Friday, November 9, 2012

Ke Pasar Kurma

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Ketika itu lebih kurang dua minggu lagi walimatul urus adik lelaki saya.Souvenier tak settle lagi.Biasanya mana-mana majlis kahwin , mereka akan bagi bauhulu, kerepek, cupcake, ataupun muffin.Dek kerana kesempitan masa dan niat kami sempena awal Muharam nanti.Maka idea ini tercetus.Souvenier kurma, kacang dan kismis.Berasaskan makan sunnah.Kami mahu terapkan pemakanan sunnah dalam doorgift nanti.Semoga niat kami sekeluarga tercapai.

Ketika di walimah saya saya terapkan elemen beramal,dakwah dan ukhuwah iaitu menjamu anak-anak yatim, dan hanya lagu-lagu nasyid sahaja yang kedengaran. Konsep tenang.Lagu selawat Burdah menjadi tema kami.Tapi kali ini saya mahu terapkan konsep pemakanan sunnah.

Souvenier makanan sunnah dari pelajar perubatan UIAM, Kuantan.
Semuanya tercetus, ketika saya hadir ke klinik ibu mengandung sebelum ini, sekumpulan pelajar UIA menemuduga saya.Di akhir soal jawab antara kami, mereka bekalkan makanan sunnah dalam bekas mini dan diselitkan laminate doa amalan untuk ibu mengandung sebagai cenderahati.Alhamdulilah, ada lagi generasi muda yang sebegini.Sejuk hati rasanya.

Persoalannya di mana mahu mencari pembekal kurma di saat genting begini?

Pasar Kurma ada kat Kuantan ke?

Alhamdulilah, saya sudah tahu kedudukan kedai ini. tidak jauh dari rumah saya. hanya bersebelahan Tunas Manja Beserah.Al Aqsa Pasar Kurma.

Pasar Kurma Al Aqsa.
Kami diberi peluang untuk merasa kesemua jenis kurma yang ada.kurma Nabi RM120 sekilo. Kurma Cina RM12.00 sekilo.Kurma Safawi RM30.00 sekilo.Itu sahaja yang saya ingat.Kurma basah pun ada.Tapi saya dan adik lebih untuk memilih Kurma Safawi.Supaya tahan lama.Tak basah dan tak kering.Sesuai untuk semua tetamu.Generasi muda ataupun tua.Samada yang kencing manis atau yang ada darah tinggi.Pakcik kedai pun kata begitu.

Bila ditanya, "Banyak lagi tak Kurma Pakcik?"
Pakcik "Sekarang ni tak banyak sangat, lepas musim haji nanti ada banyak lagi.."
Hmm..Ada musimnya juga yerk..

Selepas tawar menawar, kami membeli 5kg kurma dengan harga borong RM28.00 sekilo.Kismis kami pun beli dengan harga borong RM28.00 sekilo. Harga asal RM30.00 sekilo.Kismis yang kami beli bukannya jenis kismis kecil-kecil.Tapi jenis yang besar-besar.Puas hati dapat makan kismis besar macam tu.

Tapi di kedai ini bukan sahaja kurma dan kismis, tapi semua makanan dari tanah Arab.Jus Delima, Habbatus Sauda.Semuanya dijual dengan harga borong.Saya juga mengamalkan Jus Delima, Madu sehingga sekarang.Biasanya harga runcit dalam RM22.00 tapi disitu boleh dapat harga dengan hanya RM15.00 sahaja.Murah kan.Lepas ni memang jadi pelanggan tetap dah kat sini.

Yeay dapat jus delima free..;-)

Selesai memborong kurma dan kismis, pakcik kedai bagi kami percuma dua paket jus delima untuk diminum.Tersengih panjanglah kami dua beradik.

Seminggu sebelum majlis nanti misi membungkus kurma pulak..

Semoga segalanya dipermudahkan Allah swt.

Nota Naluri: 
Tinggal beberapa hari lagi adik lelaki saya akan bergelar suami orang.:-)

8 comments:

cun09 said...

salam ^_^

idea yg bagus, tak terfikir sebelum nii nk bg kat tetamu makanan sunnah yeeaa...

Zuraidah Butang said...

kurma sgt bagos...coklat kurma lgk besh..heheh..sbb kurma banyak kebaikan kan.

izfanora said...

wah, kalau adik kawin, kakak mmg bz kan.. :)

masa ieza kawin hari tue, kami bagi juga kurma sebab kebetulan nak dekat ramadhan.

.ieLah. said...

bagus kan students uia kasi siap dengan doa tu.berguna jugak mase sakit2 ari tu pegang doa tu selalu.

tak ramai lagi kan bagi doorgift kurma. pasni bole la jugak tengok2 kat kedai tu.hehe

rumah yati kat mana ye sebenarnye?

Hayati A.G said...

akak cun09:
wslm..rindunya kat akak...

Hayati A.G said...

zuraidah butang:
aah kan coklat kurma pun best..
hari ni bawa bekal kek kurma :-)

Hayati A.G said...

izfanora:
ha tau takpe..nasib bek ada adik ramai...dah dibahagikan tugas2nya..
takdelah terasa sangat..

oh izfa dah buat dah hehe lg advance :-)

humble.yat said...

ielah..
rumah kat area hospital pakar kuantan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...