10/30/12

Eidul Adha dan Kembara Mabrur

BY humble.yat IN , , 1 comment

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

EidulAdha tiba lagi..Salam Aidiladha buat semua umat Islam.Buat jemaah haji yang berada di Mekah, semoga mendapat haji yang Mabrur Insha Allah.Dalam tahun ini, beberapa orang rakan seperjuangan saya, Ana dan Mahirah telah mendapat panggilan haji.Hati saya pula yang gembira melihat mereka. Semoga kalian dapat merebut peluang yang ada.Bukan senang tau, dapat menunaikan haji pada usia yang muda, bukannya umrah.

Singgah solat Isyak di Masjid Maran

Insha Allah, peluang untuk kita masih ada, cuma perlu ada usaha dan ikhtiar.
Nak kongsikan satu cerita mengenai pengorbanan menunaikan haji.
Suami yang ceritakan kepada saya sambil Aina di pangkuan saya.Sebab saya asyik terfikir bila pula giliran kami sekeluarga ke sana bila melihat sudah ramai rakan rakan seperjuangan menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sama ada umrah ataupun haji.

Jadi suami memujuk hati saya dengan satu cerita yang amat bermakna tentang haji mabrur.Tentang Kisah seorang tukang kasut yang tidak dapat pergi ke Mekah, tetapi hajinya diterima.Dek kerana kebajikan yang dibuat oleh tukang kasut Allah menerima kesemua ibadah haji umat Islam pada tahun itu.

Al kisah Berkat Haji Si Tukang Kasut--> sumber : klik sini

Diceritakan bahawa seorang ulama sufi bernama Abdullah bin Mubarak telah melihat sesuatu yang aneh di dalam mimpinya. Abdullah tertidur semasa beriktikaf di Masjidil Haram pada suatu musim haji. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu dengan malaikat yang memberitahunya bahawa ibadah haji umat Islam tahun itu diterima Allah hanya kerana kebaikan seorang tukang kasut.

Setelah terjaga dari tidurnya Abdullah Mubarak berasa gelisah dengan mimpi itu dan betapa ingin tahunya dia siapakah yang diceritakan malaikat dalam mimpinya itu, lalu beliau bertolak ke Damsyik. Itulah tempat yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Beliau ingin mencari seorang lelaki tukang kasut bernama Muwaffaq’ nama yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya.

Muwaffaq’ telah melakukan amal kebaikan yang terlalu tinggi darjatnya sehingga melimpahkan keberkatan yang sangat luar biasa. Allah SWT sangat menyukai kebaikkan yang telah diperbuat oleh si tukang kasut bertuah itu. Menurut mimpi Abdullah itu, berkat daripada amalan yang dilakukan oleh Muwaffaq’ menyebabkan ibadah haji seluruh umat Islam tahun itu diterima Allah SWT.

Abdullah Mubarak Bertemu Muwaffaq Si Tukang Kasut

Sebaik sahaja sampai, Abdullah tidak bercakap banyak teruskan bertanya Muwaffaq’ jika ada sesuatu kebaikan besar yang dilakukan beberapa hari yang lalu.
 .
“Aku tidak tahu kebaikan apa yang engkau maksudkan. Barangkali tentang sedekah yang aku lakukan beberapa hari yang lalu,” kata Muwaffaq’, memberitahu Abdullah bin Mubarak yang baru muncul di hadapannya.

“Apakah yang engkau sedekahkan?” Tanya Abdullah.

“Aku berikan sejumlah wang kepada seorang janda.” Jawab Muwaffaq’.

“Itu sahaja?” Tanya Abdullah lagi.

“Wanita itu memelihara beberapa orang anak yatim.” Jelas Muwaffaq’.

“Dan wang aku sedekahkan itu adalah wang aku yang telah bertahun-tahun aku simpan untuk pergi menunaikan haji.” Tambah Muwaffaq’.

“Berat benarkah masalah wanita itu sampai kau berikan semua wangmu kepadanya?” soal Abdullah lagi.

Seraya menarik nafas dan menghelakannya, dengan tenang Muwaffaq pun bercerita; “Suatu hari aku ke rumah wanita itu untuk meminta sedikit makanan yang sedang dimasaknya. Isteriku yang sedang hamil mahu menikmatinya setelah terhidu baunya yang menyelerakan, tetapi rupa-rupanya makanan yang dimasak itu hanya boleh dimakan oleh wanita itu dan anak-anak yatimnya sahaja.”

Abdullah bin Mubarak sedikit hairan.  “Kenapa begitu?”

“Kau tahu apa yang dimasak oleh wanita janda itu?” Tanya Muwaffaq’ menduga.

“Dia memasak sedikit daging yang diambil daripada bangkai seekor keldai yang ditemuinya. Sekadar mengalas perut kerana sudah berhari-hari anak-anaknya tidak makan. Daging itu sudah tentu tidak halal bagiku. Tetapi bagi anak-anak yatim yang kelaparan itu ia diharuskan.”

“Aku sungguh malu pada diriku sendiri. Lalu aku pulang ke rumah dan mengambil semua wang yang selama ini aku simpan untuk belanja menunaikan haji. Aku berikan semua wang tersebut kepadanya buat membeli makanan dan menyara keperluannya anak-beranak. Berdiri di hadapan rumah wanita itu, aku berkata kepada diri…  di sinilah hajiku.”  Muwaffaq’ menjelaskannya dengan sepenuh keinsafan.
 .
“Inilah kebajikanmu yang telah mendapat nilaian tinggi di sisi Allah SWT. Bertanggungjawab serta keikhlasan dan kesungguhanmu dalam mengharapkan keredhaan Allah SWT, turut dinikmati rahmat dan berkatnya oleh orang lain.”  Ulas Abdullah bin Mubarak sambil menahan rasa terharunya.
<_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _>

Ikhlasnya saya speechless mendengar cerita ini.Masih ada amalan kebajikan lain yang boleh kita buat dan masih dinilai tinggi dari pandangan Allah.

Saya sudah memulakan langkah untuk ke Mekah, membuat pendaftaran haji dan mencarum takaful haji di sini.Semoga semuanya dipermudahkan.Buat kawan-kawan yang berminat untuk membuat tabungan haji secara konsisten dan di samping mendapat manfaat hibah, khairat kematian dan lain-lain. bolehlah hubungi saya di nus_haa@yahoo.com.Niat saya mahu membantu kawan-kawan untuk terus meletakkan satu niat kembara mabrur.Insha Allah.

Semoga niat itu akan terlaksana.

Salam Aidil Adha dari kami sekeluarga.:-)


1 inspirasi naluri :-):

ieza ashaari said...

terdiam.. sungguh Allah itu memandang setiap kebaikan yang dilakukan hamba-Nya..