Friday, September 20, 2013

3S: Sawang, Sibuk & Sabar

Bismillahirahmanirrahim.. 
Assalamualaikum wbt.


Sawang di blog ini, tanda tuan tanah sedang kesibukan yang amat.Tetapi dalam kesibukan yang ada, banyak pengajaran dan hikmah yang ada.

Biasalah bila sibuk melanda, stress (tekanan) kerja pasti ada.Dengan selera makan yang belum tentu hadir di tekak.Hanay top-up air masak dan kadang-kadang, roti dan kopi jadi pengalas perut.Huhu dahsyat tak.Ada kalanya, satu hari tak dapat menjamah nasi. Balik rumah mengadu kat mak buat muka sedih... "Mak, akak tak makan nasi langsung hari ni..huhu.." . Alhamdulilah, masih ada emak yang mendengar luahan hati anaknya yang sibuk ini.Tapi pesan emak selalu macam ni.." Ikhlaslah dalam bekerja, sudah-sudahlah merungut tu.."..Terdiam seketika saya mendengar suaranya yang sering menasihati saya.

Tapi zauji kata, saya sibuk mengalahkan menteri..Ye ke??
Rakan sepejabat kata, saya kena start pakai attire yang lasak-lasak, senang nak berkejar ke sana dan ke sini..

Ha,itulah simptom-simptom kesibukan saya.Ada berani nak kerja macam saya ? hehe...
Samapai ada tahap tu, saya ketepikan semua kerja saya, minta pandangan kedua daripada sahabat-sahabat dan rakan sepejabat.Sekurang-kurangnya beban ini hilang.

Tetapi , beban itu tak hilang pun sebenarnya, saya terbawa-bawa balik ke rumah.Sentiasa mendoakan urusan diermudahkan.Mengadu pada Allah swt lagi. Baru ada ketenangan.

Kemudian saya terbaca artikel ini, Semuanya akan berakhir-Hami Asraff.terkena batang hidung!

Sumber
Apa yang dimaksudkan adalah kita perlu bersikap OPTIMIS!Masih ada 16 jam yang berbaki lagi untuk tidak stress.Rupanya stress dan kesibukan kerja itu hanya sebahagian kecil dalam seharian hidup kita.Dan rupanya kita masih ada 16 jam untuk menguruskan diri.Ke mana masa 16 jam itu menghilang agaknya, sehingga kita asyik memikirkan 8jam (tempoh bekerja) yang agak stress itu.

Sebenarnya, sikap kita pandai membahagikan masa, profesional dalam mengisi dan ruang akan menentukan semuanya.

Wallahualam.Sekadar pandangan peribadi.

Nota Naluri:
Baru dapat menarik nafas dengan lega, misi kes berjaya daam tempoh yang singkat.Segala puji ke atasNYA!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...