Sunday, January 9, 2011

What I Did & Will Do


Penghujung Bulan disember lalu, saya diminta untuk menemani jiran saya menghadiri majlis makan malam di Hotel Vistana. Bila jiran meminta tolong sebegitu, saya juga tidak sampai hati untuk menolak, apatah lagi dia baru sahaja pulih dari kanser.Tanpa disangka, hadiah cabutan bertuah itu milik saya. Lihat Gambar di bawah ye..

No.1 lagi.
 Dan hasilnya.....................

Pokok daun keladi atas rak kasut sebagai penyeri.
Pada mulanya nak letak gel yang berwarna warni atau susun pasir halus berbagai warna.Tapi buat sementara ini, nak kekalkan kejernihan pasu kaca ini, letak air yang jernih dan saya ada akitiviti baru untuk menyalin air untuk elakkan jentik-jentik.Sekarang ni pula musim demam denggi mempunyai kadar yang tinggi.

Hmm, lagi satu, dalam minggu ni, nak potong dan jahit kain yang baru dibeli, harap hujung minggu dua helai baju kurung siap dan boleh pakai minggu depan..Tengah pelik juga ni, kenapa warna ni menjadi pilihan kali ini.:-)Janganlah mesin jahit pula buat hal (Baru-baru ini mesin tu agak meragam, terbantut niat nak buat baju baru).Teruja pula nak siapkan baju kali ini, dah lama tak shopping kain pasang ni.




Dan mungkin sepanjang malam 2011 ini, akan menjadi peneman setia adik untuk berjuang dalam SPM.Dan kebetulan ilham tengah banyak untuk menulis blog, dan hanya 30 minit minimum sahaja diperuntukkan .Harus displin untuk membahagikan masa kan?


Barang adik yang dah mula tak tersusun, Study hard kot.:-)
Buat adik yang bongsu, teruskan perjuangan dan dapatkan yang terbaik ya.Nanti kita share minum air kopi panas buat teman belajar:-).Saya dah mula nampak buku rujukan dan teks SPM merata-rata dalam rumah ni.Sampai tidur pun dengan buku! 

.

2 comments:

suri said...

wah pandai jahit baju cam suri juga ni heeee..

skr nk tempah bju mmg mahal kan..suri klu nak beli bju sslu cari yg jubah punya skli dgn slur tu..bju kurg blh jahit jer heeee

humbleyat said...

sikit2 je...memg mahal sekrg..
sebab tu kena beljar, lg satu sellu takde saiz..kecik sgt he2:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...