Friday, April 26, 2013

Jemputan Majlis Perkahwinan & Pertunangan

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Buat rakan seperjuangan saya, yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada hari esok, ucapan tahniah di hulurkan, "Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia hingga ke syurga kelak "

Suka "captionnya"!Tidak hanya salah satu...
Tapi apakan daya, ada aral yang meyebabkan kami sekeluarga tidak dapat ke sana.Ikut hati mahu sahaja meraikan kamu berdua, Fiza (Chini) dan Tini(Raub).

Kedua-dua mereka ini masih jadi peguam.teruskan perjuangan kita, walaupun adakalanya sukar juga kan?:-P

Tini (Raub) di hari "besar" saya sebagai pengapit.
Buat Tini, ikutkan mahu sahaja terbang ke Raub.Tapi ada aral, Insha Allah ada hadiah yang ingin dikirimkan buat antum berdua sebagai pengantin baru.Tahniah!akhirnya bertemu dengan "prince charming".Semoga perkahwinan nanti sentiasa diberkati Allah swt.

Fiza yang bertudung hijau!
Gambar di atas, masa kami buat rombongan je rumah Alin di majlis perkahwinannya.Kira zaman solo-solo dululah.hehe.

Selamat Pengantin Baru juga buat Fiza dan suami..Semoga Bahagia dunia akhirat...!Fiza ni dah dikenali sebagai superwoman di kalangan kami, sebab dia amat komited dengan kerjanya dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara..:-)

Akhir sekali, selamat bertunang buat sepupu, Shafiqah, bertunang pada hari esok.Alhamdulilah, Insha Allah, Allah dah jadikan dia yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya.Semoga majlis berjalan lancar pada hari esok.Amin!

Agaknya, dapatkah saya sekeluarga menghadiri satu lagi majlis perkahwinan saudara arwah abah kami?Harap-harap dapat pergi, sekurang-kurangnya dapat menambah pahala silaturahim di antara kami.In sha Allah..:-)

"Apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana Allah itulah kebahagiaan.."

Nota Naluri:
Alamak..Big Bad wolf ada di SASICC Zenith, Kuantan...!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...