1/1/11

Umat Islam Sentiasa Boleh!

BY humble.yat IN 2 comments

Sedar tak sedar, kita mula melangkah ke tahun Masihi Baru. Bagaimana dengan azam Maal Hijrah sahabat-sahabat?Sudah terlaksana kah?Jangan biarkan ia terkubur ye.Spesifikkan azam dan niat baru sahabat-sahabat semua seperti mana pernah saya sebutkan di sini (klik).

Sempena tahun baru ini, ingin saya kongsikan video klip ini, buat pemangkin semangat diri.Mungkin pada mulanya kedengaran agak patrioritik, tetapi bila dihayati liriknya ,memang sangat-sangat bermotivasi.Kata-kata "Umat Islam Sentiasa Boleh" "Jangan Buang Masa" sangat berinspirasi buat kita yang agak goyah sikit semangatnya.



Jom kita tengok lirik pula ye..Umat Islam Sentiasa Boleh?

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat

Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

Umat islam harus cemerlang 
hari ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga

doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat

aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama’ warisan anbiya’
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari

umat islam harus cemerlang 
hari ini lebih baik dari semalam
umat islam sentiasa boleh
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia


Jika pasukan bola sepak Malaysia telah menjuarai Piala AFF Suzuki, apatah lagi kita sebagai Umat Islam.Umat Islam Sentiasa Boleh!

Nota:
Jutaan terima kasih buat teman saya yang jauh nun di sana yang sudi berkongsi lagu ni.:Lebih semangat hendak melaksanakan amanah-amanah yang diberi:-)


2 inspirasi naluri :-):

Anonymous said...

Kita perlu berbangga menjadi umat Islam. Bila ada kebangaan, maka akan wujud energi dalam diri apabila berbicara mengenai agama Islam. Akhirnya, Islam akan lebih bersinar kerana kualiti diri umatnya sendiri

suri said...

selamat tahun baru,,
telah habis entri sahabt di baca pada bulan 11 huuu..byk juga ya hiii