Sunday, November 21, 2010

Mana Dia "Clipper" Spekku?

Spek dari Mr.Google:)

Sedih pula bila "clipper" spek hitam saya tercicir ketika dalam perjalanan pulang dari Pasir Mas. Rasanya tertinggal di Masjid Kg. Beris Tokku, Terengganu semasa singgah untuk sembahyang Jamak. Terganggu fokus penglihatan menahan silau dari Cik Matahari. 

Saya pula, bukanlah si pemakai kanta lekap, adik-adik saya kata, saya akan nampak lebih keanak-anakan jika memakai kanta lekap, dan mereka mahukan gaya ke"kakak"an pada saya. Ibunda saya pula suka lihat saya kekal memakai spek supaya nampak "educated".Tahan gelak aja la.Tapi, pakai cermin mata lebih lasak rasanya kecuali jika bersukan, mahu patah bingkai jika berebut bola di padang.

Masjid Kg. Beris Tokku menarik perhatian saya, berlangsir kuning seolah-olah masjid diraja.Biasanya saya lihat masjid hanya berlangsirkan biru , hijau , merah dan bukanlah berwarna kuning diraja. Dan pula beberapa meja dan kerusi kayu untuk musafir duduk berehat sambil menikmati angin pantai timur.Taman bunga pun ada!

Terdetik juga di hati saya, kami tersesat kat alam bunian ker? Huhu.alih-alih "clipper" spek hitam saya yang hilang. Bukan apa, kawan saya pernah bercerita kisah bunian dan kain kuning-kisah keluarganya.

Tak mengapa, harta yang hilang dan tercicir boleh dicari lagi kan?Cuma saya perlu melatih mata saya untuk menahan silau cik Matahari.Harap-harap tak naiklah  "power" mata saya sebab sejak saya memakai "clipper" tersebut,"power spek" saya tak meningkat naik lagi:)

-"clipper" just  in memories..tengah berduka nih..masih letakkan harapan kot2 terletak celah-celah beg :-(-

P/s: Oh ya, nasib saya baik sebab sekarang ni musim tengkujuh di Pantai Timur, tak perlulah lagi saya nak beli clipper spek hitam yang baru tu lagi:)Alhamdulilah!

9 comments:

iqbalsyarie said...

Tertinggal? aduh..

humbleyat said...

iqbal:
tulah..tertinggal masa nak amik wudhu..asyik teringat jer..kos yg byk tuh bukan rm10 T.T

iyou said...

alahai.. kesiannya~

niat sedekah.. kalau ada org ngutip kan dapat pahala hehehehe

pernah dgr? bagi sesuatu yg kita sayang adalah sebaik-baik pemberian =)

humbleyat said...

iyou:

terharunyer baca kata2 iyou..rasa lega sgt2...takpelah...nak kene rancang bajet baru la nmpk gyanyer...T.T

humbleyat said...
This comment has been removed by the author.
KeCiK said...

Agree on 'pakai spek nampak educated'. Haha!

Humble Hayati said...

kecik:
kecik pakai spek jugak yerk :P

suri said...

saya bau buat cermin mata buat kali ke tiga aduh bosan tak suka tapi terpaksa sb rabun jauh huuu.

humbleyat said...

suri:
hmm..memg rimas pakai spek..tapi tak mo power mata naik jugak..sebab susah nak drive huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...