangat saya sambut seruan itu, semangat di pagi Isnin.

Sebenarnya malam sebelum itu kami menonton filem Indonesia "Negeri Lima Menara". Filem ini banyak mesej.Misi "Man Jadda Wajada".Iaitu semangat Kesungguhan, usaha dan tekad. ( Boleh jadi motto harian nih)




Antara yang menarik perhatian saya, Tentang impian seorang ibu, mesej "orang besar", tentang inspirasi Ibnu Batutta, semangat Man Jadda Wajada

Antara kata-kata yang menusuk hati saya..

 Tentang Impian Seorang Ibu untuk menyekolahkannya anaknya di sebuah Pondok Agama....

"Ibumu itu keinginannya luar biasa.
Memikirkan nasib umat.Dia tidak memikir dirinya sendiri" 

Tentang sifat sabar....

"Man shabra zhafira.Siapa yang bersabar akan beruntung.
Jangan risaukan penderitaan hari ini,
Jalani saja dan lihatlah apa akan terjadi di depan.
Kerana apa yang kita tuju bukan sekarang,
tapi ada yang lebih besar dan prinsipil,
iaitu menjadi manusia yang telah menemukan misinya dalam hidup"
    
Dulu bila sebut orang besar, saya membayangkan dia berjawatan tinggi, mempunyai nama., kaya raya.Tetapi dalam filem ini orang besar itu adalah............  

Orang Besar adalah Orang yang mahu berkongsi ilmu yang dimilikinya hingga orang yang berada di bawah jambatan sekalipun

Orang yang sentiasa berkongsi ilmu!Jadi siapa mahu jadi orang besar? :-) 

Semangat Man Jadda Wajada

Semangat Man Jadda Wajada digambarkan di dlam filem ini, bila seorang guru membawa parang yang tumpul dan berkarat dan sebatang kayu untuk dikerat.Tapi dengan hasil kesungguhannya, berpeluh keringat, kayu itu berjaya dikerat dengan parang yang tumpul.

Walaupun kita ini asalnya insan yang biasa, tapi jika ada kesungguhan , pasti akan berjaya.Semoga sahabat-sahabat semua dapat mengambil semangat Man Jadda Wajada sebagai motivasi kehidupan seharian kita.Ameen!

 "Jangan pernah remehkan setiap impian kita walau setinggi mana pun.
Hasil itu akan dari datang semangat yang tidak pernah mengalah!"

Nota Naluri.
Ting! tetiba ada idea untuk buat sesuatu tentang Man Jadda Wajjada. Malabis al usrah mumkin?:-)


3/11/13

Orang Baik, Ujian Hebat!

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Menonton sinetron Rindu Bertamu di Abu Dhabi.Yang kelakarnya saya baru tahu Abu Dhabi itu adalah sebuah negara, ingatkan wilayah kecil sesebuah negeri. Sekali pandang, melihat watak-watak bertudung, memang menarik perhatian saya.Tetapi waktunya tidak kena, Maghrib Jadi tengok celap celup sahaja.Jika berkesempatan dan selesai tugas awal, bolehlah menonton.

Persoalan yang muncul di benak hati saya, watak Fahrin (Firdaus) dan watak Tasha Shilla (Ain) adalah di kalangan orang yang baik-baik, tetapi kenapa jodoh mereka bukan dengan cara yang baik, bahkan diperangkap oleh mereka yang berhasad dengki.

[kredit]

Jawapannya, orang baik ujiannya hebat!Tanda Allah swt sayang pada hambaNYA.Dan supaya kita akan sentiasa mengingatiNya, Insha Allah

Ingat kisah Nabi Ayub yang ditimpa pelbagai penyakit yang dahsyat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan dari menjadi seorang yang kaya raya , dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.

Bagaimana pula kisah Nabi Yusof?Seorang yang dikurniakan rupa yang kacak , dan menerima ujian Hasad dengki antara adik beradiknya, difitnah Siti Zulaika. dipenjara pula.

Sirah Rasullullah s.a.w begitu juga, mempunyai sifat terpuji, tetapi ujiannya dari segi menyampaikan dakwah.Sayunya hati jika mendengar kisah Rasulllullah s.wt menyebut "Ummati..Ummati..Ummati....".

[kredit]
Kesimpulannya, apa saja ujian atau dugaan terhadap kita, jangan melatah terlalu cepat dan menyalahkan sesiapa ataupun takdir, tetapi ingatlah ujian itu tanda ingatan Allah s.w.t kepada kita, tanda sayangNya kepada hamba.

Tarik nafas sepanjang yang boleh, lalu beristighfarlah, supaya diampunkan segala dosa-dosa kita.Ingatlah dengan berzikir, supaya hati kita akan menjadi tenang untuk mengharungi gerak langkah selepas itu.Insha Allah.

Wallahualam.


10/2/12

Tentang Anak Perempuan

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Credit pic: Google
Bila dah duduk rumah dan bercuti, aktiviti masa lapang, menonton televisyen pelbagai bahasa.Kira boleh jadi macam kelas bahasa la pula.Bahasa Filipina, Mandarin, Korea, Jepun.Hehe..Bajet terer la pulak kan.Tetapi apa yang saya mahu kongsikan , selama dua malam berturut-turut, saya melihat dua drama iaitu Cerekarama TV3, "Kerana Dia Anakku" dan "Ku Petik Dosa" yang amat menyentuh naluri keibuan.Eceh..

Persamaan dua drama ini adalah tentang nasib anak perempuan yang terdedah dengan jenayah samada dibunuh, didera dan dirogol.Dan itu adalah realiti dan hakiki yang pahit untuk diterima bagi seorang ibu bapa pada zaman sekarang. Anak perempuan yang dididik dan ditatang dengan penuh kasih sayang akhirnya menjadi mangsa jenayah.Nauzubillahiminzalik!

Patutlah seorang pensyarah saya di UIAM dulu, sanggup menghantar anak sulung perempuannya pergi balik sekolah sendiri tanpa dihantar perkhidmatan van dan seumpamanya.Katanya, zaman sekarang kena hati hati dalam menjaga dan melindungi anak perempuan.

Zauji juga pernah bercerita, bagaimana kawannya,seorang ayah risau untuk melepaskan anak perempuannya ke sekolah berasrama walaupun mendapat tawaran dari sekolah terbaik di Malaysia.Matlamat si ayah tadi hanya satu, mendidik anak-anaknya dengan didikan agama, moral dengan secukup-cukupnya sebelum mengenali dunia luar.Supaya anak-anaknya punya prinsip dan iman yang teguh yang tidak mudah terpengaruh dengan unsur yang tidak baik.Makan dan solat berjemaah sentiasa dititipkan buat anak-anaknya sebagai satu disiplin buat mereka.

Apa-apa pun saya mengharapkan , setiap ibu bapa perlu memberi didikan yang sebaiknya kerana zaman ini terlalu banyak pengaruh yang tidak elok.Jika rapuh didikannya, maka rapuhlah pegangan si anak tadi tatkala menempuh dunia luar.

Buat Aina, anak abi dan umi.Insha Allah, kami akan cuba memberi didikan yang baik untuk Aina.Kami juga akan cuba menjadi ibu bapa yang terbaik buat Aina walaupun banyak yang abi dan umi harus belajar tentang dunia kita bertiga.Semoga segala perkara yang baik itu akan sentiasa ada.Ameen!


3/30/12

Setia Seorang Isteri

BY humble.yat IN , , 4 comments

BismillahirahmanirRahim..
Assalamualaikum wbt.


Saya suka lagu ni, dari zaman saya masih "single" sehingga sekarang.Tajuknya "Setia Seorang Isteri"..Sesuai tak untuk yang masih PJJ?Lagi syahdu kan?Hehe..Insha Allah, Masih kuat sehingga sekarang, wanita-wanita sekarang adakalanya perlu belajar berdikari juga.Zaman sekarang bukan macam dulu lagi, kedua dua harus bekerja bagi mempertingkatkan ekonomi dan menyumbangkan sedikit sebanyak budi pada keluarga dan masyarakat.Tapi saya masih "tabik spring" buat wanita yang bekerja dari rumah, ataupun sekarang lebih dikenali sebagai SOHO (Small Office Home Office) khususnya perniagaan online..:-)

Semoga saya juga akan ada satu SOHO nanti.Ameen!

Bukan Untukmu  


Pernah tak tengok Drama Bukan Untukmu di TV9? Berkisarkan tentang lafaz talak yang lebih dari 3, isu muhalil ataupun "cina buta" .Saya fikir itu satu drama yang bagus buat generasi sekarang.Ramai yang masih bermain-main tentang matlamat perkahwinan.Perkahwinan bukan sahaja menghalalkan dua ikatan hati, tetapi lebih dari itu, bermatllamatkan kasih SayangNya sehingga ke syurga.Andai ini yang sentiasa ada di dalam jiwa kita, Insha Alllah, Allah swt akan pelihara kita sebaik mungkin.Jangan terlalu ikut emosi.

Kenapa Perkahwinan Orang Dulu-Dulu Lebih Bertahan Lama?

Ramai yang mengatakan sebab perkahwinan dulu-dulu kebanyakannya direstui keluarga, adalah pilihan keluarga, jadi ia melibatkan kedua-dua suami isteri bertanggungjawab  untuk menjaga nama kelaurga masing-masing di samping memellihara perkahwinan masing-masing.

Ada juga yang kata, ketika itu isteri-isteri tidak bekerja, hanya si suami yang bekerja, Jadi penggantungan hidup si isteri tadi hanya pada si suami.Sebab itu setia itu berpanjangan.Andai tiada jodoh itu adalah suratan takdir Ilahi dan tanda ujian uuntuk hambaNya.

Berdikari

Sekarang, wanita lebih banyak berdikari.Tapi bagi saya berdikari itu perlu bertempat, jangan terlalu menguasai tanggungjawab lelaki.Apabila terjadi di mana wanita itu menguasai lelaki, di situ akan akan menjadi isu "queen control" dan sebagainya. Jadi ada perlunya si isteri membiarkan suami melakukan tanggungjawabnya sebaik yang mungkin walaupun adakalanya kita boleh melakukannya sendiri.Jangan tunjuk pandai sangat yerk..:-)

Pasangan Veteran 

Sumber: klik

Ketika menemani ibunda tercinta menjalani pemeriksaan di hospital, saya cukup gemar apabial melihat si suami yang sudah berusia menemani isterinya, ada juga isteri yang menemani suami.Melangkah perlahan-lahan sehingga mereka sampai tempat yang dituju.

Ada juga ketika saya "outstation" dan berhenti di lampu trafik, saya nampak si isteri veteran ini memandu membawa suaminyaPemandangan yang cukup indah bagi saya.Mungkin itulah yang dikatakan setia seorang isteri.

Panjang pula saya mencoret yerk, jika ada perkongsian, kongsikan bersama saya ye..:-)

 
"Saat Allah menemukanmu dalam hidupku
Maka saat itu Dia mahu kau dan aku bersatu
Memikul amanah dan ikatan yang mulia ini
Bukan sahaja untuk kehidupan hari ini
Tetapi sampai alam akhirat yang pasti"



10/12/11

Nur Di Al Hijrah

BY humble.yat IN 2 comments

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni suka betul saya tengok tv Al Hijrah, jatuh cinta dengan setiap montajnya.Tenang,Wah kalau lah saya punya bakat seperti itu.Montaj-montaj di situ penuh ketenangan tetapi membawa maksud tersendiri.



Rancangan yang terbaru yang menarik perhatian saya adalah Solehah .Kenapa saya memilih Solehah, saya juga mahu menimba ilmu, kerana terdapat juri kesukaan saya Ustazah Isfadiah dan Ustazah Sharifah Hayati (Ust. Sharifah Hayati -ehem ehem , ini gabungan nama ibunda dan saya tau:-)).Lembut ketika berbicara, dan maksud dakwahnya sampai dengan jelas!


30 Minit bersama Ustaz Don!Setiap Isnin- Rabu, 10.30 malam.Kadang-kadang saya yang tertidur depan televisyen. Ustaz ini bila berbicara penuh semangat.Mesejnya juga jelas dan senang difahami.



Hmm..last, drama pilihan saya setiap kali pulang dari kerja, ialah, Para Pencari Tuhan. Bahasanya yang membuatkan saya terpana, "para pencari Tuhan", "para pendosa"...menyentap hati saya.Mungkin terma terma sebegini jika digunapakai membuatkan kita akan lebih beramal untuk bekalan di sana, Lebih cepat kita insaf!

Cuma teringat kata-kata rakan FB "rindukan zaman mencari cahaya di taman ilmu...".Bila sudah bekerja, memang tidak dinafikan masa agak terhad, apatah lagi jika punya komitmen dengan keluarga. tetapi ia terletak atas kebijaksanaan kita dalam membahagikan masa.Media dakwah sekarang sudah luas!Sangat-sangat membantu kita, sama ada mendengar dan melihat rakaman ceramah agama melalui You Tube, download rakaman dan dengar bila ada masa, membaca blog-blog dari pendakwah-pendakwah ilmuwan.Alhamdulilah...Nah sekarang terpulang kepada kita kan?



4/27/11

Dia Bukan Maryam & Pengendali Umrah

BY humble.yat IN No comments



Lama juga tak melayan drama-drama Melayu ni dan "Dia Bukan Maryam" musim kedua menarik perhatian saya, apabila lokasinya di Kota Suci Mekah.Watak yang dimainkan Nisdawaty sebagai pengendali umrah dan ziarah membuatkan saya teringin menjadi pengendali umrah. 

Tapi, saya pasti bidang saya amat jauh berbeza , perundangan dan fardhu haji .Tentu banyak yang perlu dipelajari.Apa salahnya jika saya ingin berubah profesion kan? Ilmu ada di mana-mana, jika kita ada kesungguhan untuk belajar , tiada apa yang dapat menghalang. 


Jika saya menjadi seorang pengendali, saya perlu berulang alik ke Mekah, fasih berbahasa Arab dan mengetahui hukum-hukum mengenai umrah dan haji khususnya.Seronoknya belajar perkara yang berbeza  :-)

Tapi itu hanya angan-angan sahaja.Tapi mungkin boleh jadi benar kan?

Nota: Mahu bersungguh-sungguh kumpul duit untuk ke mekah ;-) Mak, nanti kita pergi sama-sama yerk..
  

10/25/10

Lafaz Bukan Mainan

BY humble.yat IN , , 10 comments


Terpanggil rasanya untuk saya berkongsi sebuah drama tempatan "Lafaz Bukan Mainan" yang dibintangi oleh Fizz Fairuz dan Sari Yanti. Tahniah buat RTM kerana memilih drama yang tepat bagi isu penceraian yang menjadi-jadi di kalangan umat Islam.

Drama ini ringkas sahaja, tidak melibatkan banyak konflik, tetapi menyampaikan mesej yang telus dalam meniti bahtera perkahwinan. Memang diakui, berkahwin dalam usia yang muda telah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita. Namun, terdetik di hati saya, adakah mereka cukup matang untuk meniti alam perkahwinan. Ya, mungkin mereka sudah cukup matang, apatah lagi telah mengikuti kursus pra perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri.

9/17/10

Berhati Malayakah Aku?

BY humble.yat IN 6 comments


Bersempena sambutan 1 Malaysia semalam, melayan jugalah saya siaran secara langsung dari RTM bagi mengikuti perkembangan tanah air tercinta.Selepas itu, terlihat pula saya Filem Hati Malaya 1957. Rasanya dah banyak kali saya menonton filem tersebut sejak saya di universiti, bahkan menonton tayangan perdana dan pelakon-pelakon utama pun turut hadir.Tak sangka dapat bertemu mereka.Maklumlah, saya ni bukannya jenis teruja nak jumpa pelakon atau penyanyi.Kiranya pada pandangan pertama, hanya sebelah mata ajer (hukhuk) pada mereka.