Monday, April 23, 2012

Sibuk, Emosi dan Ibadah Hati

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hari ini dan sejak Khamis lepas, merupakan hari yang menguji kesabaran saya.Maklumlah, saya perlu berulang alik ke klinik selama 3 hari berturut turut untuk pantauan  BMI. Ahamdulilah semuanya selesai, yang penting jaga pemakanan.Bila pergi berulang alik macam tu, terasa pergi ke "slimming program" pula.hehe

Tapi apa yang serius, memandangkan saya masuk lewat ke pejabat, dalam pukul 11 pagi berbanding hari biasa, adalah seseorang yang memuntahkan kata-kata yang bukan, dan menyebabkan saya agak meletup sedikit.Mula berperang dengan emosi.Ada sahaja kata-katanya yang menyakitkan hati.

Dan pagi ini saya berbekalkan cucur badak yang ibu mertua saya buatkan, terasa  mahu disumbat kuih itu ke dalam mulutnya. Tetapi bila difikir balik, tak patut saya berbuat begitu, kerana saya sedang diuji dengan kesabaran . Dan saya tarik nafas panjang-panjang, siapkan dokumen seperti yang diminta, bersedia untuk berdepan dengannya dengan ayat-ayat "cinta" saya.

Alhamdulilah, urusan berjaya diselesaikan dengan cara yang baik walaupun pertama kali saya berdepan dengannya dan tiada api kemarahan di antara kami.Saya gunakan budi bicara saya kembali berbanding emosi yang mendadak sebelum ini.Istighfar banyak-banyak merupakan alternatif yang terbaik sehingga perasaan yang bergelodak itu tenang kembali..

Bagi saya, kerjaya peguam perlu juga ada amalan-amalan ayat Al Quran tertentu bila berdepan dengan klien yang penuh emosi, yang tidak mahu mendengar penjelasan kami.Bukan setakat "reverse psikologi" aje dan pandai melontarkan hujah yang ada.:-)

Sebab itu kerja itu dinilai sebagai satu ibadah, satu pelaburan amalan kita ke akhirat sana, dengan cara bagaimana kita melawan emosi, bagaimanaa kita menggunakan toleransi yang ada bagi meraih pahala yang berganda dan bukan sekadar untuk kepentingan duniawi sahaja.

Wallahualam.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...