Sunday, November 28, 2010

Maaf , Keluar Malam Bukan Cara Saya...

Malam dengan En. Google.:-)

Saya pernah bekerja lebih masa melepasi waktu maghrib dan bersolat di pejabat lantaran kerja yang perlu disegerakan secepat mungkin. Seperti biasa, jika saya balik lambat, saya menghantar mesej teks/membuat panggilan terdahulu selepas waktu pejabat dalam 5.30 petang terus kepada ibunda saya.Ibunda saya maklum hal tersebut. Cuma apabila,sampai di rumah, saya dapati mukanya tidak ceria (tanda tidak suka) dan meminta saya mengunci pagar depan. 

100th Followers-Apesz Slamber!

Alhamdulilah..Tak sangka saya dah mempunyai ramai sahabat maya.Pada mulanya saya tak pernah target untuk mendapatkan pembaca yang ramai dan hanya menulis sekadar suka-suka dan pada masa lapang sahaja.Tak sangka dunia blog ini menarik juga ye.Sebelum ini saya hanya suka membaca hasil penulisan penulis-penulis yang saya kagumi dan mengumpul koleksi-koleksi mereka sedikit sebanyak di almari kecil saya. Ada masa saya akan baca untuk menjadi panduan hidup saya.Cewah..

Friday, November 26, 2010

Tegur Saya Jika Saya "Lagha"!


"Yati, kalau awak nampak saya agak "lagha" , awak tegur ye.." ujar kawan saya. Tersentak saya mendengarnya, maknanya saya ada tanggunjawab lagi yang perlu diteruskan. "Hmm..saya nampak awak dah ok,Quran tak tinggal kan?Solat pun awak jaga kan?Awak nak saya tegur apa ye?" balas saya."Saya sebenarnya rindukan diri saya yang dulu.." ujarnya sayu dari tempat pemandu sambil menghirup air teh ais. "Waktu kita belajar di Petaling Jaya ...dulu saya tak macam ni, sekarang saya dah tak kuat macam dulu"

Tuesday, November 23, 2010

Mencari Inspirasi Diri

Salam semua, malam ini aktiviti saya membaca semua artikel di 100penulis.com.Janganlah rasa kecewa jika saya tidak datang berkunjung ke blog rakan-rakan maya yang lain, kerana saya sudah aturkan waktu saya untuk memberi komen bernas saya .Cewah!Nanti kan yerk.

Kata-kata Motivasi dr En.Google.

Entri dari Qamarul, salah seorang editor 100penulis mengajak kita ke laman web menguji personaliti.Jom ke sini bagi mencari inspirasi diri...dan hasilnya...

Sunday, November 21, 2010

Mana Dia "Clipper" Spekku?

Spek dari Mr.Google:)

Sedih pula bila "clipper" spek hitam saya tercicir ketika dalam perjalanan pulang dari Pasir Mas. Rasanya tertinggal di Masjid Kg. Beris Tokku, Terengganu semasa singgah untuk sembahyang Jamak. Terganggu fokus penglihatan menahan silau dari Cik Matahari. 

Saya pula, bukanlah si pemakai kanta lekap, adik-adik saya kata, saya akan nampak lebih keanak-anakan jika memakai kanta lekap, dan mereka mahukan gaya ke"kakak"an pada saya. Ibunda saya pula suka lihat saya kekal memakai spek supaya nampak "educated".Tahan gelak aja la.Tapi, pakai cermin mata lebih lasak rasanya kecuali jika bersukan, mahu patah bingkai jika berebut bola di padang.

Monday, November 15, 2010

Kalaulah Kita Ikhlas


Dari IluvIslam.com
Petang tadi, saya bersiap untuk keluar menghantar adik ke terminal.Saya sarungkan tudung yang kawan saya hadiahkan. Tudung berwarna merah, putih dan hitam bermotifkan floral.Tiba-tiba saya terrfikir, "Kenapalah saya suka pakai tudung yang kawan saya bagi ni?" Agak pelik, sebenarnya. Ketika dia menghadiahkannya beserta kotak tudung itu, saya hanya mengagak untuk memakainya apabila tetamu datang sahaja.

Sunday, November 14, 2010

Ada Minyak Cap Kapak Tak?




Hujung minggu lepas, kami sekeluarga dikunjungi sepupu-sepupu yang datang bercuti ke Kuantan.Nasib baik saya sempat berjumpa mereka kerana pada siang harinya, saya temankan rakan saya ke pusat servis kereta , sterengnya tak "centre". Jadi, agak lambat sampai  ke rumah, kira-kira 6.30petang. Mereka semua berniat untuk bermalam di rumah kami lantaran hujan yang melanda di sini.Dalam hujan macam itu pun, sempat lagi sepupu-sepupu lelaki saya pergi memancing di Sungai Kuantan, dan malamnya kami pergi ke Teluk Chempedak sekadar mengambil angin malam.

Saturday, November 13, 2010

Saya Ada Aura "Settlement"?

dari Google Images penuh inspirasi.

Terlalu banyak berita baik yang saya terima pada Hari Jumaat!Alhamdulilah...Pertama, Kes bicara pesaka selesai.Apatah lagi, kes ini sukar untuk diselesaikan apabila ia melibatkan pertelingkahan adik beradik. Ada sahaja yang tidak kena.Sebelum ini, kami sudah cuba untuk menangguhkan bicara dengan harapan ianya dapat diselesaikan sebelum hari pendengaran.

Wednesday, November 10, 2010

Cara Elak Selsema

Musim-musim tengkujuh begini, saya pasti ramai yang mengalami selsema.Selesema biasanya akan berlaku apabila berlaku perubahan cuaca.Jadi, saya terjumpa tentang cara-cara untuk elak selsema dan mencegahnya. Jom kita semak sama-sama ye!

Monday, November 8, 2010

Mmm..Hujan Lagi?


Sedar tak sedar, kita mula melangkah ke musim tengkujuh.Seronok ke musim tengkujuh ni?Yang tak seronoknya menjadi mangsa banjir kerana mereka mengalami kerugian ekonomi terhadap segala kerosakan La Nina.

Namun, bagi saya hujan itu satu rahmat.Dari kecil saya sukakan hujan, apatah lagi bau kelembapan tanah yang ditimpa hujan membuat saya bertambah segar untuk meneruskan fasa kehidupan saya. Satu perasaan yang tidak terungkap oleh kata-kata. 

Friday, November 5, 2010

Bicara Olok-Olok Pertama Kami


Tengah membelek cd-cd gambar lama, terjumpa pula video lama kami sewaktu perbicaraan olok-olok pertama di Moot Court IIIUM. Memang rindu masa belajar dahulu.Masing-masing pun dah berjaya sekarang,alhamdulilah! Jom  imbas balik sewaktu pembentangan hujahan-hujahan kami.Chewah!

Thursday, November 4, 2010

Adeh!Hujung Minggu Yang Padat

Jadual aktiviti pada minggu lepas sangat padat.Terkejar-kejar saya ke sana dan ke sini,. Sudahnya, petang Ahad baru saya dapat melelapkan mata.Hehe..Mana taknya, Hari Sabtu minggu lepas ada aktiviti gotong royong di pejabat, kemaskini fail-fail.Apa yang saya suka, semua rakan sepejabat bersepakat memakai T-shirt hijau.Saya je yang tak pakai, sebab saya tak konfiden nak pakai T-shirt macam mereka.Saya ni kan pemalu orangnya.Maaf ye semua.Tapi, sebelum bergotong royong , sempat juga mereka bergambar.Cuba Lihat gambar ceria mereka sebelum bergotong royong!

Tuesday, November 2, 2010

Malang Itu Tidak Berbau



Hari Isnin tiba lagi. "Mood" nak bekerja pun agak kurang sedikit.Maklumlah nak memanaskan minda sebelum menyelesaikan kes-kes yang kritikal tahap CCU di atas meja, bukannya suatu perkara yang mudah.Ditambah pula penghawa dingin dalam 16'C, yang menusuk ke tulang sumsum. Nasib baik ada "sweater" putih berkait kegemaran saya tersangkut di atas kerusi.Bolehlah nak memnaskan badan dan semangat kerja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...