Friday, December 30, 2011

Entri Hujung Tahun

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hujung tahun, mestilah sibuk.Ibu bapa dengan persiapan anak-anak ke sekolah.Baju , beg , kasut dan bekas pensil baru.

Teringat zaman kecil-kecil dahulu. Seronok betul bila dapat barang serba baru, rasa tak sabar nak ke sekolah, nak buka zip beg, buka zip bekas pensil, nak asah pensil pun sayang.Sampai macam tu sekali.


Sekarang?Sibuk dengan komitmen kerja, tanggungjawab dengan keluarga.Kadang-kadang pening juga untuk memenuhi semua kehendak, tapi yang penting, kena kuatkan semangat.Semangat yang sangat kental!Insha Allah.

Alhamdulilah, penghujung  tahun kali ini, membawa banyak berita baik buat ahli keluarga kami, adik-adik mendapat kerja tetap ,dapat bertukar kerja di Kuantan atas prestasi kerjanya yang cemerlang, ada yang dapat tempat praktikal yang dekat, ada yang dapat 4.0 flat, dan ada yang baru sahaja menyelesaikan  perjuangan SPM.Semoga segalanya dipermudahkan olehnya.Eh, ada lagi berita baik, ada masa nanti saya ceritakan balik.:-)Alhamdulilah...

Disember juga merupakan bulan kelahiran saya ( 3/12) , adik perempuan bongsu (12/12) dan suami tersayang (15/12).Selamat hari lahir semuanya.Semoga dengan  bertambah usia dan fasa umur, membuatkan kita semua lebih matang dalam mendepani apa jua cabaran hidup.

Sebenarnya ada banyak perkara yang saya ingin kongsikan, tentang percutian , majlis-majlis keluarga dan yang lain, tapi saya masih tak berkesempatan hendak tulis semuanya di sini.(Mungkin saya kena belajar lebih lagi tentang pengurusan masa yang lebih efisien)

Semoga hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih baik dari hari yang sebelumnya..Amin!

Wednesday, December 28, 2011

:: Wordless Wednesday::

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.




Wednesday, December 21, 2011

Bantuan: Orang Tergelincir, Terjatuh Hulurkanlah Pertolongan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 Hujan- hujan macam ni, harus jalan berhati-hati.Nampak ada orang tergelincir,  terjatuh, hulurkan lah pertolongan, janganlah hanya sekadar berdiri dan memandang sahaja sambil hanya meluahkan simpati.

Eh, apa pula intro yang penuh emosi ni yerk.Ok lah saya ceritakan slotnya;

Alkisahnya....

Pagi itu seperti biasa, hujan.Pejalan-pejalan kaki membawa payung sebagai teman karib mereka.Saya menyusuri Bank Islam, RHB Bank untuk mencari "parking kereta".Ok, tempat yang biasanya saya "park" masih ada kosong.Y131.Alhamdulilah.Matikan enjin.

Selang dua-tiga buah kereta dari tempat saya "parking", ada seorang pakcik yang agak berusia, langkahnya perlahan sekali tidak seimbang, terencut-encut dia berjalan dengan tongkat di tangan dan payung di sebelah tangannya yang satu lagi.

Dan dia tergelincir di lopak air di lorong pejalan kaki itu dalam hujan yang renyai-renyai tapi lebat, terkial-kial pakcik itu untuk bangun.Saya terus matikan enjin, kunci kereta menuju ke pakcik tersebut yang masih cuba untuk bangun.

"Pakcik OK?" 

Saya rasa nak pimpin aje tangan pakcik tu melihat dia jatuh begitu, kakinya yang tidak sempurna utuk melangkah,T.T

"Pakcik Ok, nak, jangan risau, pakcik tergelincir je."

Semuanya dalam hujan renyai-renyai yang lebat .Saya pun dah tak berpayung rupanya.

"Pakcik nak ke mana? nak saya hantarkan?"
"Eh takpe!takpe! Pakcik boleh jalan sendiri, Terima kasih banyak-banyak nak.."

Selepas saya pastikan pakcik itu bangun, saya perhatikan dia menyeberang jalan keseorangan, tampak kuat, saya berdiri di tempat dia jatuh tadi, sehingga pakcik itu selamat menyeberangi jalan.Alhamdulilah.

Dan saya pusing ke belakang, Masya Allah, ada rupanya orang lain yang melihat pakcik itu jatuh, tapi hanya berdiri sahaja dan melihat adegan itu.Malunya melihat mereka kurang sifat membantu.Dalam hati sabar ajelah, rasa kecewa pun ada.Jangan buat macam ni yerk:-)

Oh, hari tu saya masuk lambat ke pejabat, tapi saya tak kisah pun, sebab saya kasihankan pakcik tadi.Semoga pakcik sentiasa sihat yerk Amin:-)

Ada lagi cerita kisah saya dengan budak yang tersangkut mata kail, yang ini pun kasihan jugak, boleh baca di sini.Alhamdulilah dapat hulurkan bantuan juga.:-)

Nota: Patutlah hari ini macam nak demam, berdiri dalam hujan semalam.Hehe


:: Wordless Wednesday::

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.




Friday, December 16, 2011

Tips : Muslim Produktif

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Sempena Hari Jumaat penghulu segala hari, saya nak kongsikan satu artikel dari Productive Muslim -Toward A Productive Ummah. iaitu bagaimana mahu menjadi Muslim yang Produktif..Semoga semua sahabat-sahabat beroleh manfaatnya juga..Insha Allah..:-)

oh Artikel tu dalam bahasa Inggeris, tapi dan bahasa yang mudah difahami.Insha Allah..

Yang pertama sekali, betulkan niat masing-masing dan target untuk menjadi muslim yang produktif, sentiasa membuat perubahan dan terus istiqamah supaya ia terus menjadi habit dan seterusnya kita akan mendapat manfaat sepanjang keidupan kita.Insha Allah. 

Aktiviti-aktiviti yang akan diterangkan selepas ini diumpamakan sebagai "roti dan mentega" (Apa tu?Maksudnya akan sebati dengan jiwa kita .) dalam menuju kasih sayangNya dan dalam meningkatkan tahap keimanan kita dari sehari ke sehari.:-)

1) Pray the Sunnah Prayers before and/or after Prayer:

I know it’s easier to just pray the obligatory prayers and rush out of the mosque! However, when we realise  the rewards we’re missing from not praying these Sunnah prayers we won’t leave them. Over the years I have learnt there’s only ONE way of getting yourself to pray these Sunnah prayers constantly: Get into the habit of praying them! They’ll soon become part and parcel of your Salah and your Salah will feel incomplete without performing these acts.

2) Remembrance of Allah after Salah

Again, it’s easy to rush out after Salah due to our busy lives, though if we are honest, how long does it take to recite the supplications after Salah? (The Answer: 5-7 minutes!). If you’re not sure what I’m referring to, you may find the supplications here. Nowadays you’ll find pocket notebooks/or phone applications with these supplications. Get into the habit of reciting them daily  after each Salah to enrich your Salah experience. 

3) Morning/Evening Remembrance of Allah:


 Step 2 is also included in this habit. There exists a beautiful set of duas/remembrances from the Sunnah of the Prophet Muhammad (peace be upon him) which he used to say before sunrise and after sunset. They are true stress relievers and energy boosters which never fail to make my days and evenings feel blessed.

  4) Night Prayer
 
Alhamdulillah, during Ramadan we have the wonderful Taraweeh prayers to attend. However, outside of Ramadan there are many opportunities to still obtain the reward of the night prayer. If you’re new to night prayer or you don’t pray it constantly during the year, make sure you try to attend prayers each and every night in congregation at the mosque (particularly brothers), and give yourself a ‘no-excuse’ policy. Develop a habit of  praying Tahajjud and continuing to pray them for an entire 30 days; this will set you on better footing to continue with the Night Prayer for the rest of the year InshaAllah.

5) Duha Prayer 


Here’s a Productive Muslim’s top secret to a productive day: 2 rak’ahs known as the Duha prayer which you may pray at anytime after sunrise till before the sun reaches it’s zenith (around 30 minutes before Dhuhr). The reward of this prayer is similar to giving charity on behalf of every bone in your body, and the energy and buzz you feel during the day is amazing.

6) Supplications before you Sleep
You’ve just had a long day and you’re super tired. You climb into bed and you want to hit the sack… but wait! Before you do, can you give yourself just 10 more minutes to recite the supplications before sleeping? That’s all. Try them and find yourself experiencing the most beautiful sleep ever and waking up for Fajr easily, InshaAllah.

7) Reciting one hour of Quran each day


Notice: I said here recite one hour of!Quran!each day an not one juz’ or one Surah. The amount of!Quran!you read is not as important as the quality of your understanding. If you spend one hour reciting one verse but understand it fully, that’s more important and beneficial then reciting lots of Quran at break-neck speed yet not understanding a word.

So there you go, 7 spiritually productive habits you can develop throughout the year starting from TODAY!

Wallahualam.


Wednesday, December 14, 2011

::Wordless Wednesday::

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.




Sumber : klik sini.

Monday, December 12, 2011

Sutera Kasih & Kau Terhebat

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Saya tahu lagu ini dah lama, tapi setiap kali mp3 lagu ini dimainkan di komputer saya, di audio kereta saya, saya suka mengulanginya banyak kali.Tak pernah jemu pun.


Jom kita dengar dan hayati yerk:-) Tanda ombak rindu kita kepadaNYA...

Dan satu lagu lagi. Kau Terhebat (s.a.w).



Senyumanmu yang terindah
Dalam jiwamu kepastian
Tutur bicara penuh cinta
Gapai impian yang nyata

Segenap ruang di angkasa
Kau bintang menyinar
Dalam berjuta yang terlihat
Dikau terhebat

Lembut wajahmu penuh damai
Keikhlasanmu yang terpancar
Tampak gayamu sederhana
Peribadi mempesona

Walau ombak bergelora mencabar
Tidak karam layarmu dilautan
Walau perit dugaan dan ujian
Keazaman dan semangat berkobar

Aku rasa malu padamu
Terus aku menyanjungimu

Dalam dirimu hanya satu
Dia segalanya
Tautan rindu ku padamu

Dikau terhebat
Dikau terhebat
Dikau terhebat

Saje je nak share lagu, lama betul tak share lagu-lagu kesukaan saya..:-)
Semoga ianya terus menjadi inspirasi dalam setiap detik kehidupan kita...


Friday, December 9, 2011

Dilema Peguam

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Semalam, saya membaca satu artikel yang ditulis oleh peguam senior, mengenai kerjaya perundangan, iaitu secara spesifiknya , peguam.Saya sangat-sangat bersetuju dengan artikel tersebut.Memang saya akui, ramai juga kawan-kawan LLB dulu beralih profesyen kepada perguruan atau pendidikan.Kata mereka, kalau mengajar kurang tekanan berbanding menjadi peguam.

Sebab itu saya selalu kata, menjadi seorang peguam, memang harus kuat! Apatah lagi hendak meletakkan perkara di tempat yang sepatutnya iaitu keadilan bukannya satu perkara yang mudah, kadang-kadang kami tersepit dan disepit dengan kehendak anakguam.Yang pasti di dalam situasi sebegini kebijaksanaan, kreatif, hati yang waja sangat-sangat diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.


Pertama kali saya menyebut kes di mahkamah, sebagai peguam pelatih, memang saya akui saya ada sedikit gemuruh.Tapi saya tahu itu adalah satu keistimewaan, satu amanah yang jarang orang ada.Memang senang melihat peguam menyebut kes-kes denagn mudah di situ, tapi bukan semua yang mendapat peluang tersebut.Jadi selagi amanah itu ada dalam menjadi wakalah umat, saya ikhlas menjalankan tugas-tugas saya dengan bayaran yang berpatutan.

Orang selalu kata, menjadi peguam memang kaya, tapi janganlah memandang pada angka-angka yang bernilai tinggi,  kerana kami ini biasa sahaja, hanya menyediakan khidmat guaman dan segala fee guaman yang dibayar anakguam tertakluk kepada akta-akta yang tertentu.

Sampai satu tahap bila orang bertanya tentang kerjaya saya, saya hanya kata saya kerja "admin", kerana bila bila sebut tentang kerjaya sebenar, mereka jadi segan dan mula menjauhi kami.Bukan saya sahaja, malah saya pasti kawan-kawan seperjuangan saya juga begitu.Bersusah payah kami mahu menjadi orang biasa.

Sebenarnya ada pelbagai soalan yang ditujukan kepada kami, tentang hidup kami, Insha Allah ada masa saya akan tulis mengikut pandangan saya jika dizinkan.Insha Allah.

Dan buat adik-adik yang masih belajar perundangan dan masih dalam dilema, carilah dahulu pengalaman sebagai peguam dahulu, kerana ia pengalaman yang sangat berguna untuk masa akan datang.Insha Allah.Kemudian bergantunglah kepada jiwa adik-adik sama ada mahu meneruskan perjuangan sebagai wakalah umat atau tidak.Terpulang!Hati harus kuat.

Alhamdulilah, setakat ini, saya suka dengan kerjaya saya, bergaul dengan pelbagai golongan masyarakat, membantu mereka dengan pengetahuan yang saya ada.Dan saya harap semangat ini terus berkekalan.Amin.

" Every successful person has a painful story, every painful story has a successful ending, accept the pain and get ready for success" 

Wednesday, December 7, 2011

Pakcik Tahu Maksud Jelingan Anak ..Adess!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hari itu saya ada tugasan luar di Kuala Terengganu, menghadiri satu seminar.Bertolak pada waktu pagi.Sebelum pergi, saya sempat mengisi minyak kereta, dan di saat itu ada sebuah motosikal mencelah laluan saya ke pam no. 6.

Saya menjeling, dalam hati "Suka hati je dia ni potong line!", Tapi saya sedar, saya tak boleh marah, jadi rungut saya hanya sebentar, saya menoleh ke pam-pam yang lain jika ada kekosongan.Manalah tahu boleh reverse sedikit kan?kalau saya tunggu motor tadi pun tak mengapa, berapa banyak lama sangat, cuma kena tunggu sekejap je.Jadi keputusan saya, tunggu motor tadi.

Tiba-tiba motor tadi ke pam yang bersebelahan, jadi pam no 6 itu kosong.Saya ke depan, parking, matikan enjin.Alhamdulilah, tapi empunya motor tadi menanggalkan helmetnya dan menuju ke arah saya. Pakcik itu hanya tersenyum pada saya dan meminta saya menurunkan tingkap kereta.Jeng Jeng Jeng..

"Assalamualaikum anak.." Lembut tutur katanya.

"Waalaikumussalam pakcik.."

"Pakcik nampak jelingan mata anak tadi, sebab tu pakcik ke pam sebelah ni.."

Huhu..saya tertanya sendiri.Mungkin sekilas jelingan saya tu mempengaruhinya.Aduh!Malunya..

"Eh tak pe pakcik, saya pun terkejut juga kenapa pakcik tukar pam, saya pun boleh tunggu pakcik  kejap..."


 
Perbualan kami berlarutan, kisah menantu perempuannya sama seperti saya, ada tugasan luar dan memandu jauh-jauh , tapi saya bernasib baik, ada teman sepejabat yang temankan, masa itu pula saya agak demam sedikit, bolehlah nak memnita bantuan kawan saya nanti untuk memandu.

Dan akhir kata pakcik tadi, 

"nak, rumah pakcik dekat-dekat sini je, anak ada mak dan ayah lagi?"

"Saya ada mak je sekarang"

"Oh ye ke, kalau macam tu anggap pakcik macam ayah anak yerk, 
bawa kereta hati-hati, berhenti kalau mengantuk..
Kalau ada apa-apa nanti bagitahu pakcik ye nak

"Insha Allah, Pakcik,Hmm nama pakcik apa?"

"Panggil pakcik Mokhtar"

"terima kasih banyak-banyak pakcik (sebab pakcik anggap saya macam anak)"
Tuturnya sangat ikhlas, tiba-tiba ada rasa sayu di saat itu.Rindu kat arwah abah!

Sehingga sekarang, jika ke stesen minyak tersebut, saya tertinjau mencari pakcik tadi, tapi masih tidak berjumpa, sekurang-kurangnya boleh bertanya khabar.Tempat lain pun saya pun saya tak jumpa.Yang pasti saya masih ingat wajah ikhlasnya menganggap saya sebagai anak.:-) Terima kasih  pakcik!


::Wordless Wednesday::

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Si Darah Manis: Hanif & Hasanah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Apa kata kita mulakan entri si darah manis dengan pantun melayu yang indah-indah, saya pun "google " aje bab pantun-pantun ni.Takkan Melayu hilang di dunia.eceh..:-)

Panjat- panjat si pohon ara,
Nampak cantik di tepi laman.
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman.

Senyum menguntum memakai kebaya,
Gadis sunti menjual kalungan.
Bunga nan sekuntum belum berpunya,
Menjadi penyeri di taman larangan.
 
Ok.berhenti menghayati pantun sekejap.Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar pada 3 Disember 2011, majlis pertunangan adik saya ,  Angah dilangsungkan serentak pada hari lahir saya.:-) Pandai yerk pilih tarikh ni."Bunga" yang dipetik itu hanya di kawasan Kuantan juga, Taman Tas.

K.Kita smbung pantun balik yerk.

Dari sumbu terbit apinya,
menjadi asap dan juga jelaga.
Jika begitu akan adanya,
Izinkan kita memetik menjaga.

 
Baik-baik kalau berhuma,
Jangan sampai lalang sepekan,
Hajat yang baik kami terima,
Dalam adat kami serahkan.


(Sumber:enche )

Hantaran dari pihak lelaki

Semuanya berkonsepkan bunga carnation, dari kertas tisu sahaja tau.Alhamdulilah, cubaan pertama saya menjadi.Janji ringkas dan berhias lebih kurang kan.
 

Hiasan kotak kek itu hanya dibuat pada pagi hari kejadian, nasib baik sempat denagn idea adik-adik yang ada.Terbaek!

Hantaran dari pihak perempuan

 
Hantaran dari pihak perempuan pula berkonsepkan bantal dan bunga fabrik di bucu-bucunya.

Banyak betul manis-manisan kan.Patutlah orang kata, tunangan orang ini berdarah manis, Sudahnya kami juga yang habiskan.Harap-harap dijauhkan dari penyakit kencing manis.Ameen!


Alhamdulilah! Sesi bergambar dengan emak-emak, tak boleh gambar berdua-dua, tak elok.Jadi tempoh pertunangan ini adalah tempoh untuk berkenalan dan lebih serius untuk merancang masa depan.Bak kata orang, jangan bercinta lama-lama, nanti yang tengah berputik dan berbunga itu hilang, bahkan sudah berbuah dan rendang, sudah hilang kemanisannya. jadi jaga muamalat kamu berdua dengan baik seiring dengan syariat.Insha Allah, semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan banyakkan doa yer.

Selamat menempuh alam pertunangan !:-)


Monday, December 5, 2011

Doa Hari Lahir

BismillahirahmanirRahim.. 
Assalamualaikum wbt.



Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. 
Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...
dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.



Friday, December 2, 2011

Nota-Nota Bila Hujan Turun

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulilah, setelah sekian lama, Kuantan dilanda hujan, di pagi Jumaat ini, matahari bersinar kembali.Selalunya begitulah, bila tiba hari Jumaat, sinar mataharinya juga turut berbeza macam ada seribu satu rahmat.Tapi saya tetap rindukan hujan, titisan hujan yang jatuh ke bumbung rumah dan zink , bau hujan .:-) Dan waktu kecil dahulu, suka betul saya tengok cuaca mendung, cepat-cepat saya ambil buku ,belajar  sambil menghadap tingkap.

Kalau hujan, masakan yang enak dimakan yang saya tengah bayangkan;

Ubi Kayu Rebus

Sumber gambar: resipicitarasawan.blogspot.com
Satu fakta apa yang jadi di musim hujan, ikan gelama pun muncul, kemunculannya hanya di musim tengkujuh, rasa isi ikan itu halus sangat, digoreng sahaja pun dah sedap tau.Ikan gelama ni saiz paling besar mungkin boleh mencapai sebesar ikan tenggiri.Tetapi ke mana ikan gelama menghilang selepas hujan yek?Hmm...

Sumber gambar :klik

Ha, aktiviti waktu kecil dahulu waktu hujan, pantang sekali nampak air bertakung, mula la kapal kertas dilayarkan.hehe..Tak nak dengar cakap mak, tapi degil nak main kapal kertas kat lopak-lopak air..


Tapi kalau di kawasan rumah lama saya dahulu, berhampiran pantai, stok ikan masin mesti kena ada, sebab ikan segar dah berkurangan, nelayan pun dah tak turun ke laut. ikan masih pilihan saya, ikan masin terubuk...

Sumber gambar: klik di sini

 Tapi tengahari nanti teringin waffle aiskrim la pula..Bolehla yerk, sebab matahari dah bersinar..


"Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal dari awan yang gelap"

Thursday, December 1, 2011

Edisi Ucapan Selamat Pengantin Baru "Berjemaah"..

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata
(sumber : zurinah hassan


Yusry & Enieza (9.10.2011)
Kedua-dua pengantin di atas kawan-kawan saya, saya hanya dapat tahu hubungan mereka malam sebelum saya diakadnikahkan.Pening kami satu keluarga memikirkan kaitannya.P engantin Perempuan, kawan baik adik , Pengantin lelaki adalah rakan sekolah saya. Apa-apa pun tahniah, selamat pengantin baru buat Yusry dan Ja.Selamat menimang cahaya mata juga Insha Allah.:-)

Ana & Syahril (15.10.2011)
 Buat Ana dan Shahril, Selamat pengantin Baru juga..Alhamdulilah, seorang sahabat saya lagi dijabkabulkan.

Wani & Suaminya (11.11.11)

Cik Wani pun dah jadi  Puan Wani.Ha, yang ni kawan satu asrama di sekolah, kawan minum kopi ngan cicah biskut "mayat "..:-) Selamat Pengantin Baru Wani..:-)Barakallah

Khalida & Alif (17.11.2011)

Akhirnya, Khalida dan Alif, kira pangkat saudaralah kot, susah juga nak diceritakan, tetapi memang rapat dengan keluarganya..Selamat Pengantin Baru.Suka bajunya, hampir memilih "style" yang ini dahulu, tapi adik-adik saya kurang setuju..:-) But its ok..yang penting semuanya berjalan lancar..Ameen..

"Sesiapa yang berkahwin ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya, maka bertakwalah ia pada separuh yang lain"

Nota : Terima kasih zauji sebab sudi temankan ke walimah-walimah di atas..:-)

Sumber gambar : Facebook dan Digicam Sendiri..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...