Thursday, February 28, 2013

Dakwah Itu Cinta

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


 Dakwah Itu Satu Cinta.

Saya berani katakan begitu rentetan peristiwa Isnin lalu dalam mengendalikan kes bicara pesaka.Terkesima saya mendengar kata-kata pegawai bertugas kepada anakguam saya.

"Dah berapa lama makcik makan harta anak yatim ni?"
"Bila nak bayar balik hasil dari anak yatim ni kepada waris yang hak?Atau hanya tunggu kematian?Tunggu malaikat?Tunggu Tuhan?"

Luruh jantung saya mendengarnya.
Dengusnya juga agak kasar.Kurang toleransi.Tak ada adab dari seorang yang muda kepada yang tua.Saya juga memahami konsep harta dalam islam.Sanggup berjaga malam untuk memahami konsep tersebut, ikhlas untuk membantu mereka yang diperlukan.Saya juga mahu dakwah dalam kerjaya saya sebab itu saya mahu selesaikan kes tersebut dari terus terbengkalai.

Ok.Noktah.Cukup sampai di situ.
Terpulang kepada kita untuk mengambil pengajaran di situ.
Semuanya tentang adab.
Wallahualam.



Dakwah Itu Satu Cinta kerana dalam menyampaikan pesanan amar makruf, kita perlu ikhlas, ada kasih sayang, mahu berkongsi kasih sayang dari Allah bersama-sama.Perlu dengan akhlak yang baik. Mahu memburu pahala itu bersama-sama.Usahlah mengurangkan pahala lagi berdakwah dengan cara yang agak keras.Itu lebih lagi akan melukakan hati-hati yang ada.

Keras dan tegas adalah perkara yang berbeza."Keras" dalam interpretasi saya, melambangkan keegoan, sombong dalam ilmu.Tetapi "tegas" tidak ada sifat kesombongan dan seumpamanya.

Ya, kita semua mahu menegakkan syiar Islam.Mahu jadi setegas Saidina Umar Al Khatab, tetapi biar pada tempat,masa dan situasinya.Ada keperluan untuk menjadi matang dalam setiap situasi.

Jadilah ular yang menyusur di bawah akar.Merendahkan diri tetapi masih berbisa.

Jadilah rumput yang tetap utuh walaupun ditiup ribut.Lembut dan berpaksi teguh di situ.

"Saya meminta CINTA, dan Allah memberi saya orang-orang yang bermasalah untuk dibantu"
-Salahudin Al Ayubi



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...