Wednesday, July 31, 2013

Cabaran 10 Malam Terakhir

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

[kredit]
Fuh!Tabir Ramadhan semakin berlabuh menanti Syawal yang akan menjelma.Sedikit sebanyak ada rasa sayu di hati.Kadang-kadang rasa tak nak dengar lagu raya, yang semakin meriah berkumandang di mana-mana, radio, televisyen , bazar ramadhan, pasaraya.Alangkah indahnya jika  yang berkumandang itu hanya alunan ayat Indah dari Al Quran.

Memang kita ini hanya insan biasa.Bagi mereka yang bermujahadah sungguh-sungguh, pasti akan dapat mengkhatamkan Al Quran,pasti dapat melakukan ibadah sunat yang banyak-banyak bagi bekalan kita di "sana" nanti, kerana di bulan Ramadhan ini pahalanya berganda.Inilah "saving" dan "investment" sebenar seorang hamba sebagai pemburu malam 1000 bulan .Bukan sekadar hakikat.

Melakukan ibadah dari segala sudut, penjuru di samping mendidik iman dalam diri.
Selain itu kita boleh banyakkan zikir.

Bagi yang masih ada anak kecil, masih ada ruang untuk kita beribadah, berzikirlah selalu dengan anak-anak.Biasakan anak kecil itu dengan persekitaran memuliakan Ramadhan.

Teringat satu forum, katanya kita ni selalu mencari tanda malam lailatul qadar(macam air sejuk, hari yang redup) tapi tidak berusaha ke arahnya.Maka, berusahalah walau dengan sedikit zikir, kerana setiap zikir itu pahalanya berganda.

Cabaran
Ramadhan kali ini memang mencabar bagi saya, mempunyai anak kecil, ruang untuk memprivasikan diri dengan NYA agak terhad,Tetapi saya sentiasa ingatkan diri, saya tak perlu mengehadkan diri, tetapi saya perlu berkongsi dengan si kecil Aina.Berzikir sama-sama, bertadarus sama-sama, kalau boleh nak solat sama-sama dengannya, bersahur dan berbuka puasa supaya kami sama-sama dapat ganjarannya.Bukan tamak seorang diri.Bukankah sharing is loving?

Puteri 10 malam terakhir ni dah setahun dah (kalendar hijriah-20 ramadhan)
Adakalanya Aina juga bangun tengah malam dalam 2.30-4.00 pagi semata-mata nak bermain.Saya cuba ingatkan diri, bahawa Allah swt rindu dengan kami, maka aktiviti bangun tengah malam, digantikan zikir.memang itu yang saya niatkan.Tetapi kadang-kadang saya kalah juga , tertidur dan zauji pula yang tidurkan Aina :-P. Terima kasih ye.

Zauji pula selalu ingatkan saya .Memang kita letih, mengantuk,tapi cubalah lawan mengantuk tu dan bangun.

Mak benarlah, makin melalui malam-malam terakhir Ramadhan, makin banyak cabarannnya, dugaannya. walaupun sekecil sakit perut, pening kepala dan kesibukan kerja yang semakin berganda.Cuma iman kita yang akan sembuhkannya kembali.Allahuakbar..

Wallahualam.

Nota Naluri:
Oh Ya.Aina, dah setahun malam 20 Ramadhan hari tu.Alhamdulilah!Perjuangan membesarkan tidak pernah berhenti.Semoga Allah merahmati:-)

1 comment:

Badrina Ibtisam said...

Betul2. Akhir2 ni dh mula dh dgn lagu raya..
Tapi ada baiknya kalau mengumandangkan ayat2 suci al-Quran.

Moga terus kuat untuk 10 malam terakhir ini.

Btw Aina comellll sangat! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...