9/14/10

Hikmah Tragedi Pembunuhan Sosilawati..

BY humble.yat IN No comments


Baru-baru ini kita digemparkan kes pembunuhan secara kejam jutawan Sosilawati dan rakan-rakan perniagaannya, peguam, pegawai bank CIMB dan pembantu peribadi beliau. Al-Fatihah untuk mereka dan sekalung takziah buat keluarganya.Semoga mereka dapat menerima hakikat ini dan tabah dan kuat dalam menghadapi ujian dariNya. Sesungguhnya terdapat banyak hikmah yang tesembunyi di sebalik tragedi ini yang belum kita lihat dari pandangan mata hati.

KEKUATAN DOA UMAT ISLAM
Bayangkan sahabat-sahabat, pembunuh kes ini telah menghilangkan dan membunuh empat orang sebelum ini dengan melakukan ritual pembakaran mayat dan membuang abu di sungai yang berdekatan.Tetapi kenapa kes terdahulu tidak dapat dibongkar?Kenapa apabila ianya terjadi pada empat individu Islam di bulan Ramadhan, baru kes ini terbongkar walau betapa liciknya si pembunuh tersebut.
 
"Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat"

Apa yang saya lihat, rahsianya adalah kekuatan doa dan solat hajat yang dilakukan oleh seantero umat Islam di Malaysia.Semua orang pasti mendoakan keajaiban berlaku terhadap mereka, tetapi akhirnya apa yang polis temui bukti-bukti kematian mereka walaupun ianya merupakan tulang-tulangan.Memanglah tidak dinafikan, kita pasti kecewa dengan pengakhiran tersebut. Tetapi, pandanglah dengan mata hati, sesungguhnya, ALLAH telah memakbulkan doa kita melalui penemuan tersebut walaupun buktinya hanya sebahagian kecil sahaja. Bahkan suspek-suspek telah mengaku kesalahan jenayah terulung mereka.Tambahan pula, polis dapat mencari si pembunuh tersebut secara terus, dan urusan ini  telah dipermudahkan melalui doa kita.



Sabda Rasullullah s.a.w 
"Apabila hamba Allah telah menyintai hambaNya itu dan Allah ikatkan balaNya ke atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa maka para malaikat pun berkata; Wahai Tuhanku, sampaikanlah hajat hambaMu itu. Allah menjawab:Usah campuri urusan hambaku itu.  Sesungguhnya aku cinta dan sayang mendengar suaranya berdoa dan bermunajat. Apabila hamba itu berkata:Wahai Tuhanku!Maka Allah menjawab:Selamat dan bahagialah wahai hambaKu.Tidak kamu seru sesuatu melainkan Aku perkenankan buatmu."

Wallahu 'alam.


0 inspirasi naluri :-):