6/7/13

Rama-Rama Cantik, Tapi Sayang Hidup Tak Lama..

BY humble.yat IN 1 comment

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.

Sementara tunggu klien, pandang rama-rama dan kehidupan..
 Salam Jumaat semua dan Salam Israk Mikraj..
Walaupun hari agak sibuk untuk saya sudahkan tugasan saya, ada dua perjanjian yang perlu diderafkan, ada dokumentasi yang perlu disiapkan, tetap nak juga update blog.Ambil mood katanya.

Teringat anak saudara, Iqram menyanyikan lagu rama-rama, tak ingat pula liriknya macam mana, tapi katanya "...rama-rama cantik, tapi sayang hidup tak lama.." Rasa tersentuh pula kat lirik tu.Macam rama-rama di dalam lukisan di atas tu..

Macam kita juga, hidup tak lama, ada misi lagi yang perlu dituju.Akhirat sana..:-)
Tidak lama selepas itu saya ada dapat email dari Puan Lina Karim,Ibu Darwisy Darwisya , pesannya begini;


Tentang jaminan akhirat, tentang ibu bapa lepas tangan..Nauzubillahiminzalik..

Yalah, bila di padang Masyhar nanti, kita hanya bawa diri sendiri sahaja, Cantik di dunia, akhirat belum tentu bagaimana kan?Apatah lagi, kita berada di akhir zaman,sangat akhir.....!

sebelum mesyuarat dimulakan, planner dan pen wajib.
 Jadi hari ini kita ambil semangat kata-kata dari Ustaz Zaharuddin;

" Jangan rasa cukup dengan kerja dan ilmu yang ada, MESTI teruskan usaha jadi "specialist". Keluarlah dari kepompong "cukuplah", "bolehlah", "dah ok dah ni", "ala kadar" dan zon selesa kepada kembali tidak selesa kerana sentiasa pelajari yang baru, dengan itu Insha Allah terus berjasa kepada ummah hingga akhir hayat"

Jadi, mari sama-sama jadi umat Islam yang cemerlang, dengar lagu ini buat motivasi diri, "Menuju Wawasan"-UNIC , lagu semangat dari zauji untuk saya suatu ketika dahulu:-P..


"Kita ada Allah Maha Kuasa...Doa Sebagai Senjata.."


1 inspirasi naluri :-):

suri said...

salam...

apa khbar..aik dah renung jauh ini sampai bawa ke mana?

kata org rama2 dtg masuk umh kita ada org nak dtg betul tak hum?