Wednesday, December 21, 2011

Bantuan: Orang Tergelincir, Terjatuh Hulurkanlah Pertolongan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 Hujan- hujan macam ni, harus jalan berhati-hati.Nampak ada orang tergelincir,  terjatuh, hulurkan lah pertolongan, janganlah hanya sekadar berdiri dan memandang sahaja sambil hanya meluahkan simpati.

Eh, apa pula intro yang penuh emosi ni yerk.Ok lah saya ceritakan slotnya;

Alkisahnya....

Pagi itu seperti biasa, hujan.Pejalan-pejalan kaki membawa payung sebagai teman karib mereka.Saya menyusuri Bank Islam, RHB Bank untuk mencari "parking kereta".Ok, tempat yang biasanya saya "park" masih ada kosong.Y131.Alhamdulilah.Matikan enjin.

Selang dua-tiga buah kereta dari tempat saya "parking", ada seorang pakcik yang agak berusia, langkahnya perlahan sekali tidak seimbang, terencut-encut dia berjalan dengan tongkat di tangan dan payung di sebelah tangannya yang satu lagi.

Dan dia tergelincir di lopak air di lorong pejalan kaki itu dalam hujan yang renyai-renyai tapi lebat, terkial-kial pakcik itu untuk bangun.Saya terus matikan enjin, kunci kereta menuju ke pakcik tersebut yang masih cuba untuk bangun.

"Pakcik OK?" 

Saya rasa nak pimpin aje tangan pakcik tu melihat dia jatuh begitu, kakinya yang tidak sempurna utuk melangkah,T.T

"Pakcik Ok, nak, jangan risau, pakcik tergelincir je."

Semuanya dalam hujan renyai-renyai yang lebat .Saya pun dah tak berpayung rupanya.

"Pakcik nak ke mana? nak saya hantarkan?"
"Eh takpe!takpe! Pakcik boleh jalan sendiri, Terima kasih banyak-banyak nak.."

Selepas saya pastikan pakcik itu bangun, saya perhatikan dia menyeberang jalan keseorangan, tampak kuat, saya berdiri di tempat dia jatuh tadi, sehingga pakcik itu selamat menyeberangi jalan.Alhamdulilah.

Dan saya pusing ke belakang, Masya Allah, ada rupanya orang lain yang melihat pakcik itu jatuh, tapi hanya berdiri sahaja dan melihat adegan itu.Malunya melihat mereka kurang sifat membantu.Dalam hati sabar ajelah, rasa kecewa pun ada.Jangan buat macam ni yerk:-)

Oh, hari tu saya masuk lambat ke pejabat, tapi saya tak kisah pun, sebab saya kasihankan pakcik tadi.Semoga pakcik sentiasa sihat yerk Amin:-)

Ada lagi cerita kisah saya dengan budak yang tersangkut mata kail, yang ini pun kasihan jugak, boleh baca di sini.Alhamdulilah dapat hulurkan bantuan juga.:-)

Nota: Patutlah hari ini macam nak demam, berdiri dalam hujan semalam.Hehe


2 comments:

miss fiza said...

thanks 4 sharing sis,,, sedey bace,,
i can't see those people yg mcm 2... tgn yg menghulur is better than tgn yg menerima kan ? :)

well done sis!

nurzahidah said...

susah da nk cri org yang baik hati sekarang..nak2,anak muda zaman cyber..

minta dijauhkan drpd kita semua..tanamkan sifat memberi dan sifat mahmudah..insyaALLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...