Friday, May 11, 2012

Fitrah Bila Diuji

Bismillahirahmanirahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hidup kita ini harus diuji.Tidak semestinya sentiasa dikelilingi dengan berita gembira semata-mata.Kerana adakalanya gembira itu akan ditenggelami dengan ujian yang ada.

Jadi. ketika ini fitrah insan itu bermula, mencari satu cahaya, mencari satu jalan yang terang.Menjaga hubungan dengan Maha Pencipta, Allah s.w.t.Mula berkira-berkira sekiranya ada "lost contact" di situ. 24 jam tidak pernah lupa untuk mengingatiNya dan memohon pertolonganNya.

Juga mencari kesilapan yang ada ketika mana berhubungan sesama insan.Mula merenung diri, memohon  kemaafan dan sebagainya.

Tahukah kita, bahawa dalam menyelesaikan urusan seharian menjaga hubungan dengan Allah swt dan sesama insan adalah penting dan akan mempengaruhi keberkatan dalam kehidupan kita.

Contohnya, kadang-kadang kita fikir kita sudah cuba yang terbaik dalam sesuatu perkara, tetapi misi kita hampir gagal.Dan di situlah kita harus lihat diri kita sama ada "lost contact" ataupun tidak.

Sebab itu, dalam amalan seharian kita sama ada berbentuk keduniaan, janganlah melupakan pada Yang Maha Esa.Biarkan hati kita sentiasa mengingatiNya walaupun tangan dan akal kita bekerja untuk dunia.

"Ya Allah, izinkan aku mencintaiMu melebihi segala yang ada di dalam dunia ini, 
Izinkan aku mencintai orang yang mencintaiMu, 
Izinkan aku mencintai segala perkara yang menjuruskan aku untuk mencintaiMu."


Nota Naluri: 
Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu video seorang ibu muda memukul anak kandungnya sendiri,.Apa yang saya sedih ketika anak kecil itu kesakitan, dia masih merangkak dan menghampiri ibunya walaupun akhirnya dia ditepis oleh si ibu itu.Itukah fitrah kasih sayang anak?Allahu Akbar!Runtun hati saya melihatnya..


2 comments:

shairazi sharizan said...

seronok bila diuji, tanda Allah masih sayang pada kita.

cumanya, bagaimana kita menyambut ujian itu? fikirkan bersama. ^_^

ermizamustafa said...

Salam...

Ada kalanya kita selalu lupa dgn perkataan 'REDHA' di saat ujian menimpa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...