Wednesday, February 23, 2011

Sabar Itu Akhirnya Berbuah



Entah kenapa saya suka mendengar lagu Tombo Ati yang dilagukan Opick itu berulang kali tanpa jemu, hajat di hati ingin cuba merealisasikan lima perkara tersebut walaupun saya tahu saya tidak punya kekuatan untuk melakukan semua itu .Saya post di dinding facebook sebagai satu perkongsian.

Seorang kawan saya rajin pula menceritakan sejarah lagu Tombo Ati , yang merupakan gubahan pendakwah terkenal di Indonesia Sunan Bonang yang menyebarkan dakwah melalui lagu. Saya difahamkan, keadaan masyarakat pada masa itu kuat dengan pengaruh Hindu, jadi beliau mula menyebarkan dakwahnya dengan memasukkan unsur Islam dalam persembahan seni.

Tapi apa yang menyentuh perasaan saya, kesabaran Sunan Kali Jaga (salah seorang dari Wali Songo), anak murid Sunan Bonang.Adakah kita mampu mempunyai kesabaran seperti itu, hendak menuntut ilmu sehingga sanggup menunggu walaupun aras Sungai Kali itu hampir ke hidungnya(betulkan saya jika silap).

Rakan saya  mengadu masalahnya, memang agak rumit, cuma apa yang saya katakan, bersabar walaupun kita nampak seperti ditindas, walaupun kita nampak seperti orang teraniaya dan lemah, serahkan semuanya pada Allah. Sampai masanya dan ketikanya, Allah s.w.t akan tunjukkan siapa yang benar siapa yang salah.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Cuma kita tak tahu, bila kesabaran itu kan berbuah.

Tengahari itu rakan saya mengajak makan tengahari.Katanya,"Yati, Betul kata awak, kita kena banyak sabar!" Balas saya "Sabar macam Sunan Kali Jaga ke?" .Kami sama-sama ketawa sambil mengimbas kembali kisah Sunan Kali Jaga.

Kisahnya amat menakjubkan dan banyak konflik yang berlaku.Cuma apa yang saya coretkan hanya sebahagian sahaja. Kisahnya membuat saya meremang bulu roma seketika.Subhanallah, terjadi asbab-asbab yang tidak disangka.

Biasanya dia akan balik bekerja pada waktu malam, dan selalu ditinggalkan keseorangan di pejabat tanpa pengetahuannya dalam keadaan pintu pejabat yang tidak berkunci. Sangat-sangat berisiko untuk perempuan!

Cuma , pada hari kejadian, dia mengalami keletihan yang luar biasa dan memgambil keputusan untuk pulang awal.Dan esoknya, dia mendapat berita, ada seorang lelaki cuba menelek-menelek ke pejabatnya selepas waktu bekerja, cuba menanggalkan bajunya, dan pada masa itu seorang rakan sepejabatnya yang sering meninggalkannya keseorangan di pejabat melihat gelagat si lelaki misteri itu.

Padahal itu baru pertama kali rakan sepejabatnya berseorangan.Sedangkan dia yang sering ditinggalkan dan pulang hampir lewat malam setiap hari, tiada pula kejadian seperti itu.Subhanallah, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar dan yang teraniaya dan Dia tidak akan membiarkan hambaNya keseorangan.





2 comments:

ztie said...

saya suka dgr lagi opick :)

syg dh tuka link daripada
duckandrun1303.blogspot.com

kepada

ztieshr.blogspot.com

humbleyat said...

tula ..lagu opick ni dtg dri hati kan?sebab tu sedap didengar..;-)

nnti sy lawat link ztie yerk:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...