Friday, September 9, 2011

Syafakallah : Semoga Cepat Sembuh!

Bismillahirahmanirrahim.. 

Assalamualaikum wbt.


Musim-musim raya begini, saya banyak menziarahi orang yang sakit, rakan-rakan ibu saya, jiran. Semuanya memberi petua penjagaan kesihatan.Saya pun turut terkena tempiasnya.Saya sendiri juga ralit mendengar makcik pakcik bercerita pengalaman masing-masing ketika ditimpa dugaan Allah.

Saya juga dikhabarkan sebuah kisah, rupanya ada yang lagi susah dan sukar hidupnya.Cukup membuat saya mensyukuri nikmat sihat dan kesenangan yang saya ada sekarang.

Musim-musim raya begini, pemakanan kita juga menjadi "out of control".Faham-faham sahajalah, termasuk saya!Kini saya harus mengawal pemakanan saya kembali:-)

Bak kata jiran saya yang kini menghidapi kanser fibroid, dan suaminya yang dipotong kaki pada paras kandungan gula 17, hospital dan klinik kini umpama hotel.Keluar satu pesakit, masuk dua pesakit.Masya Allah!

Baru-baru ini ibunda saya risau apabila dia mengalami batuk-batuk, lalu saya bawa ke klinik. Tetapi saya pula terjumpa insiden yang lain dan malam tadi, seorang kakitangan pejabat saya mengalami kemalangan, saya dimaklumkan bahwa dia pengsan ketika kejadian.Allahuakbar!

Kepada sahabat-sahabat yang kurang sihat, semoga cepat sembuh!Anggaplah ia satu mujahadah kecil dan kafarah.Sesesungguhnya sakit itu satu peringatan buat kita.

"Apabila kalian mengunjungi orang yang sedang sakit atau mati maka katakanlah yang baik, sesungguhnya malaikat mengaminkan apa yang kalian katakan." 

Nota Naluri:
Risau juga apabila orang-orang tersayang kurang sihat, hanya doa, semangat dan  nasihat yang dapat dititipkan.Syafakallah!

5 comments:

~~zAnAfAhMi~~ said...

Assalam, kesihatan diri juga perlu diutamakan, barulah kita dpt berbakti pd yg tersayang....slm kenal dr kak pb.

APAN said...

kalau dah raya, x pikir dah semua tu.bnyak yg sambar je apa ada depan mata...
harap isiden sebegini boleh dijadikan peringatan utk kita semua :)

Hayati A.G said...

zanafahmi:
waalaikumussalam..
mmg kesihtana sggt penting, semuanya bermula dari gaya hidup dan pemakanan kita...
salam kenal juga dr saya..:-)

Hayati A.G said...

APAN:
tau tak be, bila tamak makanan menguasai segalanya...hoho..kita pun out of control..;-)

suri said...

uabt bagi sakit adalah ujian bg setiap manusiakan heeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...