Wednesday, March 9, 2016

Rumah : Checklist Dokumen Wajib Ada

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Hari ni nak kongsikan senarai dokumen yang perlu ada bila dah dapat kunci rumah. Sebab banyak klien saya , apabila dia merancang untuk menjual rumah ataupun refinancing(pembiayaan semula ) kebanyakan dokumen perjanjian beli tidak lengkap dan menyukarkan proses dan pertambahan kos.

Jadi, saya harap perkara ini bermanfaat untuk semua.

1. Perjanjian Jual Beli 
Mesti berrtarikh dan dimatikan setem, ditandatangani penjual pembeli disaksikan peguam 
Ada salinan geran sebagai lampiran, dan harga jual beli dan maklumat yang seadanya.

2. Salinan geran atas nama pembeli
Bila kita beli rumah dan membuat pinjaman bank, tak semestinya kita ada geran asal.Sebab geran asal tergadai pada bank.maka bank yang akan simpan geran asal tersebut bagi tujuan jika pembeli tidak membayar pinjaman bank, mereka ada hak untuk membuat lelongan dan sebagainya

Jadi salinan geran asal (yang fotostat) .Biasa boleh minta salinan tersebut dengan peguam yang mengendalikan pendaftaran pindahmilik rumah tersebut.

3. Resit Cukai Tanah & Cukai Pintu
Cukai Tanah adalah cukai yang dibayar ke Pejabat Tanah Daerah yang dibayar setahun sekali sahaja.Manakala Cukai Pintu dibayar kepada Majlis Perbandaran dibayar dua kali setahu.Sila bayar tiap-tiap tahun,sebab kebanyakan dari tidak membayar kedua-dua cukai sehingga menyebabkan tunggakan yang terlalu banyak dan melibatkan penalti.

4. Segala Resit Atas Perbelanjaan Rumah
Resit Fee Guaman, Resit Renovation Rumah.Penting sebab sebagai bukti perbelanjaan atas rumah bagi urusan LHDN jika rumah itu dijual dalam tempoh kurang lima tahun ke bawah.

5. Dokumen Bank
Wajib. Ada salinan yang bersetem mengikut produk bank yang dipilih  dan No Akaun Pinjaman Bank ada supaya mudah berurusan.

6.Salinan CCC(Sijil Layak Menduduki)
Yang ni wajib ada bagi yang beli rumah secara terus dengan pemaju.Kalau beli rumah dari owner sendiri, tak perlukan CCC , hanya geran individu sahaja yang berdaftar atas nama pemilik terkini.

Ok Itu sahaja perkongsian dari saya,Balik ni masing masing sila semak ye.Sila pastikan semua dokumen tu ada dan diletakkan setempat.

1 comment:

nayfatimah rasyid said...

terima kasih a tas perkongsian nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...