Wednesday, February 26, 2014

Pengalaman Mediasi Di Mahkamah

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Tunngu kes di bilik mediasi mahkamah sambil tambah ilmu
Alhamdulilah, akhirnya saya ada pengalaman mengendalikan mediasi di mahkamah majistret. Biasanya, mana-mana kes-kes tuntutan sivil yang dibawa ke mahakamah akan secara terus ke bicara.Tetapi proses mediasi yang ditawarkan adalah peluang yang terbaik untuk pihak-pihak bertemu muka bagi membincangkan penyelesaian dan titik pertemuan masalah mereka.

Dan ini adalah kali pertama saya bawa kes mediasi seorang diri dan menjadi pengerusi mediasi di mana pertemuan di antara pihak plaintif, defendan dan peguam defendan .Itupun setelah dipujuk oleh peguam defendan untuk jadi pengerusi.Saya teruskan sahajalah. Redah dan kena berani. (Maaf, fakta kes saya tidak ceritakan yea-binding by Personal Protection Act). Cuma saya akan kongsikan bagaimana proses mediasi dijalankan supaya saya juga tidak akan lupa tentang prosedurnya dan ianya berdasarkan pengalaman peribadi saya sahaja.


Gambar di atas ini adalah gambaran bilik mediasi yang disediakan oleh pihak Mahkamah, dibahagikan mengikut huruf A,B, C dan seterusnya.Dalam bilik tu ada meja dan kerusi untuk hakim, plaintif dan defendan.

Persediaan Peguam Plaintif Defendan, pastikan tahu fakta kes, bukti-bukti yang dibawa, jumlah tuntutan dan segalanya tentang kes itu.Kalau boleh, Master the knowledge on that file.Means, secara menyeluruh.Kira macam dah boleh hafal fakta kes, bila peguam lawan mengutarakan apa-apa isu pun, pastikan bersedia untuk balas balik, dan ianya disokong dengan bukti yang ada.

Sesi pertama, peguam plaintif dan defendan akan dipanggil hakim di dalam mahkamah tertutup atau bilik mediasi (seperti gambar di atas) untuk menceritakan fakta kes dan isu-isu kes.Segala isu-isu yang dibangkitkan dan masalah yang timbul akan dibincangkan di sini.Hakim akan jadi pengerusi proses mediasi dan mengenal pasti tawaran yang diberikan oleh pihak-pihak bagi menyelesaiakn kes tersebut.

Sesi kedua, plaintif (yang menuntut) pula di panggil hakim di dalam  mahkamah tertutup atau bilik mediasi .Plaintif akan secara terus menceritakan kepada hakim apa yang dituntut olehnya, dan kenapa dia menuntut.Hakim juga akan mencadangkan jika plaintif boleh  menerima tawaran defendan atau tidak.

Sesi ketiga, Defendan (yang kena tuntut) dipanggil masuk oleh hakim di mahkamah tertutup atau bilik mediasi.Melalui proses yang sama, menceritakan fakta kes dan tawaran-tawaran penyelesaian (jika ada) kepada pihak plaintif.

Rehat sekejap di bili mediasi, sementara menunggu turn.

Sesi keempat, peguam plaintif dan defendan pula dipanggil masuk sekali lagi.Diterangkan oleh hakim tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak, dan tawaran penyelesaian yang ada.Maka di minta oleh hakim, supaya pihak peguam duduk bersemuka dengan anak guam masing-masing di dalam satu bilik.

Sesi kelima ,maka di sinilah, peranan peguam untuk mempengerusikan, dan menyelesaikan tawaran-tawaran penyelesaian yang ada.Kemudian setelah mendapatkan tawaran penyelesaian oleh pihak-pihak dan mereka menerima dengan hati terbuka.

Sesi keenam, kesemua pihak iaitu peguam plaintif. peguam defendan, plaintif, defendan dan hakim akan bertemu sekali lagi di mahkamah untuk merekodkan persetujuan penyelesaian di antara pihak-pihak.

Fuh!lama juga rasanya, dah macam marathon dah rasanya. Tapi proses ini akan berjalan lancar jika pihak-pihak ada tawaran penyelesaian.Jika tidak ada, maka bicara penuh akan dibuat.Lagi susah, sebab memakan masa dan kos yang tinggi.Bicara penuh biasanya berhari-hari dan bergantung kepada saksi yang ada.

Tetapi apa yang saya tak boleh lupakan di sini, tunjuk ajar dari peguam senior, tentang "art of trial" dan "art of mediation".Ada skill tersendiri yang berkarisma.Terima kasih En Aznel ,Mr Stephen , Kak Azni.Jasa mereka akan dikenang kerana sudi menambahkan ilmu buat saya yang kecil ini.

Terima kasih Allah atas segala pengalaman dan pertolongan yang Engkau berikan secara langsung dan tidak langsung sepanjang proses mediasi sehingga ia berjaya.

Nota Naluri:
Apa-apa pun kerja yang kita buat, jangan lupakan DIA (Allah swt).


Monday, February 24, 2014

Bersiap Siaga

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Teringat dengan sembang bersama sahabat saya, katanya. 

Sumber
" Dalam hidup ini perlu sentiasa bersiap siaga"
"Hah! Bersiap siaga..?Lain je bunyinya, kenapa bukan bersiap sedia?"
"Bersiap siaga ini katanya lebih utuh, teguh...!"

Waktu tu sahabat saya masih setia menantikan jodohnya, dan pada waktu saya baru lagi di awal perkahwinan.

Pesan sahabat saya lagi, "Macam saya ni, perlu bersiap siaga untuk berhadapan bakal suami saya, dari segi personaliti, dalaman dan seumpamanya..."

"Oooo..."

Dan hari ini saya teringat kembali kata-katanya tentang bersiap siaga.Apa pentingnya bersiap siaga dalam kehidupan saya.

Sumber
Di  peringkat saya sekarang, sebagai isteri, tentulah saya bercita-cita untuk menjadi isteri solehah buat suami.Tapi adakalanya persiapan saya itu tidak sempurna.Huhu..Tak dapat markah seratus peratus pun sebab saya bukan bersiap siaga.Persiapan saya belum mencapai tahap "siap siaga" yang istiqamah..

Bersiap siaga untuk menjadi ketua bidadari kelak di sana nanti.
Maknanya, bukan sekadar rutin harian biasa untuk suami, tetapi rutin harian luar biasa, dari segi amalan dan segala perbuatan kita yang membawa nama suami di mana-mana.Makanya, saya perlu kerja kuat untuk bersiap siaga untuk menjadi ketua bidadari buat zauji nanti..:-)

Di peringkat kerjaya pula, saya letakkan tentang bersiap siaga bagi "pembersihan setiap kes" sesegera yang mungkin, hehe..Baru rasa semangat nak siapkan kerja-kerja yang berlambak ni dengan keadaan istirehat 100% peratus di rumah melainkan ada kes kecemasan.

Sumber
Sebagai hamba Allah yang kerdil ini, saya seharusnya istiqamah dan sentiasa memperbaiki kualiti kehidupan saya.Sebagaimana, sempurnanya tugasan saya di dunia ini.Begitu juga setiap tugasan yang diserahkan untuknya.Maka, setiap tugas yang diamanahkanNya, harus diniatkan untuk Allah semata-semata.Supaya ingatan padaNya tak akan putus di ingatan saya, hamba yang kerdil ini.

Semoga saya dipertemukannya dalan husnul khatimah.Semoga saya dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah jika diizinkan.Semoga saya dapat menjadi ketua bidadari syurga buat zauji.Semoga kita semua dipertemukan di syurga nanti.

Ayuh kita bersiap siaga bersama-sama!

Amin!

Friday, February 21, 2014

Target Januari 2014 Accomplished!

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Alhamdullillah.Misi 2014 tercapai.


Kecintaan dalam dunia jahitan, diteruskan dengan misi pertama , iaitu membeli satu mesin jahit baru.

Cadangan Zauji pada awalnya mesin Jahit JUKI. Guna mesin jahit JUKI waktu pergi belajar jahit jubah.Tetapi bila bertanya pada kawan-kawan yang lain, kata mereka, Portable Singer Heavy Duty pun dah sama macam JUKI. Dan model mesin jahit ini adalah yang terkini, dan yang penting mampu milik, setelah menabung.Lama tau memendam nak membeli ni.

Beria-ia tengok kedai jahit tu sama ada dibuka atau ditutup pada tahun baru.Kebanyakan kedai pada hari cuti am ditutup.Macam mission imposibble pula rasanya bila asyik mengintai kedai membekal alat jahit ni. Akhirnya


Aina pun dapat mesin jahit musikal mini juga.Percuma dengan pembelian mesin jahit Singer Heavy Duty.Suka sangat.Bila ada mesin jahit ni,bertambah la angan-angannya.

Kelebihan mesin ini ianya mungkin lebih lasak berbanding model lain, sesuai untuk kain yang tebal.:-)

Yang ni macam Aina punya, buka laci, terus bunyi lagu..ada juga komponen yang berpusing , jarum, dsb

Maka,misi kedua saya menjahit jubah abaya!zauji target saya dapat siapkan tiga helai jubah sebab nak bagi mesin jahit tu tidak berhabuk.Jangan membazir katanya.Gunakan semaksimum mungkin.



Alhamdulilah dapat siapkan 3 jubah abaya walaupun dalam kesibukan yang ada.:-)Untuk saya dua helai, versi nursing  abaya, berzip di depan, dan satu lagi abaya lace adik.:-)

Bulan ini, saya nak siapkan 4 jubah abaya lagi, untuk saya, dan ada juga tempahan dari kawan-kawan.


Misi ketiga-ILHAMNA VISION sudah berdaftar di SSM.Tetapi business card, logo, invois, resit dan sebagainya masih dalam proses.Doakan rezeki kami ye.


Oh lupa nak update, saya juga wakil pengedar sah ANA EDAR SDN BHD, asalnya sebagai pengguna QASEH GOLD ADINDA , KEKANDA & JUNIOR.Tetapi kerana keberkesanannya, ambil manfaat sebagai pengedar sah di samping memartabatkan ekonomi ummah.

Tak sangka saya dah dapat bonus saham pertama walaupun baru sebulan menjadi pengedar.Takdelah serius sangat menjualnya, hanya sekadar berkongsi dengan kawan-kawan dan masing-masing mendapat manfaat di samping mengamalkan pemakanan sunnah.Semoga rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan dariNYA.Ameen!



Ada satu impian besar lagi.Menunaikan umrah/haji....Semoga dipermudahkan walaupun dalam kesibukan yang tidak pernah putus.Amin!

Apa lagi, jom join takaful haji bersama saya..:-) dan nikmati manfaatnya..

Friday, February 14, 2014

Homeschool : Sehari Dalam Hidupku

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Wah, terernya Aina baca buku.Takdelah, cuma sebenarnya nak biasakan diri dengan buku .Buku Sehari Dalam Hidupku memang terbaik sebab setiap muka surat ilustrasi berwarna dan menarik.

Beli buku ini dapat poster percuma bacaan doa harian "Sehari dalam hidupku".Terus tampal di dinding bilik.Buku ni merangkumi bagaimana kita menguruskan diri sepanjang hari.Kira macam jadual dan panduan untuk kita.Sangat berguna untuk orang dewasa macam kita juga.


Jadi sekarang mari saya kongsikan bagaimana saya membaca dengan Aina. Poster doa ini saya selalu bacakan doa untuk Aina , kalau dia bangun tidur, saya tunjuk gambar doa bangun tidur dan baca sama-sama.


Begitu juga bila nak solat, bila nak makan, bila dah habis makan.Bila nak belajar dengan umi/abi..Sekarang pun, bila kita kata, "Aina, baca doa dulu..".Cepat dia tadah tangan, mulut kumat kamit, kemudian amin!..Comel sangat.

Pernah sekali tu, saya terlupa, biasalah dah tergegas ke sana ke mari...Aina ajak saya masuk bilik, tunjuk poster doa ni.Oh ye Aina, "Umi lupa baca doa ye.."..Jadi, saya bacakan doa sama-sama dengan Aina.

Maknanya, sedikit sebanyak buku dan poster ini, banyak membantu saya untuk mengurus kehidupan dengan doa.

Nanti saya kupaskan isi kandungan buku "Sehari Dalam Hidupku" pula ye.Insha Allah...

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...