Thursday, July 11, 2013

Selamat Hari Lahir Emak!

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Tiga Generasi..

Hari ini pakai jam nak pergi bekerja, tengok tarikh, 11 Julai!Dengan segera cium mak dengan ucapan hari lahirnya yang ke 53.

Selamat hari lahir Emak.Tahun ini tahun pertama ibunda tercinta meraikan hari lahir dengan cucu kesayangannya, Aina Syafiyah! Alhamdulilah.Semoga emak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah swt.

Sayang emak dulu kini dan selamanya.Penasihat terbaik untuk saya dalam segala bidang.Kalau saya lemah semangat untuk bekerja, katanya "Pergilah, kata berkhidmat untuk masyarakat..".Hehe..

Semua nasihat mak memang terbaik dan takkan dilupakan sampai bila.Semoga Allah memberikan kekuatan untuk ibunda tercinta dalam mengharungi hari yang mendatang. Ameen!

4 comments:

Hisyam Muhibah said...

Terus lah kita amalkan doa untuk kedua ibu bapa : Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

humble.yat said...

Insha Allah..Ameen!:-)
semoga doa itu tak pernah lekang di hati kita..:-)

encikarman said...

jgn lukakan hati mak ya. jaga bebaik tuh

humble.yat said...

encikarman:
Insha Allah...terima kasih..;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...