Tuesday, May 28, 2013

Hantu @ Ulat Buku Big Bad Wolf!

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt.

Pilih jangan takk pilih
Kami suami isteri ni hantu buku, kalau ada pameran memang mencari masa untuk pergi membeli satu dua buah buku pun jadilah.Keluarga saya, pun, emak, adik-adik pun semua hantu buku.Sebab arwah abah dah didik kami dengan budaya sukakan buku ataupun budaya membaca

Ketika kami adik beradik pandai membaca, mesti arwah abah ada membawa buah tangan untuk anak-anaknya, buku!Tak kisahlah buku apa pun, janji dapat baca.Cuti sekolah pun berkubang dengan buku.Teringat pula koleksi buku-buku sirah nabi dan khalifah.

Jadi Big Bad Wolf Di SASICC Hotel Zenith, Kuantan yang berlangsung baru-baru ini, membuka peluang kami.Kami difahamkan banyak terbitan-terbitan antarabangsa.Ingatkan mahu mencari buku kraf ataupun motivasi.Tetapi tak berjumpa dengan pilihan hati saya.Suami pula mahu cari bahan untuk kajiannya.

Ok dah selesai beli buku.Nak balik dah..
Aina, kami bawa guna baby carrier, abinya yang kendong.Maklumlah tempat sesak.Senang nak menyelit dan bergerak bebas.Suka sangat baby carrier, tapi pastikan selepas satu jam, kena keluarkan balik untuk tujuan kesihatan anak-anak. Kemudian baru letak balik dalam baby carrier tu.

Akhirnya target cari buku pendidikan untuk Aina, nak beli buku aktiviti, tak sesuai lagi untuk umurnya kan, kalau tak mahu juga ambil 10 buah, sebab murah.Jadi cari buku Aina yang warna warni, tidak mudah terkoyak, yang penting isinya.Sebab perlu ditapis juga, ada isi kandungan yang berunsurkan bukan agama Islam , jadi tak sesuai kan?Memang kena hati-hati.

Tiga buah buku, semuanya berwarna warni tujuan untuk mencerdaskan minda.In sha Allah.Cukuplah tiga buah buku ni.:-) Yang lain, nak kumpul koleksi buku-buku yang lain pula macam Muqaddam bergambar. :-P

"Bacalah dengan nama Tuhan Mu yang menciptakan"


10 comments:

epitjack said...

banyak ke borong buku kat BBW yati? BBW memang murah sangat. aku pegi hujung bln 12 thn lepas kat the mines. BBW ada 3 million books masa tu.juling jugak la mata mencari buku. sampai 2 kali aku kena pegi.
rasanya kali ni BBW tour Penang, Pahang, Melaka & Johor sbb nk jual 3 million books tu la kot. tp BBW tak singgah Ipoh pun...huhu

izfanora said...

seronoknya.. dah lama xpergi kedai buku..

akubiomed said...

Ramai kata harga buku lebih murah dari harga pasaran. Ada sahabat blogger yang ulat buku siap bawa bag bagasi. :-)

suri said...

salam..

pkbar?
wah bukan tipu tpi legi benar sy mmg ulat buku .dia baca surat akhbar sy dn anak buku2 oklah tu hum..

selalunya time ni best beli buku klu tak cukup sebakul mmg tak sah tpi tgok jnis2 buku jugakan..

selamat mmba utk ank manis tu

humble.yat said...

epit: takdelah borong..beli je mana yang praktikal untuk di baca...hehe
memang kena bawak bagpack kan sebab semuanya murah!dah keluar pun boleh terpandang lagi buku2 huhu..

humble.yat said...

izfa: seronok!kat ofis bi ada kedai buku, seminggu sekali mesti meyinggah hehe..

humble.yat said...

akubiomed:
memang murah sgt..memg patut beg tarik tu kalu betul2 nak borong buku, murah sgt..tp buku cerita berbaloi jugak beli..hehe

humble.yat said...

suri: wslm khabar baik alhamdulilah..meja tetap penuh, tapi tetap nak update bloh sebb dah darft waktu lapang hehe..

anak manis tu buka tutp buku je, pastu suka dgr uminya bcakan hehe

epitjack said...

dah 2 tahun pegi BBW aku memang bawak beg sendiri. tapi next time pegi memang kena bawak troli pi pasar tu la kot. sbb senang nk heret..hehe =)

All about a journal said...

adeii..sama kita..boleh pengsan sebab rambang mata kat tempat macam ni.. alangkan kat popular jusco pun pejam2 mata ambik je..ni kan big bad wolf yg feymes ni..memang 'bad'..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...