1/19/11

Horlicks Itu Ada Sentimentalnya

BY humble.yat IN 6 comments


Setiap kali ke kedai makan, adik saya yang bongsu pasti tidak melepaskan air Horlicks.Kiranya Horlicks dan dia sudah sinonim.Ketika dulu, waktu masih bersekolah, saya tidak gemarkan Horlicks, dan bila arwah ayah ajak makan di luar, saya juga minum air Horlicks, tapi hanya sekali sahaja.



Tidak saya sangka, sebelum berangkat  pulang ke kampus,  arwah belikan satu botol Horlicks yang besar buat bekalan.Pelik juga sebenarnya.Kenapa tiba-tiba dengan horlicks?Tanya emak, dia pun tidak tahu motifnya.Tapi saya tetap tidak menolak pemberian arwah ayah.

Bila diingat-ingat kembali, setelah sampai ke asrama kampus "O..Hari tu ada order air horlicks panas kat kedai minum sekian-sekian" (Kami sebenarnya jarang makan di luar).Betapa "concern"nya arwah pada apa yang saya minum dan buat.Tanpa saya sedar, Horlicks itu ada kasihnya dan saya tidak sia-siakan walau setitik air Horlicks tersebut.

Bukan itu sahaja, pada tahun saya menduduki UPSR, sarapan saya setiap pagi, telur separuh masak dan madu.Bukan satu perbelanjaan yang kecil pada waktu itu, kerana kami bukanlah dari keluarga yang senang.Saya diminta menghabiskannya walaupun saya tak suka sangat.Tapi lama-lama dah biasa.Dan Alhamdulillah, saya membawa berita gembira tentang keputusan UPSR yang cemerlang ketika dia terlantar sakit akibat kemalangan.Tersenyum dia melihat slip keputusan peperiksaan tersebut.


Dan kini, saya berazam, ingin membuat perkara yang sama. Membeli Horlicks sebagai pemangkin semangat dan tanda kasih saya pada adik bongsu sempena peperiksaan SPMnya walaupun saya agak terlewat untuk menyumbangkannya.:-).

Nota: Sekejap lagi nak ambil dia dari kelas tambahan pula dan baru-baru ini dia mengalami alahan antibiotik.Nasib baik bertindak cepat, andai lambat. berkemungkinan masuk ICU.Nauzubillah!


6 inspirasi naluri :-):

nurzahidah said...

ho ho ho..horliks..hehe
idah xsuke pun minum horlicks..hik3

btw,cian kt udin yerk..dugaan awal tahun..=)

humble.yat said...

idah kena minum susu utk jaga tulang..:-)

biaslah tu, ajr die lebih tough:-)

nur.sa said...

horlicks best. tapi kalau kerap minum, boleh buat sy muak. so, bila rasa nak minum, baru saya buat dan minum ho ho horlicks. :)

kakak yg caring, untung jadi adik yatt.

humble.yat said...

mur.sa:
betul2..sebab tu takleh nak minum byk kali..sekali sekala bolehlah:-)

he2..jgn puji mcm tu,kembang kempis plak nnti:-P

suri said...

tak minum pun..melainkan kalu gula2 holiks sy mmg suka...

humble.yat said...

oo..lama tak dengar gula2 horlicks kan?:-)