Wednesday, January 5, 2011

Nota Hati Seorang Zaujah




Ini kisah hati seorang anak dan sekaligus sebagai isteri.Tapi ni bukan dari cerita dari hati saya, cuma ianya suatu pesanan buat lelaki yang bergelar suami daripada luahan hati seorang isteri.

Petang itu kami bertiga bertukar pendapat secara santai sambil menikmati teh yang panas.Dan sahabat yang bergelar isteri dan bergelar ibu memulakan bicaranya,menitip pesanan buat kami berdua yang masih belum bergelar isteri.Kisah dilemanya dalam melunaskan tanggungjawab sebagai anak dan isteri.

Saban minggu, ibunya menelefon si anak perempuan supaya menjengah si ibu di kampung.Si anak tahu dan sangat mengetahui bahawa si ibu ini memerlukan kasih sayangnya, apatah lagi dia keseorangan di kampung menjaga si ayah yang terlantar sakit akibat kemalangan.

Impiannya kekal mahu menjadi isteri solehah dan wanita syurga.Dan secara umumnya, apabila seorang wanita itu berkahwin, tanggungjawabnya terletak kepada si suami.Walaupun begitu, hati si ibu tetap terluka dengan sikap anaknya yang hanya tidak menjenguknya.Apakan daya, si isteri harus juga mengikut keputusan suami.

Sumber Gambar : Google.

Diceritakan pada si suami tentang terlukanya hati si ibu tadi,jawab si suami,"Takkanlah ibu tak mengerti yang syurga isteri terletak pada si suami? Lagipun kita kan dah menjenguk setiap minggu, cuma satu minggu aje kita tak pergi, biarlah masa yang itu untuk kita sekeluarga pula kan?"

Sambil tersenyum si isteri menjawab " Saya juga harap ibu memahami perkara tu, tapi saya juga kenalah ada suami yang bertimbangrasa juga kan?"

Itulah jawapan dan harapan seorang isteri, memahami dan bertolak ansur dalam perkara begini, mengasihi ibunya sebagaimana si suami kasihkan ibu kandung kerana satu jawapan yang pasti, syurga anak terletak pada si ibu termasuklah ibu isteri.

Ya, secara umumnya apabila  seorang wanita itu melalui bahtera perkahwinan, harus taat pada si suami untuk mendapat syurganya.Namun tanggungjawab untuk menjaga ibu mertua juga terletak di bahu si suami, yang mana syurga seorang anak terletak pada ibu.Masih tanggungjawab yang sama, dan janganlah dibeza-bezakan kasih sayang antara ibu dan ibu mertua, kerana mereka juga mempunyai kedudukan yang sama iaitu ibu..!

"Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka."
 (al-Nisa’: 34)

4 comments:

iqbalsyarie said...

ternyata ia tidak semudah yang disangka

humbleyat said...

betul, buka senng nak memikul tanggunjwab tu..:-)

suri said...

perkahwinan tu lah harus di titi dgn sebainya..bukan sekadar meleps batuk d tangga

humbleyat said...

setuju sgt suri, nak meniti perlu ada ilmu dan kebijaksanaan :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...