Wednesday, December 22, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!



Sebagai menyahut seruan "Cover Your Aurat Campaign Show Your Support" oleh Asyfiqaz, saya pasti  rata-rata semuanya mengetahui konsep aurat bagi wanita memakai tudung, dan lelaki , auratnya dari pusat ke lutut.

Tapi, janganlah hanya sekadar memakai tudung untuk menutup rambut sahaja atau sebagai trend, labuhkanlah tudung dan pastikan  tudung itu tidak jarang sebagaimana firman Alah s.w.t. dan hiasilah diri kamu secantik tudung yang disarung.

Namun, seringkali berlaku situasi begini, bilamana kita berhadapan dengan saudara atau sepupu lelaki( bagi perempuan khususnya), tudung ini seringkali diabaikan atas alasan, "Ala...dari kecil dah biasa, dah macam adik beradik dah, takkan nak pakai tudung juga.." atau "Tak bolehlah pakai tudung deapn diaorang, rasa cam pelik je sebab dah biasa.."

Janganlah menjadikan kebiasaan sebagai teman sejak kecil itu sebagai penghalang menutup aurat ye.Laksanakan perintah wajib ini.Bukanlah sekadar menunggu "seru" dan petunjuk kerana petunjuk itu sudah jelas di keliling kita.Ada Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber kita.Nah, mahu sangkal lagi tak dapat "seru"?

Satu situasi lagi, maaf andai kata anda terasa, tapi inilah yang sering saya nampak di rumah bujang perempuan terutamanya, apabila menjemur kain di hadapan rumah.Walaupun hanya di koridor, tutuplah aurat kamu ye.Jiran-jiran lelaki kamu memerhati dalam diam, mungkin dari daun-daun tingkap rumah mereka tanpa sedar.Kan, tak manis begitu untuk imej muslimah kamu.


pic comel dari En. Google


"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(Al Ahzab : 59)


7 comments:

SumaiyyahAbidah said...

Nice post!

Ramai yang abaikan isu aurat bila berhadapan dengan ahli keluarga yang bukan mahram. Jiran-jiran pula, ada yang kurang faham dan suka menjengah tanpa memikirkan orang perempuan dalam rumah yang semestinya tak memakai tudung. Nama pun rumah sendiri... (berdasarkan pengalaman sendiri...

Anyway, nice blog! Salam ukhuwwah

humbleyat said...

Sumaiyyah:
Terima ksih byk2 sumaiyyah..

setuju sgt,ramai yang xperasan isu ini.tapi bab jiran yg terjah, mungkin kita perlu sediakan tudung di tempat yg mudah untuk dicapai :-)

asyfiqaz said...

thanks for your support!
semoga usaha kita diberkati Allah =)

suri said...

indahnya menutup aurat itu terhindar dari fitnah :)

humbleyat said...

asyfiqaz:
sama2..amin..:-)
bagus usaha asyfiqaz tu..;-)
teruskan perjuangan yerk..

suri:
betul..Islam sendiri pun dah cukup indah:-)

Anonymous said...

semua post akak semua bermanfaat utk sy..akak ada fb..bnyk soalan yg sy nk tny kat akak......

humbleyat said...

anonymous:
terima kasih byk2..akak pun belajar jugak dr mereka yg berpengalaman..
fb..?hmm..bagi email adik dulu, then akak bg id fb akak k?:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...