Monday, November 7, 2016

Update Diari Biru Abah

Assalamualaikum wbt
Bismillahirahmanirahiim

Maafkan akak sebab lambat update diari biru abah di sini. Tahun ni banyak suka duka berlaku atas keluarga kita.Tapi ini semua ujian Allah untuk melatih kami supaya lebih kuat, Insya Allah.

Walimah Basirah & Jihan

Alhamdulilah , pada 5hb February 2016, abah dah dapat menantu lelaki kedua, Jihan,Insya Allah dia akan menjaga Basirah sebaik mungkin.Orang Johor, berdarah jawa, abah kan nak menantu orang Jawa,.Sampai juga hajat abah bermenantukan orang jawa..Jangan marah ye Basirah dan Jihan.Kenduri Basirah juga dilakukan di rumah kami untuk pertama kali.Berdebar rupanya nak menyambut “menantu baru” di rumah baru ni.



Kemudian, anak bongsu abah, Aizuddin telah menamatkan pelajarannya di KIPSAS, Diploma Teknologi Maklumat dengan Anugerah Khas Kecemerlangan Yayasan Pahang.Kalau abah ada, mesti abah senyum tak henti kan.Alhamdulilah kami semua hadir ke majlis konvokesyennya.Sekarang Aizudin baru sahaja melanjutkan pelajaran ke UTEM, bahagian Network Security .Berat juga dengar nama course tu.Okla tu, dia pun memang minat bahagian computer ni.Lega sangat  dia kuat untuk sambung pelajaran setelah bekerja hampir satu tahun bekerja  di Kuantan.



Ketika pendaftaran, Angah dan keluarga je yang menguruskan Zudin.Dah Nampak sangat kewibawaan Angah menjaga kami semua.Mak dan akak tak dapat nak ikut, sebab masih dalam tempoh berpantang.

Hari pertama di UTEM

Sebelum pendaftaran ke UTEM, Zudin ada mengalami kemalangan, pengsan di tempat kejadian, ditahan di wad untuk satu malam.Berjahit juga di mulutnya.Dalam pada masa yang sama, akak juga ada di hospital room in dengan cucu baru Abah yang paling istimewa, Adhwa Zinnirah.Sebulan juga cucu abah berkampung di hospital atas kesihatan yang tidak memberangsangkan.Idah pula tengah berkejar untuk outstation di Iraq.Menantu abah yang hantarkan setelah semalaman selesaikan urusan zudin.Memang masing masing tak cukup tidur, penat .Tak terkata rasanya.

Idah dengan baju kalis peluru
Alhamdulilah, Idah dah selamat pergi dan balik dari Iraq.Bukan senang dapat pergi Iraq sebab Iraq bukan Negara pelancongan.Tetapi yang mempunyai tugasan sahaja yang dibenarkan untuk ke Iraq.Adalah pengalaman memakai baju kalis peluru yang beratnya hampir 10kg. huhu..Kami dapat kurma fresh dari Iraq, memang best rasanya.Idah pun dah ambil talent abah, photographer dan sains.Perhi ke iraq untuk sebarkan sains.Hebat kan, abah? Doakan Idah dapat jodoh yang baik bila tepat waktunya. Aamin Ya Rabb Alamin.

Konvokesyen di USM
Alhamdulillah juga kerana anak manja abah, Halimatun juga telah menamatkan ijazahnya di USM dalam bidang Dietetik. Majlis konvokesyen di Pulau Pinang.Yang hadir dalam dewan menyaksikan penyerahan skrol ialah Idah dan Basirah sebab mak tak larat dah nak jalan jauh, akibat Rheumatid Arthritis dan Osteoarthritis yang di alaminya.Akak pun tak dapat turut serta ke majlis konvokesyen Matun memandangkan cucu abah masih perlu dikuarantin dan pemantauan rapi dalam tempoh setahun.Syahdu juga rasanya, sebab inilah satu satunya konvo adik adik yang akak tak dapat pergi.Tapi kuatkan hati sahaja.Insya Allah, doakan yang baik baik untuk mereka.

Walaubagaimanapun, pada awal tahun ini juga, Tok dan Pak Andak telah meninggalkan kami, meninggal dunia di bawah jagaan Mak Su Ros.Alhamdulilah, berkesempatan menguruskan jenazah Tok. Insya Allah, semoga mereka digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tetapi yang paling sedih, bila kami melalui kampung, memang rasa sunyi, rumah di kampung sudah terbiar tanpa jagaan. Insya Allah satu hari nanti kami akan hidupkan semula suasana di situ.

Semoga arwah abah juga bahagia di sana.

Al Fatihah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...