Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Aina Syafiyah dan Islamic Softbook Hijaiyah Alphabet.Terharu Umi, bila bagi pada Aina Islamic Softbook ni, dia boleh menjerit macam teruja sangat dengan softbook tu.Macam si gadis dapat handbag baru dari kekasih hati.Eceh..Tak habis-habis dia membelek-belek softbook.
Jadi, ini antara modul silibus pertama Umi untuk Aina.Hari-hari kita baca kan?Kalau dah mula baca softbook, umi atau abi dia bersuara, Aina sibuk berbunyi, konon-konon membaca bersama kami.
Modul ke-2, memperdengarkan bacaan 30 surah lazim menggunakan MP3 dan Speaker Pillow ketika Aina tidur, baring-baring.Tujuannya supaya Aina dapat membiasakan diri dengan bacaan tersebut.Dan Uminya boleh mengulangkaji surah-surah tu,mana-mana yang panjang yang masih belum hafal kan.Sambil menyelam minum air.:-) (gambar kaedah mp3 and speaker pillow nanti saya kana upload kemudian yer..maaf atas kesulitan)
Modul ke-2, memperdengarkan bacaan 30 surah lazim menggunakan MP3 dan Speaker Pillow ketika Aina tidur, baring-baring.Tujuannya supaya Aina dapat membiasakan diri dengan bacaan tersebut.Dan Uminya boleh mengulangkaji surah-surah tu,mana-mana yang panjang yang masih belum hafal kan.Sambil menyelam minum air.:-) (gambar kaedah mp3 and speaker pillow nanti saya kana upload kemudian yer..maaf atas kesulitan)
Modul ke-3, mestilah lagu Alif Ba Ta dari You Tube. Kalau bernasyid lagu ni pada Aina Syafiyah yang tengah menangis, dia boleh senyap sekejap. Hehe..Abi dia pun semangat bernasyid lagu ni.Insha Allah, kita sama-sama berusaha untuk kenalkan huruf hijaiyah kepada Aina sebelum silibus moden yang berikutnya.
Sekarang, silibus kedua baru bermula. Ada keizinan, saya kongsikan ye.Tetapi silibus pertama tetap diteruskan.:-)
Asmaul-Husna
Asmaul Husna [kredit] |
Teringat waktu Aina Syafiyah di dalam kandungan, tak sempat memperdengarkan secara khusus bacaan Al Quran, cuma Asma Al Husna sahaja sempat didengari melalui MP3 adik (sebab MP3 saya hilang ketika itu!).Nak guna handset, tahap radiasi tinggi ,zauji kata tak elok untuk baby.
Kesannya:
Dalam umur Aina dua bulan lebih, bila Mak De bernasyid lagu Asmaul Husna, dia merenung tepat ke mata Mak De nya, seolah-olah pernah mendengarnya, dan menjerit "Haaaaaa!" sambil menuding jarinya ke Mak De.
Saya, emak pun terkejut dengan respon Aina Syafiyah dengan Asmaul Husna. Nenek Aina kata, "Mungkin Aina ni macam pernah dengar Asmaul Husna, tapi tak tahu dari mana, sebab tu dia buat muka macam tu tadi.."
Alhamdulilah, usaha saya hanya secebis, mungkin tak sampai secebis pun, tapi ada hasilnya dengan izin kasih sayangNYA.Syukur sangat!Sekurang-kurangnya dia mengenal nama-nama Allah s.w.t terlebih dahulu.
Oh ketika dalam pantang pun, saya memperdengarkannya juga bacaan Al Quran (guna radio emak, masuk pendrive aje), Asmaul Husna dan zikir-zikir, tetapi hanya secara random sahaja, tidak mengkhususkannya.
Selawat Syifa
Nama Aina Syafiyah juga adalah kesinambungan dari selawat syifa.---Syifa---> Syafiyah---> iaitu Penawar. Semasa Aina Syafiyah kena jaundis susu ibu, saya tidak putus-putus membaca selawat Syifa ketika menyusukannya, sambil dodoi Aina tidur pun, saya selang selikan zikir-zikir dan selawat syifa.Nenek dan Mak De Aina pun selalu dodoikan dengan lagu selawat Syifa ni.
[kredit] |
Kesannya:
Biasanya Aina hanya akan dengar selawat Syifa dari kami, dan tiba-tiba suatu hari tu, TV mana entah yang menyiarkan lagu dan video klip Selawat Syifa, dia senyap dan menoleh ke arah TV, bersungguh mendengar lagu-lagu tu.Oh mesti rasa pelik, sebab suara yang beransyid tu, bukan suara Uminya, neneknya atau Makdenya kan?:-)
Alhamdulilah.Doakan kami sekeluarga berjaya menerapkan persekitaran yang baik buat Aina ye.Sama-sama kita usaha.
Nota Naluri:
Sekarang tengah cuba habiskan blog ni,Cinta Rasul.Menarik sangat.Kagum dengan cara dia mendidik kedua-dua anak lelakinya sampai boleh tolong memasak.Siapa kata anak lelaki tak payah masuk ke dapur kan?
1 inspirasi naluri :-):
Wahh terasa sangat motivated.. Terima kasih atas sharing yer..
Dan alhamdulillah dapat mengetahui blog baru yang hebat!
^_^
Post a Comment