9/6/11

Bantuan: Mata Kail Tersangkut Di Kening Budak Lelaki

BY humble.yat IN No comments

Bismillahirahmanirahim.. 

Assalamualaikum wbt.

Malam tadi, sejurus selepas maghrib, saya membawa ibunda ke klinik, demam dan batuk-batuk, sementara ibunda menunggu gilirannya sambil ditemani adik saya, saya ke Bank untuk urusan seterusnya (ditemani adik juga, untung ramai adik ni, boleh jadi bodyguard kita kan?), menguruskan masa dengan semaksimum mungkin. 


Mata saya mula mengantuk, hajat mencari kopi di Seven Eleven bagi menghilangkan rasa kantuk. Disebabkan rasa malas nak matikan enjin kereta, saya meminta bantuan adik saya membelikan kopi. Tetapi niat saya yang malas nak matikan enjin kereta itu terbantut apabila melihat seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 5-7 tahun, menangis-menangis dan meronta di hadapan kedai tersebut sambil dipujuk oleh seorang pakcik dan seorang budak perempuan berumur 11-12 tahun menghubungi ibunya sambil menangis supaya hadir di tempat kejadian.

Saya matikan enjin, terus keluar, manalah tahu saya boleh membantu apa yang patut.Dalam hati risau juga, jika saya memasuki urusan keluarga dan peribadi orang kan? 

Bila diselidik rupanya rupanya mata kail pancing itu tersangkut di keningnya.Allahu Akbar, Pedih saya mendengarnya.Tapi memandangkan seorang dua pakcik dan kumpulan di situ sedang cuba membantu mangsa tersebut, saya hanya biarkan sahaja dan kembali ke kereta.

Namun, sejurus saya hidupkan enjin dan memandang belakang kereta, saya nampak budak perempuan tadi berlari-lari seolah-olah hilang arah.Saya minta adik saya keluar dan bertanyakan dia (saya tak dapat keluar, sebab kawasan tu kawasan blacklist, perlu berhati-hati dan buat backup plan jika berlaku apa-apa) dan bertanyakan apa tindakan pakcik-pakcik tadi, mahu ke hospitalkah atau macam mana.

Tetapi, memandangkan keadaan yang macam tu, kami terus membawa budak lelaki tadi dengan mata kailnya masih tersangkut di dahinya bersama kakaknya berjumpa ibunya terlebih dahulu yang kebetulan bekerja berhampiran di hospital, dan kami mencari ayahnya di tempat bekerjanya setelah mendapat maklumat daripada makcik budak lelaki tadi.

Apa yang sedih, ketika bertemu ibunya, dia mengandung tiga bulan, memang dia terkejut besar, ayahnya pula yang masih berkerja malam terus memecut sepantas kilat ke hospital untuk melihat keadaan anak kesayangannya.

Tapi, apa-apa pun alhamdulilah, semuanya selesai memandangkan budak lelaki tadi masih boleh bercakap dengan kami bagaimana keadaannya, dan darah tidak mengalir dalam kuantiti yang banyak yang mana boleh menyebabkan dia pengsan dan sebagainya.

Nota Naluri: 
Teringat belajar "First Aid Skill" dulu-dulu dan rasa nak cari satu set kotak First Aid dan letak dalam kereta jika terjadi apa-apa sebagai tanda ikhtiar kita..Huhu

0 inspirasi naluri :-):