Friday, December 31, 2010

Sambut Krismas Melalui Identiti Seorang Muslim


Saya sekeluarga serba salah apabila kami dijemput jiran ke rumahnya yang menyambut Perayaan Krismas.Terfikir di hati saya, halalkah makanan yang mereka hidangkan?Bersihkah?Tetapi setelah membuat "research", saya menjumpai jawapan yang sesuai .Sahabat-sahabat semua boleh klik di sini dan di sini untuk membacanya lebih lanjut .

Apa yang menggembirakan hati saya, jiran kami seperti tahu yang kami agak waswas hendak menjamah makanan di rumahnya,lalu dia menempah makanan yang dimasak orang Islam, memasak ayam dari yang telah disembelih.Jawapan itu menghilangkan kegusaran kami.Berkali-kali dia meyakinkan kami sekeluarga.

Inilah hidangan mereka .:-) ada 4 pilihan...

Tambah-tambah pula kami berjiran sebelah pintu dan mereka bukanlan golongan "harbi", dan niat harus dibetulkan iaitu semangat kejiranan harus dipupuk.Apatah lagi mereka sering membantu kami walaupun berlainan agama. Saya juga mahu menunjukkan Islam itu mengajar kami hidup bermasyarakat dan menghormati jiran-jiran. 

Indahnya hidup bermasyarakat kan?
Jiran kami ini hasil dari perkahwinan campur, ayahnya berdarah cina, si ibu berdarah India. Ada dua orang anak, perempuan dan lelaki .Yang perempuan itu sebaya saya , memang berkawan baik walaupun kami jarang berjumpa.Kalau nak tahu dialah yang banyak membantu saya ketika mengambil kereta baru. Terima kasih banyak-banyak Rebecca :-) Suka kawan dengan awak.Cuma tak pernah bertemu dengan adik lelakinya Aaron yang bekerja di kotaraya.Sibuk barangkali.

Dapat juga bergambar berlatang belakangkan pokok krismas.
Kesimpulannya, jika kita menghormati jiran dan menjaga hubungan, mereka juga akan menghormati dan memahami kita.:-)

P/S: Esoknya Aaron ada cakap dengan ibunya, yang saya ni "cute"?Nak tergelak rasanya.Anyway thanks Aaron. Nice to meet you too..Yang "cute" itu semuanya dari Allah..:-)

3 comments:

epitjack said...

aku suka entry ni...=)
kat ofis hanya aku sorang je melayu dan Islam. Tapi aku memang sangat bertuah sbb bos dan staff memang memahami dan respect pegangan kita.
Kalau kami sepejabat keluar makan sekali, mereka mesti pastikan tempat tu halal.
Pernah sekali tu bos tak bagi saya join makan dengan klien sebab klien mungkin akan bawa makan dekat tempat yang tak halal.
Waktu pesta kek bulan, staff saya bagi kek bulan vegetarian...
Kita mesti respect each other..yang penting pegangan kita tidak tergadai...=))

humbleyat said...

tq epit for iu experience sharing...
suka note yg akhir2 tu..yg penting pegangan kita tidak tergadai...

tapi buktikan kita seorg Muslim yang terbaik kan?

epitjack said...

betul yati..kita mesti jadi 'ambassador' kepada Islam. Oleh itu org bukan Islam akan lihat Islam itu indah, lemah lembut, penyayang, saling menghormati dan bukannya 'terrorist' seperti yg dipropagandakan. Islam itu 'a way of life'...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...