Tuesday, March 8, 2011

Alhamdulillah! Our Khitbah@Betrothal


Alhamdulilah, berbekalkan pagi yang sangat tenang majlis "khitbah" berakhir dengan sempurna, cuma saya sahaja agak gementar, biasanya petah berbicara tetiba sahaja membisu 1000 bahasa.Mungkin agak gugup sedikit atau itu adalah kelemahan diri.

Terima kasih Pak de, Pak Njang, Angah dan Along dan semua wakil sebelah kami...Sayang semua!

Bersama ibu-ibu..:-) 


Personal Assistant yang sangat best!Terima kasih adik he2..dan Selamat Hari Lahir yerk:-)

Alhamdulillah!

Jutaan terima kasih buat sahabat saya Maslina , Hartini atas sokongan moral buat saya yang naif ini.:-) Buat ibunda tercinta, adik-adik tercinta, sepupu-sepupu yang samggup jadi perunding imej, jurugambar rasmi dan susun atur majlis.Alhamdulilah!Hanya Allah sahaja mampu membalasnya.

Sebenarnya terlalu banyak kejadian di belakang tabir yang tidak disangka;
  •  Servis kanopi, tak minta pun warna biru keunguan, tapi yang dihantar biru keunguan, matching!
  •  Katering- skirtingnya pun biru juga,tak pernah request juga warna biru.
  •  Perkhidmatan katering dan kanopi tak sesat ke rumah saya.Alhamdulilah!
  • Warna hantaran perak keunguan, adalah "on the spot" tanpa dirancang, hanya mengikut naluri ibu dan anak.
  • Pakaian-hasil deria keeenam sahabat baik saya, dan saya yang pertama memakainya.Dia tahu aura biru saya agak kuat..:-) Terima kasih banyak-banyak Mas.Klik kat sini untuk ke blognya.
  • Jurugambar-Gambar-gambar diambil oleh sepupu saya, Aishah yang baru sahaja tiba dari India (bakal doktor) yang tiba lebih awal di Malaysia dari rancangannya dengan kamera DSLR kesayangannya.
  • Adik saya tiada tiket balik ke rumah, namun berjaya memperolehi tiket dari satu negeri yang lain dan sampai tepat pada masanya sebelum majlis bermula.
Nota: Ops..He is my silent reader blog too..:-) Thanks for your support!

"Bila takdir mengalahi takbir.Subhanallah!"


8 comments:

Siti Khadijah Mn said...

waa...nak kahwin dah dia...tahniah...saya baru je habis kursus kahwin tp kahwinnye xtau lagi bile..hehe

Aida Ismail said...

kak yati! tahniah sangat sangat. Alhamdulillah. hehe, majlis june kan? tarikh bila? cikda mungkin boleh pergi, sebab i'll be in Malaysia on 14june. hehe. *excited*

khairolghani said...

tahniah..bila nak langsung?

humbleyat said...

Sitikhadijah MN;
Terima kasih:-)Blum lagi siti..T.T..
tapi doakan yg terbaik utk kami yerk..

takpe gi kursus kawen awal,,dapat ilmu kan?

humbleyat said...

Aida:
wah..terima kasih aida, adik yg sorg ni sama2 excited jugak yer..k...nanti gathering kat pantai timur yerk..

nnti k.yt info the further notice:-)

humbleyat said...

khairolghani:
:-)nnti sy jemput khairol yerk..

Srikandi said...

salam kak yati..mabruk...

mg kebahagiaan menjadi milik kalian..melakar cinta dalam keredhaanNya..mg dipermudahkan segala urusan...

humbleyat said...

Srikandi@Aida:
wslm aida.syukran jazilan:-)

ameen atas doa2 nye..sgt memerlukan doa2 kalian:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...