Monday, July 15, 2013

Menjahit Jubah

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Alhamdulilah, atas galakan dan dorongan ibunda tercinta dan zauji, saya menyertai kursus jahitan jubah selama dua hari di Pekan.Jauh tak? Di samping mengeratkan silaturahim antara peserta (yang mana di anjurkan oleh rakan sekerja zauji), di samping menziarahi kubur arwah abah..:-) Terima kasih zauji, bawa kami menzirahi pusaranya di petang hari, dan jaga Aina Syafiyah sepanjang dua hari..:-)

Ok.Saya ada ajak adik join sekali.Dia mahu buat jubah berzip belakang.Dan saya mahu buat jubah berbutang di depan, supaya senang nak menyusukan Aina.

Sebenarnya dah lama mencari tutorial atau sesiapa yang pandai meng"alter" jubah biasa kepada jubah nursing.Makanya, di sinilah tempatnya saya mendapat bertemu cikgu Arissa untuk mempelajari teknik tersebut.Terlalu banyak jubah biasa tersimpan di dalam beg, sebab tak dapat nak pakai semenjak menyusukan Aina, hanya pakai jubah yang berbutang sahaja.Lepas ni boleh pakai balik .hehe

Seronok betul bila dah belajar jubah butang.Kami belajar mengukur, deraf atas patern (yang ni susah dan pening sikit) dan  Cikgu Arisa dengan baik hati bagi standard size dan formula.Kemudian cantum kan badan jubah, lengan, dan lidah butang kemudian "piping leher" (yang ni saya failed, beberapa kali tetas sebab tak jadi, tapi bolehlah..hehe nanti nak baiki balik..)

Daripada pattern jubah, kita boleh jadikan dia blouse, mini jubah.Ha, seronok tak.Dan Kursus jahitan jubah adalah yang pertama ada untuk orang awam, maka kami lah peserta pertama yang dapat modul ni.Lagi seronok kan?hehe Alhamdulilah!

Mulalah saya merancang strategi nak ....
(i) "alter" jubah kat rumah bagi memudahkan proses penyusuan Aina, 
(ii) rancang nak buat blouse kat Aina raya nanti, ataupun buat baju jalan-jalan.
(iii) mahu buat jubah/blouse sendiri..

(^_____^)

Nota Naluri:
Cikgu kata menjahit mendidik kesabaran.Saya ada juga give up masa buat piping leher jubah, berehat  cium peluk Aina, solat kemudian sambung balik..Fuh!tercabar rasanya kesabaran di situ..


10 comments:

Shakina Farhan said...

teringin sgt nak masuk kelas menjahit..huhu..boleh la nt yati buat tutorial kat sini..hee

humble.yat said...

insha Allah, kina..akan dikongsikan bila projek dah siap..hehe boleh je nak join kelas ni..pakat dengan mommy2 kuantan-pekan masuk kelas ni buat baju menyusu hehe..nanti boleh set dengan cikgu date and venue..:-)

suri said...

syukur saya daha da geng jahit jubah tapi sy tak pi kelas pun heee...mmg saban tahun sy buat jubah kembang payung mudah nak kejar anak heee..depan tu mmg bt butang kecil2 tu :)

selamat membuat jubah yang hum :) selamat berpuasa yer

Asz Miza said...

Bestnya dapat belajar menjahit..lagi best kalau dapat belajar cara alter baju so boleh jadi nursing wear..:)

encikarman said...

tomelnya awak nih... hikhik hik

p/s: utk lebih best lagih, letakkan kotak komen bwh post. tq

humble.yat said...

encikarman:
huhu..yg tomel itu adik sy..

tulah tak sempat nak godek utk buat reply komen bwh post huhu..

Insha Allah akan diusahakan..:-)

All about a journal said...

bestnya..akak teringin nak menjahit..tapi asas zero..takat jahit baju koyak ngan butang je boleh huhu..

aini sharina said...

Salam sis, blh tak tutorial nk alter jubah biasa ke nursing..tq

aini sharina said...

Boleh tak tutorial nk alter dress biasa jd nursing?

humble.yat said...

aini shahrina:
Insha Allah..nanti akan diusahakan :-)
sy buat tambagh zip biasa dan butang aje..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...