10/2/12

Tentang Anak Perempuan

BY humble.yat IN , 2 comments

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Credit pic: Google
Bila dah duduk rumah dan bercuti, aktiviti masa lapang, menonton televisyen pelbagai bahasa.Kira boleh jadi macam kelas bahasa la pula.Bahasa Filipina, Mandarin, Korea, Jepun.Hehe..Bajet terer la pulak kan.Tetapi apa yang saya mahu kongsikan , selama dua malam berturut-turut, saya melihat dua drama iaitu Cerekarama TV3, "Kerana Dia Anakku" dan "Ku Petik Dosa" yang amat menyentuh naluri keibuan.Eceh..

Persamaan dua drama ini adalah tentang nasib anak perempuan yang terdedah dengan jenayah samada dibunuh, didera dan dirogol.Dan itu adalah realiti dan hakiki yang pahit untuk diterima bagi seorang ibu bapa pada zaman sekarang. Anak perempuan yang dididik dan ditatang dengan penuh kasih sayang akhirnya menjadi mangsa jenayah.Nauzubillahiminzalik!

Patutlah seorang pensyarah saya di UIAM dulu, sanggup menghantar anak sulung perempuannya pergi balik sekolah sendiri tanpa dihantar perkhidmatan van dan seumpamanya.Katanya, zaman sekarang kena hati hati dalam menjaga dan melindungi anak perempuan.

Zauji juga pernah bercerita, bagaimana kawannya,seorang ayah risau untuk melepaskan anak perempuannya ke sekolah berasrama walaupun mendapat tawaran dari sekolah terbaik di Malaysia.Matlamat si ayah tadi hanya satu, mendidik anak-anaknya dengan didikan agama, moral dengan secukup-cukupnya sebelum mengenali dunia luar.Supaya anak-anaknya punya prinsip dan iman yang teguh yang tidak mudah terpengaruh dengan unsur yang tidak baik.Makan dan solat berjemaah sentiasa dititipkan buat anak-anaknya sebagai satu disiplin buat mereka.

Apa-apa pun saya mengharapkan , setiap ibu bapa perlu memberi didikan yang sebaiknya kerana zaman ini terlalu banyak pengaruh yang tidak elok.Jika rapuh didikannya, maka rapuhlah pegangan si anak tadi tatkala menempuh dunia luar.

Buat Aina, anak abi dan umi.Insha Allah, kami akan cuba memberi didikan yang baik untuk Aina.Kami juga akan cuba menjadi ibu bapa yang terbaik buat Aina walaupun banyak yang abi dan umi harus belajar tentang dunia kita bertiga.Semoga segala perkara yang baik itu akan sentiasa ada.Ameen!


2 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

yati, izfa seronok sgt baca kisah yati sekarang nie.. rasa mcm dekat je kiter..

Anonymous said...

awal2 agama mengenal Allah, itu kita usaha utk diasak dan diasuh dalam fikiran anak2.. insyaAllah dengan asas agama kukuh, lepaskan le asrama mana pun, insyaAllah terpelihara..