Wednesday, February 1, 2012

Aduhai Anak

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Saya teringat, dalam beberapa hari sebelum arwah abah meninggalkan kami, saya nampak dia berulang alik ke tandas, maka saya meluahkan rasa simpati saya kepada ibunda tercinta.Katanya, " Berjasalah selagi abah masih ada...".

Maka dari saat itu saya tekad untuk jaga pemakanannya, walaupun emak yang masak, saya cuma kata  "Abah, jangan makan yang itu..makan yang ini aje.".Dan ianya dibalas dengan senyuman abah, "Sayang jugak kakak kat abah ye.." Pada waktu arwah abah ada batuk-batuk ada demam-demam sahaja, dan "kakak" itu adalah panggilan keluarga untuk saya,

Saya pula hanya mampu tersenyum dan menahan sebak.T.T

Kalau ada sesiapa yang perasan "quotes" di profil saya "Mahu Berjasa Selagi Ada Nadi".Ilhamnya adalah dari kisah di atas.Jadi...

Sejauh mana bakti kepada ibu dan ayah kita sepanjang umur kita yang masih ada?
Sebanyak mana kasih yang dicurah oleh kita kepada ibu dan ayah tercinta?
Sejauh mana kita menjaga nama baik ibu dan ayah kita?
Adakah kasih anak itu melalui kiriman wang secara banyak?
Panggilan telefon setiap hari?Menjenguknya di kampung?
Atau dari keikhlasan hati kita?

Tentu jawapannya keikhlasan hati kan?Dari hati yang ikhlas, barulah datang semua perbuatan, seperti berhubung dengan ibu dan ayah melalui telefon, dan video  call. Zaman sekarang kan dah canggih manggih.Alhamdulilah.Jadi gunakan teknologi dengan sebaik-baiknya dan seada-adanya.Mengunjungi di kampung dan membantu dan meringankan tugas-tugas mereka.


Ketika saya di matrikulasi, kami sering diingatkan oleh Fellow. Wajib telefon ibu ayah di kampung dua kali seminggu, atau paling kurang sekali seminggu jika sibuk sekalipun.Masa itu hanya telefon awam sahajalah yang ada.Duit syiling yang banyak-banyak dalam satu beg kecil dihabiskan semata-mata untuk berborak dan melepaskan rindu.

Nah, zaman sekarang kan sudah ada pelbagai telefon canggih manggih ,tak perlu lagi nak kumpul duit syiling banyak-banyak kan?kan lagi senang?Cuma tanya hati kita sama ada ikhlas atau tidak aje kan?:-) Hendak seribu daya , tak nak seribu dalih.hehe.

 

Ok.Saya tergerak hati nak kongsikan video Ceramah Ustaz Don. Anak Asset Ke Neraka Atau Syurga.Yang menarik hati saya, hanya anak-anak yang mampu menjaga aib dan maruah keluarga dan dari amalan-amalan anak-anak yang soleh akan membantu ibu bapa mereka di akhirat kelak.Adakah kita sebagai anak sudah punya amalan yang soleh untuk bekalan mereka?Adakah kita cukup baik dalam menajga maruah mereka sama ada dari segi perbuatan dan sebagainya.

Banyak lagi point-point yang penting, yang seorang anak itu perlu tahu bagaiaman hendak menguruskan jenazah ibu dan ayah mereka, tahu membacakan tahlil dan talkin, dan macam-macam lagi.Jangan lupa hayati ceramah itu tau, apa-apa yang baik kita kongsikan sama-sama.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 
Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)


 

3 comments:

izfanora said...

sayu dgn entry nie..

ibubapa adalah segala-galanya. kita kena cuba yang termampu utk membahagiakan mereka dunia akhirat.

cun09 said...

salam dik...

n3 yg "canteeq" syukran...

~~ akak ada kongsi 2 ceramah niii...
http://cun09.blogspot.com/2011/12/rehat.html

suri said...

selagi ada saya bgtu juga sering call rasa rindu jer ni ada depan mata cuma jauh...tapi klu rindu tu mgislah juga heeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...