Tuesday, May 8, 2012

An Evening Date With Dietetion

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.

Saya sukakan info kesihatan walaupun tak dapat nak jadi doktor.Jadi saya nak kongsikan amalan pemakanan yang sihat ketika pertemuan saya dan dietetik pada minggu yang lalu.Kali pertama tau zauji temankan ke klinik untuk pemeriksaan umi dan baby (Ish blushing dah rasanya muka ni) .Terima kasih banyak-banyak yek. Pagi dan petang pula tu sebab masih dalam minggu pantauan .Alhamdulilah semuanya ok.:-)

Siasatan Pemakanan Harian

Masuk je bilik tu, saya disiasat apakah amalan pemakanan harian saya?Pengakuan terus terang dan berani haha.Ada enam jadual makan (Pagi, Antara Pagi dan Tengahari, Tengahari, Petang, Malam dan Supper) dan tiga jenis mangkuk yang berlainan saiz.Kecil, sederhana dan besar.Dietetik tu minta saya tunjukkan sukatan mana yang saya biasa makan untuk pagi, tengahari dan malam.(hehe memang kantoi di situ)

Kesimpulannya, Ada tiga waktu makan utama yang kita tak boleh skip, iaitu, Pagi, Tengahari dan Malam.Dan makan malam seharusnya sebelum Pukul 8.00 malam untuk memudahkan proses penghadaman. Sukatan makanan juga harus yang betul, nasi dalam sukatan yang kecil, lauk daging, ikan , ayam juga dalam sukatan yang kecil, tetapi sayur-sayuran yang harus dalam sukatan yang sederhana banyak.

Tentang nasi, dietetik tu tidak menghalang nasi, cuma kurangkan sukatan.Nasi putih lebih selamat pengambilannya berbanding nasi goreng sebab ia mengandungi minyak.

Masakan Yang Betul
Penggunaan minyak masak -Baru saya tahu untuk menumis sayur, dianjurkan untuk menggunakan minyak sayur-sayuran , dan kalu untuk deep frying, baru boleh guna minyak kelapa sawit.

Masakan Lemak - Boleh makan dalam dua kali seminggu.Jangan makan tiap-tiap hari tau. tapi kalau gemarkan masakan lemak, gantikan santan dengan susu lemak rendah.


Oh ya, saya pun baru dapat tahu kandungan santan original dan santan kotak-bebas kolestrol, adalah lebih kurang.Rupanya saya juga tertipu dengan label santan kotak "free cholestrol".



Susu Kotak- Digalakkan ambil susu kotak yang ada tulis "lemak rendah". Jangan sesekali beli yang ada perisa macam coklat, strawberi dan sebagainya, sebab perisa tu ada kandungan gula tersembunyi.Tak bagus tau..:-)

Buah-buahan- digalakkan makan untuk menggalakkan penyerapan zat-zat makanan yang kita makan tadi, denga lebih cepat, bagus untuk penghadaman juga.Wajib ambil tau.

Isu HB Untuk Ibu Hamil

Persoalan yang biasa bagi Ibu hamil., kalau kurang darah ,kita selalu disarankan supaya makan hati ayam, kerang dan bayam atau sumber zat besi yang lain.Sebenarnya ada cara pemakanan yang betul untuk penyerapan zat besi yang lebih cepat.



Rupanya sumber zat besi ini ada dua jenis, sumber haiwan dan sayur-sayuran.Sumber haiwan lebih cepat penyerapan zatnya berbanding sumber sayur-sayuran. Tetapi sumber haiwan seperti daging, hati dan kerang mengandungi kolestrol yang tinggi dan tidak digalakkan mengambil dalam kandungan yang banyak.Kerana kesannya adalah dalam jangka panjang selepas bersalin macam kolestrol yang tinggi.

Jadi apa dietetik sarankan, makan sikit-sikit tetpai harus disudahi dengan makanan yanag ada vitamin C seperti buah-buahan supaya penyerapan zat besi tadi lebih mudah diserap ke dalam badan kita.:-)

Sebab tu doktor selalu bagi Iron Tablet dan Vitamin C kan?Jadi jangan tinggalkan Vitamin C yek.

Tetapi penyerapan zat besi ini akan terhalang dengan minuman kafein dan bersusu.Jadi doktor lebih sarankan supaya minum susu sebelum tidur atau awal- awal pagi atau jarakkan 2-3 jam untuk penyerapan zat besi terlebih dahulu.

Ok itu je yang saya ingat buat masa sekarang untuk dikongsikan bersama kawan-kawan semua. Kalau ada pandangan dan ada kesilapan , sila kongsikan ye.:-)

Wallahualam.

Nota: Ada kawan request makaroni bakar.:-) Ada masa nanti sya share kan yerk.:-)


3 comments:

izfanora said...

happynyer baca entry nie.. doakan perjalanan izfa ke arah gerbang perkahwinan bulan depan berjalan lancar.. :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Hayati A.G said...

izfa:

wah! dah nak kawen dah..patut blog pun sepi je..hehe seronoknya..nanti pape bgtau tau..

tumpang hepi sesgt..lama tak dgr berita izfa:-)

Asz Miza said...

Salam Yati..
Thanks pasal entry ni..info yang berguna..memang miza kalau minum susu tak ambil yang berperisa..sebab baca label nutrisi kat kotak tunjuk yg susu berperisa ada gula tapi low fat plain takde gula langsung. :)

Pasal ubat tu doc bagi obimin..kalau boleh nak request yg 4 jenis tu (Vit C, iron tablet etc) sbb my mum kata lagi bagus makan yang asing2..

Nasi plak skg mkn skali shari je..tp still berat naik membuak2..hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...