Tuesday, January 18, 2011

Sukarnya Poligami Itu



Ketika bergelar pelatih dalam kamar, saya sering melihat kes bagi permohonan poligami, majoritinya bernikah di luar negara secara diam-diam  tanpa pengetahuan isteri pertama  dan berniat untuk mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini.Jarang pula ada kes yang melibatkan persetujuan dari isteri pertama.Itu realitinya.

Ketika saya belajar dahulu, kaum lelaki mana yang tidak tahu tentang tafsir ayat ini yang membenarkan poligami.Kadang-kadang ayat ini pula dijadikan  sebagai "defence" mereka untuk berpoligami.

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." 
(Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)

Saya juga berkesempatan melihat alasan-alasan permohonan poligami mereka, benar, memang tidak dapat dinafikan, bahawa pemohon poligami ini semuanya dari golongan berkemampuan.Gaji bulanan dari RM7,000-00 hingga RM10,000-00.Itu dari segi kemampuan kewangan sahaja.Tapi bagaimana dari segi keadilan untuk si isteri?


cerita yang menyampaikan isu poligami

Ada satu juga satu pendapat dan kisah yang menarik dari sudut pandangan mata lelaki apabila saya bertanyakan tentang poligami yang makin menjadi-jadi ketika itu, antara kata-katanya ;

" Macam nilah, klien tadi merupakan seorang isteri yang merasa kekurangan dirinya dalam menyempurnakan tanggungjawabnya terhadap si suami.Dia tidak mampu kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya, maka didorong rasa ketidaksempurnaan dirinya itu menyempurnakan nafkah zahir dan batin,lalu terus mendorong si suaminya untuk berpoligami, malah dicarikan pula calon isteri suaminya, menolong si suami tadi untuk membuat permohonan poligami di mahkamah berkenaan."

Wah, syahdunya mendengar sifat si ikhlas isteri tadi untuk memperbaiki ketidaksempurnaan dirinya yang terlalu sibuk dengan kerjayanya.Terasa hikmah poligami adalah untuk menyempurnakan apa yang kurang dalam diri si isteri tadi.

Rakan-rakan sekuliah saya pula ramai yang berkata "tidak sanggup jadi isteri kedua, tapi mahu menjadi isteri pertama supaya mendapat payung emas ganjaran pahala!".Itu bagi pendapat mereka yang betul-betul menghargai hikmah poligami.

Tapi kita selalu mendengar, "tak nak menjadi isteri kedua , nanti dikatakan merampas sayang suami orang". Lihat, soalan yang sama, tapi jawapan yang berbeza bukan.Fikir-fikirkan dan perbezaannya begitu ketara bukan?

Tapi, ingatlah kaum lelaki, kaum perempuan ini perasaannya lemah dan sangat halus, sekuat mana iman dan taqwanya kepada Allah, terusik dan goyah  juga perasaannya, cuma apa yang diharapkan peranan si suami pada ketika itu sangat penting bagi kekuatan si isteri tadi.Sukarnya untuk mencapai payung emas ganjaran berpoligami itu.

"Jika Saiditina Fatimah r.a, wanita syurga yang pertama  itu tidak sanggup untuk berpoligami, apatah lagi wanita biasa"



4 comments:

abuikhwan said...

Maafkan saya, hadis mengenai "payung emas" bukan/tiada hadis sahih mengenainya.

humbleyat said...

abuikhwan;
terima kasih atas teguran:-)
mmg benar hadis payung emas itu tiada hadis sahih..

suri said...

poligami..jika tdk mmpu dan adil jgn sesekli menongkah arus..kelak akan di jawab satu persatu d akhirat kelak..

humbleyat said...

setuju sgt, bulan suatu perkara yg mudah, kelak nnti jalan terbongkok2..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...