Saturday, January 22, 2011

Secret Admirer Bagi Limau?

Wah, balik sahaja dari pejabat lebih kurang dalam 6.30 petang, emak spontan berkata "Akak, ada orang bagi limau sekotak untuk akak...".

Terkejut kejap, siapa pula yang bagi.Oh, jiran kami berbangsa cina, Uncle Lim agaknya. Tapi, emak menggeleng keras,

"Bukan dia.."
"Hah, habis tu siapa pula"
"Tu, Mr.Lau "
"Oh, Mr.Lau.."

Alamak, Mr.Lau ke.Isy Malunya.Mr.Lau ni memang agak bergaya dan smart.Suka sangat tengok penampilan dia, sentiasa bersemangat walaupun dalam perkara yang kecil.Dia merupakan pengetua pra-sekolah di hadapan rumah saya. 

Tapi tak sangka, limau mandarin sekotak diberi untuk tuan punya kereta yang baik hati (Saya la tu) .Rasanya dia yang banyak menolong saya.Maklumlah, jalan keluar dari rumah saya waktu pagi agak sesak dengan kereta ibu bapa yang menghantar anak-anak masing-masing.Jadi memag agak susah untuk saya keluarkan kereta untuk pergi bekerja dan dia menjadi "polis trafik" tidak rasmi saya.

Bila dah dapat keluar dari parking, saya cuma turunkan tingkap sedikit, angkat tangan , senyum dan cakap terima kasih sebab tolong saya.Itu sahaja bualan kami di pagi hari.Tak lebih dari itu pun.

Tapi yang paling saya suka ucapan dia ketika majlis bertemu ibu bapa kanak-kanak pra sekolah di tempatnya iaitu; " Sebenarnya saya agak gementar berucap di depan kamu semua (ibu bapa) dan ini adalah kali pertama saya berdiri dan memberi ucapan, tetapi apabila melhat anak-anak kecil di sini, sangat gembira dan yakin melakukan apa yang mereka belajar, kenapa saya tidak boleh, dan saya ingin meminjam semangat anak-anak ini dalam diri saya dan  berdiri di sini".

Comel kan ucapan dia.Bermakna dan mendalam.

Tapi, sikap yang paling bagus, dia meminta tolong isterinya menghantar buah limau itu.Memahami kami sekeluarga majoritinya perempuan dan bertudung.Jadi, andai kita menjaga penampilan dan akhlak kita sebagai Orang Islam, mereka juga akan menghargai cara kita kan.

Apa-apa pun, saya sangat berterima kasih atas pemberian limau itu. Rasa tak sabar tunggu hari Isnin dan ucapkan " Terima Kasih Mr.Lau", angkat tangan dan senyum.


6 comments:

Hisyam Muhibah said...

baguslah sesama jiran tetangga kenal mengenali dan ingat mengingati. kawasan rumah kamu itu kawasan lama, semangat kejiranannya masih menebal..

humbleyat said...

terima kasih, alhamdulilah, kat sini walaupun bernagai kaum, tapi masing2 mengambil berat:-)

nurzahidah said...

hehe..satu malaysia kt cni..so sweet..tenkiu mr lau!

suri said...

best..buat air limau le hee..

tapi mana gambar buh limaunya??

humbleyat said...

mr.lau terbaik..mmg sgt caring:-)

humbleyat said...

betul juga yekk..fresh orange pun sedap...

gmbr limau tak sempat nak ambil,kotak dah separuh kosong hehe

apa lagi , limau en. google la jwbnyer..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...